Rabu, 5 Jun 2013

Pemergian S.Shamsudin...Al Fatihah.

ASSALAMMUALAIKUM!
SELAMAT SEJAHTERA! :)

Bismillahirrahmanirrahim.Alhamdulilah,kita jumpa lagi pada pagi ni. 33 Days to go for Ramadhan Al Mubarak.Ah lan Ya Salan Ya Ramadhan.We miss you :') Moga kita dapat bertemu.InsyaAllah dengan izin Allah.

Okay,back to our title,semalam bersamaan 4/6/2013 industri tanah air di dalam Malaysia dan Singapura dikejutkan dengan pemergian Veteran terkenal iaitu Dali kecik/S.Shamsudin atau lebih dikenali Pak Sudin.
Beliau telah kembali ke rahmatullah pukul 10.56 pagi semalam di kediamannya di Bukit Batok Avenue, Jurong, Singapura pada usia 84 tahun akibat sakit dada.Berita disampaikan oleh anaknya iaitu Noredah Shamsudin.

Kalau tak silap Siti,arwah meninggalkan 7 orang anak dan 14 orang cucu serta seorang balu iaitu Puteh Esmoon .Arwah telah mengalami sakit selama 3 tahun.

Antara filem yang dibintangi arwah ialah,Seniman Bujang Lapok,Ali baba bujang lapok,Nujum Pak Belalang dan sebagainya.Beliau cukup sinonim dengan bujang lapok yang dibintangi oleh Arwah P.Ramlee dan Pak Aziz Satar.Kini bujang lapok tinggal seorang sahaja,iaitu Pak Aziz.Daripada Siti kecil sampai dah besar,Siti seronok tengok karya diorg sampai dah hafal dialog.Sedih dengar berita ni...namun....

Masa arwah telah tiba,kita doakan semoga arwah tenang bersama penciptaNya dan ditempatkan dalam golongan orang-orang yang beriman.Al fatihah.
Antara dialog arwah :-
Heii Hang Jebat! Lebih baik kau turun menyerah. Kalau kau tak nak turun, kau tunggu situ sampai aku datang.
Ramlee telah menghadap illahi,sekarang giliran Pak Sudin,namun karya kalian tetap dihati kami.Al fatihah buatmu.Moga persinggahan Mu indah disana .Aamiin aamiin ya Rabbal Alamin.

4 Orang Berjaya mengetahui kisah DukaKu:

Muhammad Faiz Mohamed Saaid berkata...

tinggal pak aziz je sekarang ni, banyak yang p ramlee nak cerita kepada kita, pak aziz yang tahu,

Nana Liena berkata...

al-Fatihah..

siti berkata...

@Muhammad Faiz Mohamed Saaid betul2.Moga karya mereka terus diingati...

siti berkata...

@Nana Liena huhuh al fatihah buat arwah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2013 Reserved to Siti

Edited by Cik Amal