Ahad, 28 Julai 2013

Pray for Him (Fitri Idham)

ASSALAMMUALAIKUM!
SELAMAT SEJAHTERA!! :)

Bismillahirrahmanirrahim.Alhamdulilah kita jumpa lagi untuk entry kedua pada hari ini.Siti nak berkongsi kisah sedih dengan kalian.Sebelum  itu kita kena ingat 5 perkara sebelum 5perkara iaitu :-
Dari Ibnu ‘Abbas, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,


اِغْتَنِمْ خَمْسًا قَبْلَ خَمْسٍ : شَبَابَكَ قَبْلَ هَرَمِكَ وَ صِحَّتَكَ قَبْلَ سَقَمِكَ وَ غِنَاكَ قَبْلَ فَقْرِكَ وَ فَرَاغَكَ قَبْلَ شَغْلِكَ وَ حَيَاتَكَ قَبْلَ مَوْتِكَ



“Manfaatkan lima perkara sebelum lima perkara :



Waktu mudamu sebelum datang waktu tuamu,

Waktu sehatmu sebelum datang waktu sakitmu,

Masa kayamu sebelum datang masa kefakiranmu,

Masa luangmu sebelum datang masa sibukmu,

Hidupmu sebelum datang kematianmu.”


(HR. Al Hakim dalam Al Mustadroknya, dikatakan oleh Adz Dzahabiy dalam At Talkhish berdasarkan syarat Bukhari-Muslim. Hadits ini dikatakan shohih oleh Syaikh Al Albani dalam Al Jami’ Ash Shogir)


Mesti pelik kan kenapa tiba-tiba Siti cakap mengenai ini?Okay hari tu Siti dapat berita sedih daripada hanis iaitu bff Siti.Dia cerita mengenai kawan dia iaitu sahabat Siti juga,cuma tak pernah bertegur sapa pun.Sahabat kami yang bernama Fitri Idham ini telah terlibat dengan kemalangan pada 26/7/2013 (kalau tak silap).Beliau dilanggar 
lari.



Sekarang beliau tengah bertarung nyawa dekat hospital Penang.27/7/2013 hari itu dia terpaksa dibedah pada otaknya untuk buang darah beku.Now,sekali lagi dengar cerita beliau akan dibedah.Jujur Siti tak pernah bertegur sapa dengan dia,tapi Siti terhutang budi dengan dia sebab dia selalu teman hanis.Ambil hanis dari sekolah,terawih dengan hanis and kira dia lindungi sahabat Siti daripada bahaya.



Mereka cuma sahabat baik.Tiada hubungan percintaan.Seriously,Siti kesian dengan Masyitah (gf fitri),sampai sekarang dia setia menanti untuk fitri untuk sedar daripada koma.Boleh bayangkan bagaimana perasaan bila bf kita berada dalam kesakitan dan kita berada jauh daripada dia?? (menangis taip part ni).


Masing-masing(hanis & masyitah) cuba tenangkan diri mereka.Tapi kita faham hanya Allah sahaja yang tahu perasaan mereka.Siti tak minta banyak,Siti cuma minta korang doakan kesihatan fitri.Tak lebih dan tak kurang.Orang yang dia sayang serta yang sayang dia masih perlukan dia.Okay Siti dah printscreen tweet mereka (hanis & masyitah) untuk kita semua selami perasaan mereka.

Klik untuk lebih jelas




  Muhammad Fitri Idham,please bertahan untuk orang yang sayang dan perlukan awak lagi.Betul,ajal dan maut itu ditangan Allah,tetapi awak kena bertahan sedaya yang awak boleh.Masyitah sangat rindukan awak.Hanis rindukan kawan dia yang sentiasa teman.Family awak rindukan awak.Makanya awak kena bertahan.Mereka semua ingin sekali beraya bersama awak.Please sedar.I know you can do it.Even kita tak pernah kenal,tapi saya tetap akan doakan awak atas nama sahabat.Hanis cakap awak nak bagi hadiah dekat Masyitah sempena birthday diakan?So awak kena sedar untuk bagi hadiah tu pada dia...Please bertahan :')


P/s:Sama-sama kita doakan kesihatan beliau.Sama-sama kita doakan semoga Allah permudahkan urusan dia dalam menahan segala sakit ini.Tolong doakan dia.....Mana tahu doa kita sampai kepada dia....Doa kalian adalah bermakna kepada mereka yang hidup bersama Fitri......Semoga Allah melindunginya..Allahuma Aamiin...Buat Hanis dan Masyitah..stay strong syg...La tahzan innallaha ma'ana...Don't be sad...surely Allah with us :')

Info | Jenis-Jenis Alahan

ASSALAMMUALAIKUM!!
SELAMAT SEJAHTERA! :)

Bismillahirrahamnirrahim.Alhamdulilah kita jumpa lagi pada Ramadhan yang ke-19.Cepatnya masa berlalu.Okay Siti nak kongsi sesuatu yang sesuai untuk hari raya nanti.Eh sesuai ke?Ala korang agak jelah sendiri hihi.Okay,macam ni,ada tak antara kawan-kawan,mak,ayah,abang,kakak,adik,suami,isteri atau anak-anak korang yang terkena alahan?

Ke korang tak tahu alahan tu apa?Okay takpe,meh rapat sikit,bulatkan mata anda untuk membaca info ni.Info ni sesuai untuk mereka yang nak mengenali individu yang terkena alahan.Jom mula!



1.Alahan makanan
Makanan merupakan sumber utama bagi kehidupan manusia.Namun ada sesetengah makanan merupakan racun dalam badan sehingga mengakibatkan alahan yang teruk.Makanan laut seperti ketam,sotong,udang dan sebagainya akan membuatkan sesetengah individu berasa gatal-gatal di badan dan bengkak di mulut serta mata.

2.Alahan Ubat
Ada sesetengah ubat tidak sesuai untuk tubuh badan manusia.Oleh itu sebelum disarankan JANGAN sesekali makan ubat tanpa nasihat daripada doktor,dikhuatiri akan memudaratkan tubuh badan seperti alahan.

3.Alahan Racun Serangga
Sesetengah golongan muda mempunyai antibodi yang lemah,oleh itu mereka tidak tahan dengan bau racun serangga sehingga terpaksa menutup hidung dengan kain.

4.Alahan Haiwan
Bulu-bulu halus daripada haiwan seperti kucing boleh menyebabkan alahan seperti bersin yang teruk dan selsema.Oleh itu,jika membela haiwan berbulu pastikan haiwan tersebut sentiasa bersih.

5.Alahan bahan kimia
Ada remaja yang mempunyai alahan dengan bahan kimia yang akan mengakibatkan ruam merah di badan dan di kawasan sensitif di tubuh badan.

6.Alahan Minuman
Remaja yang tidak tahan sejuk disarankan untuk TIDAK mengambil minuman berais.Bukan sahaj ais,tetapi minuman yang sewaktu dengannya.Bayi yang masih kecil juga alah pada susu ormula sehingga menyebabkan ruam dan tompok merah.Oleh itu,ibu kena bijak memilih susu formula yang sesuai untuk bayi anda.

Cadangan untuk mengatasi:-
-Apabila masuk waktu malam,tutup tingkap untuk menghalang debunga dan kulapuk masuk ke dalam rumah.
-Gunakan penyaman udara yang dapat membersihkan dan mengeringkan udara.
-Pakai topeng yang melindungi debu ketika aktiviti pembersihan rumah dan makan ubat sebelum aktiviti berjalan.
Harus diingatkan untuk tidak mengambil ubat secara berlebihan agar perkara yang tidak dingini berlaku.

P/s:Anda ada alahan?yang mana satu?Jom kongsi dengan Siti

Ahad, 21 Julai 2013

Buat Insan Bernama Sahabat...

ASSALAMMUALAIKUM!!
SELAMAT SEJAHTERA!

Bismillahirrahmanirrahim.....

Sahabat,
Begitu indah saat kita bergurau senda...
Begitu indah saat kita berkongsi kebahagiaan bersama..
Begitu indah saat kita beriringan dan berjalan bersama....

Namun,
Semua itu seolah berlalu pergi kerana kekhilafanku..
Semua itu terbang tinggi sehingga tak berdaya untuk kembali..
Semua itu berlaku sehingga menimbulkan tembok yang besar..
Sangat besar sehinggakan tak terdaya untuk ku memecahkannya...

Sahabat,
Andai didalam hatimu tiada lagi diriku..
Andai didalam jiwamu tiada lagi kasih sayangku..
Andai didalam memorimu tiada lagi kenanganku...
Maafkan ku...

Sahabat,
ketahuilah bahawa aku hanya insan biasa..
Mempunyai perasaan sedih dan kecewa...
Mempunyai sedikit perasaan marah...

Sahabat,
adakah kerana diriku menunjukkan kekecewaanku,
dirimu memarahi ku?
Adakah kerana diriku tidak cuba mengerti masalahmu,
dirimu menganggap bahawa diriku tidak pernah cuba memahamimu..

Sahabat,
Jika dikau menganggap kekasih mampu membuatkan ku bahagia..
dirimu silap..
Jika dikau menganggap kekasih mampu membuatkan ku tersenyum bahagia..
dirimu salah...

Sahabat,
Tahukah kau bahawa engkau adalah separuh daripada nyawaku?
Tahukah engkau bahawa aku bahagia engkau hadir disetiap senyumanku?
Tahukah engkau bahawa setiap saat memori kita tidak pernah sesekali aku padam?

Sahabat,
maafkan diriku..
maafkan kerana melukaimu...

Sahabat,
Andai engkau baca nukilan ini...
Aku ingin kau tahu bahawa,andai nyawaku tercabut hari ini...
engkau adalah sahabatku dunia dan akhirat...
Andai engkau tidak membaca nukilan ini..
Aku akan doakan tidak mengapa kerana ku tahu doa buatmu takkan pernah aku lupakan....

Sahabat,
maafkan segala dosaku....
maafkan ku...
Maafkan atas segalanya....

Teman...
Aku bukan seperti Patrick
yang sentiasa bersama dan memahami mu serta membuatmu ceria...
Aku bukan seperti Doraemon
yang sentiasa membantumu walaupun tidak bersetuju dengan apa yang dilakukan..
Aku hanya insan biasa yang tidak bisa menyembunyikan marah,sedih dan gembiraku....
Maafkan kerana ku tak sempurna buatmu....
   

Sabtu, 20 Julai 2013

Jana Wang dari Rumah...

ASSALAMMUALAIKUM!!
SELAMAT SEJAHTERA! :)

Bismillahirrahmanirrahim,Alhamdulillah kita berjumpa lagi pada Ramadhan yang ke 11 ini.Tak sangka,cepat sungguh masa berlalu.Syukur Alhamdulillah...

Today Siti tak nak cerita panjang-panjang,just nak share mengenai Job Dari Rumah .Korang pernah dengar tak?Yang pernah dengar dan pernah join.Bagus2! Macam tu lah...tapi pada yang belum tu,meh Siti explain sikit apa benda ni....

Job dari Rumah ni merupakan Pekerjaan Bebas (Freelance) dan memerlukan orang yang serius,mahu bekerja,bermotivasi tinggi dan bekerja keras.

Kerja tidak terikat dengan sebarang kontrak dan waktu bekerja adalah fleksibel mengikut tugasan kerja yang dipohon. 

Pekerja Sambilan Dirumah Diperlukan. 
 
Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
Lain-lain
- Boleh bekerja tanpa pengawasan
- Boleh mengikut arahan
- Sanggup bekerja keras
- Berfikiran positif
- Bermotivasi tinggi
- Berdisiplin diri
 Untuk Maklumat lanjut boleh pergi ke laman web ini :
http://www.jobdirumah.com/fizfa92

Jumaat, 19 Julai 2013

Info | Maksud Isyarat Tangan Ketika Merakam Gambar

ASSALAMMUALAIKUM!!
 SELAMAT SEJAHTERA!

Bismillahirrahmanirrahim.Alhamdulilah dapat juga kita bertemu pada Ramadhan yang ke-10 ini.Syukur,bukan mudah nak menjalani Ramadhan dengan lancar.Kadang-kadang kesihatan tak mengizinkan.Takpe lah,selamat menjalani rukun islam yang ketiga.Moga kita berjaya mengharungi hingga ke penghujungnya.InsyaAllah....

Siti nak kongsi maksud isyarat tangan ketika mengambil gambar.Contohnya,peace.Nak tahu tak maknanya?Jom start :-

SIMBOL PEACE

  Simbol "Peace" ini dilakukan untuk menunjukkan keceriaan dan keseronokan seseorang apabila bergambar.Mereka akan melakukan simbol ini secara spontan dan dikatakan simbol ini menunjukkan ilusi perdamaian dan keamanan.Apabila membuat simbol ini ketika bergambar pasti mudah untuk tersenyum .Simbol ini menggunakan jari telunjuk dan jari tengah yang seakan berbentuk "V"

SIMBOL IBU JARI KE ATAS

Simbol ini untuk menunjukkan tahap pencapaian seseorang yang bagus atau cemerlang lalu membuatkan orang sekeliling memberi isyarat tangan ini.Isyarat ini juga bermaksud syabas atau hebat bagi masyarakat di negara Jerman dan bagi masyaraat Mesir pula bermaksud baik atau sempurna .Manakala maksud sebaliknya bagi negara Iraq dikatakan simbol ini memberi isyarat lucah dan bersifat negatif.

SIMBOL IBU JARI KE BAWAH

Isyarat tangan ini bermaksud sama ada bersifat negatif atau perasaan sedih seseorang berkaitan dengan sesuatu perkara bagi meluahkan perasaan mereka.Simbol ini juga menggambarkan kekecewaan dan kekalahan.

SIMBOL  ROCK

Simbol ini kebiasaannya digunakan ketika persembahan penyanyi rock tempatan atau luar negara yang menghiburkan penonton,apabila terlalu leka dengan hiburan yang didedahkan mereka akan menunjukkan simbol ini dan ada juga ketika bergambar menggunakan simbol ini.Ada yang kata simbol ini tidak elok digunakan oleh umat Islam.Betul ke?kalau salah betulkan yea :)

SIMBOL OK

Simbol ini bagi menggambarkan perasaan seseorang berkaitan dengan sesuatu perkara yang gembira dan selesa untuk berhadapan dengan sebarang situasi.

SIMBOL FRAME

Untuk menunjukkan wajah mereka semata-mata ketika bergambar dan kebiasaannya hanya bergambar seorang diri.Simbol ini memerlukan kedua-dua belah tangan dan menunjukkan segi empat tepat.

SIMBOL LOSER
Menunjukkan kekalahan berkaitan dengan hal tertentu,kemudian mereka akan menunjukkan wajah yang sedih untuk meluahkan ekspresi wajah itu.

P/S:Jadi anda menggunakan simbol yang mana satu ketika bergambar? Jom kongsi dekat komen ^_^

Ahad, 14 Julai 2013

Baiknya Allah Kita....

ASSALAMMUALAIKUM!
SELAMAT SEJAHTERA!! :)

Bismillahirrahmanirrahim.Harini cuma entry bergambar.Biar gambar berbicara....


 

Ahad, 7 Julai 2013

Classmate yang awesome...

ASSALAMMUALAIKUM!
SELAMAT SEJAHTERA!! :)

Bismillahirrahmanirrahim....Kita jumpa lagi! Yeay flash mob sikit haha *k tak ada kena mengena -,-..Maafkan saya,maafkan saya ;) Siti nak cerita pasal classmate Siti ni,tapi entah bagaimana nak mulakan kenangan indah kami ini...Siti mulakan dengan firman Allah ni dulu yea...  

Firman Allah SWT yang bermaksud,
“Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.”
(surah al-Hujurat [049] ayat 13)

Daripada hadis tersebut kita tahu,Allah telah menciptakan kita untuk saling bersaudara tidak kira apa pun kaum dan jantina ASALKAN berlandaskan agama Allah...Hm,macam mana Siti nak start ni?Okay Siti mulakan dengan masa hari Pendaftaran dan Orientasi :)

8 May 2013
Kami mula mendaftar pada pukul 10 pagi kalau tak silap.Masa tu cuma kenal masita dengan wan je,yang lain-lain tak kenal langsung..

9 May 2013
Rasanya time ni lah kami mula menegur kawan-kawan baru kami.Bayangkan dulu,ada orang bagitahu budak2 damai ni tak sombong,jahat la apa lah.Tapi betul orang kata tak kenal maka tak cinta,rupanya apa yang diorg bagitahu tu cuma Khabar angin semata-mata.Kawan-kawan damai ni semua sporting-sporting,mana ada sombong.Masa ni lah Siti tegur Hanim dan Adah! Nak tahu,masa tu kitorg cakap Hanim dengan Adah ni kembar (kelakar bila ingat balik).Member2 sekolah dulu yang tak pernah tegur pun Siti dah start tegur.

Orientasi berlangsung selama 1 minggu...Lepas sahaja orientasi kami mula belajar.Alhamdulilah,okay rupanya belajar.Masa tu tak silap ada 48 orang pelajar dalam kelas kami.Ramai kan?memang ramai,ramai sangat.
Tapi tanpa Siti sedar,terbit rasa sayang dekat kawan-kawan Siti....

Tanpa disedar,sebulan telah berlalu..Pelajar dalam kelas kami semakin berkurangan,time ni ada Hanis,Siti,masita,hanim,aishah,tengku,mieza,wan,adah,mira,syahmi,fanie,aina,amirul,shafiq,adam dan ramai lagi.....Seronok kenal diorg,dalam rasa seronok tu,kami langsung tak sedar yang pelajar kelas kami makin berkurangan.Langsung tak sedar yg masih ramai lagi akan tinggalkan kami.

Kini,dah 2 bulan.Hari yang paling terkesan sekali bila NurFarahanim pindah meninggalkan kami.Wan paling terkesan dan pemergian Hanim,sebab wan dan Hanim sangat rapat.Yela,bayangkan.Tasha Manshahar dah tak ada dalam kelas,mana seronok! Betul tak? :(

Namun,hidup kena teruskan juga betul tak?Betul orang cakap zaman lepas SPM adalah zaman yang best.Tak pernah rasa macam ni.Budak lelaki pun dah matang *kadang2 tak juga -,-",budak perempuan bergabung tenaga tak kira lah melayu atau cina mahupun india.

Seronok sebenarnya,satu kelas bergabung tenaga untuk cuci kereta dan meniaga.! Semuanya jasa Kalley dan Shafiq yang menjadi tulang belakang dalam penyatuan dan perpaduan kelas 6 budi..Dengar cerita,kalau diluluskan kolej tingkatan 6, kami semua akan berpisah pada tahun hadapan.Tak dapat bayangkan macam mana perasaannya berpisah dengan sahabat yang super duper awesome ni :( Cukuplah kehilangan Hanim,Khalillah,Syaza,Syady dan lain-lain dalam kelas.Seriously,tak boleh berpisah dengan diorg.Thanks kawan sebab sudi berkawan dengan Siti!! Korang memang super duper awesome classmate! :') Tak ramai yg bertahan meneruskan pengajian dalam form6.Kita dah lakukan yang terbaik.Buat ex classmate,korg pun lakukan yang terbaik juga,cuma korg jumpa tempat belajar yang lebih baik.Goodluck untuk further study korang! Jangan lupakan kitorg :')




  P/S:Tahniah Shafiq yang menyandang jawatan Pengerusi Untuk MPPPU dan Kalley Lock sebagai Naib Pengerusi serta rakan2 yang lain ;)Maaf kalau ada nama yang tertinggal,dan story tak menarik,sebab tak tahu nak ceritakan keseronokan ni macam mana --'

Tahniah:Blogger Of The Year

ASSALAMMUALAIKUM!
SELAMAT SEJAHTERA!! :)

Bismillahirrahmanirrahim.Alhamdulilah kita jumpa lagi hari ni,syukur ke hadrat illahi.Dah lama Siti tak update entry kan?Haih,tak ada masa sebenarnya..busy dengan belajar actually.Takpe,takpe takpe! Siti pun dah ada idea nak update entry ni,so Siti teruskan je lah yea?.

Sekalung tahniah buat irine atas kemenangan beliau semalam yang menjadi BLOGGER OF THE YEAR dalam DIGI WWWOW BLOGGER AWARD.Tahniah kak irine,rezeki anak beliau yang genap sebulan semalam.Maybe kak irine tak sangka,tapi Siti dapat menjangkakan kak irine memang layak untuk menang dalam anugerah tersebut.

 Entry yang kak irine tulis tu memang menarik + memang ramai yang akan pengundi ibu kepada Fiska Medina ni,termasuklah Siti hihi.Siti minta maaf sekali lagi dengan kak irine sebab Sumber-sumber gambar yang Siti dapat ni hasil printscreen Siti.Siti ambil daripada instagram kak Irine, Abg Aizul Marcello 
dan kak Linda Roslan, serta twitter mereka.Jangan marah ha?Secara jujurnya Siti suka Stalk mereka hihi.Jangan takut Siti tak membahayakan kalian :) Minat mengikuti kisah mereka je,so no wonder la kalau blog Siti ada kisah kak Irine daripada Siti :D

Jom layan gambar nak? :) *klik untuk lebih jelas

tweet beliau
 
kak irine dgn kak linda (kakak ipar beliau)


dapat hadiah wuu wuuu




kak irine dgn abg aizul and kak linda :D
taraaaa! hadiahnya! Best gilossss jealous >,<








  
Buah hati kak irine,baby Fiska Medina (genap sebulan semlam).Rezeki anak kan?  


Tahniah kak irine atas kemenangan beliau semalam! Tahun depan menang lagi tau hihi.Nanti update entry baru yea?Excited nak baca :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2013 Reserved to Siti

Edited by Cik Amal