Selasa, 31 Januari 2012

CERPEN | Terima Kasih Ya Allah ( Part I)


TERIMA KASIH, YA ALLAH (Part I)


Aku dilahirkan di dalam keluarga yang berada.Papa merupakan pemilik Syarikat Jaya Holding Berhad,mama pula merupakan arkitek yang terkenal di Kuala Lumpur.Aku merupakan anak tunggal mama dan papa.Akibat kesibukan mama dan papa bekerja,aku hidup dalam keadaan yang bebas tanpa ada pegangan hidup yang kukuh.Papa dan mama selalu berkata yang mereka bekerja keras untukku,kadang-kadang aku berasa cemburu dengan rakan-rakan lain yang hidup dalam keluarga yang penuh dengan kasih sayang,tetapi itu dulu,sekarang aku berasa seronok dengan kebebasan yang mama dan papa beri kepadaku.Pada setiap malam,aku akan keluar berseronok bersama-sama rakan-rakanku walaupun aku mengetahui yang aku bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) pada tahun ini.Di sekolah,aku begitu popular,sebut sahaja nama Puteri Anis Sofea,pasti mereka mengenali aku.,kerana kedudukanku sebagai anak orang kaya.Aku didekati oleh ramai pelajar kecuali seorang pelajar yang bernama Nurul Aishah.Aishah seorang pelajar yang cemerlang,malah dia tidak pernah meninggalkan solat.Aishah juga digelar “ustazah” kerana memakai tudung yang labuh dan sering menyertai segala aktiviti yang berkaitan agama islam.Aishah juga amat disayangi oleh guru-guru kerana keperibadiannya yang tinggi.Di sebalik hati kecil ku,aku begitu kagum dengan Aishah yang tidak pernah tergugat dengan keseronokan duniawi.
Aku merasakan kehidupan ini terlalu indah sehingga aku lupa akan perkara yang seharusnya aku lakukan.Sehinggalah pada suatu hari ketika aku berada di dalam kawasan sekolah,cikgu memanggilku ke pejabat.Aku hanya menganggap ini perkara biasa apabila aku di panggil untuk ke pejabat kerana masalah disiplin yang telah aku lakukan,namun sangkaanku meleset sama sekali.Berita yang cikgu sampaikan kepada aku umpama satu beban yang terlalu berat untuk aku pikul.
“ Puteri Anis Sofea,pihak sekolah baru mendapat panggilan bahawa ibu dan bapa awak terlibat dalam kemalangan jalan raya dan mereka telah meninggal dunia ” ,kata Cikgu Amirah dalam nada suara yang perlahan namun jelas untuk aku didengari.
“Tak mungkin cikgu! Tak mungkin! Cikgu tipu saya kan?! ” kata aku sambil menitiskan airmata.
Cikgu menarik aku ke dalam pelukannya.Perasaan sedih aku tidak dapat dibendung lagi.Air mata aku terus-terusan menitis.Aku dibawa ke hospital oleh Cikgu Amirah.Tiba sahaja di hospital,aku melihat dua jenazah diusung keluar.Aku terus meluru ke arah jenazah tersebut tanpa mengiraukan keadaan sekeliling.
“Mama,Papa,kenapa tinggalkan Anis??Apa salah Anis pada mama dan papa??Anis hanya ada mama dan papa sahaja dalam dunia ni,Anis nak bergantung hidup pada siapa lagi?Anis tak boleh hidup tanpa mama dan papa.Papa,mama!! bangunlah!!”
“Anis,tak baik kamu meratapi pemergian mama dan papa kamu,yang hidup pasti akan kembali kepada-Nya,kita yang masih hidup ni,kena teruskan kehidupan”
“Apa salah saya cikgu?kenapa saya diuji sebegini rupa?kenapa dunia terlalu zalim?saya cuma ada mama dan papa.Saya tak ada siapa-siapa lagi” ,kata aku dalam keadaan teresak-esak.
“Astaghafirullahalazim Anis,istighfar sayang,dunia tak  zalim,Allah ambil nyawa mama dan papa kamu kerana masanya telah tiba,jangan salahkan takdir,terimalah qada dan qadar Allah”,kata Cikgu Amirah kepadaku.
Aku terduduk mendengar kata-kata cikgu.Entah kenapa saat itu aku terlalu lemah,air mata aku menitis jatuh tanpa henti.Jenazah mama dan papa selamat dikebumikan,namun aku sedih kerana tiada seorang pun rakan-rakan karibku hadir saat aku berduka.Terlalu ramai rakan mama dan papa termasuk wartawan yang hadir bagi memberikan penghormatan yang terakhir.Aku masih mengharapkan kehadiran kawan-kawanku,namun tidak kunjung tiba.Tiba-tiba aku terdengar seseorang memanggil namaku.Aku menoleh,rupa-rupanya Aishah,yang hadir bersama keluarganya untuk memberikan kata-kata semangat kepadaku.Entah kenapa aku terus berlari kearah Aishah dan memeluknya.Saat itu aku merasakan Aishahlah sahabatku walaupun kami jarang untuk bertegur sapa.
“Aishah,aku dah tak ada apa-apa lagi kat dunia ni,mama dan papa aku dah tak ada,aku tak nak harta peninggalan mereka,aku hanya mahukan mereka!”kata aku sambil menangis.
“Anis,siapa kata awak tak ada siapa-siapa lagi?”, kata Aishah kepadaku.
“Apa maksud kau Aishah?Aku masih ada siapa?”
Aishah tersenyum sambil berkata, “Awak masih ada Allah,awak masih ada saya.Allah menguji awak kerana Allah sayangkan awak,Allah tak nak awak terpesong jauh,lalu Dia berikan ujian ini kepada awak”
Aku terdiam mendengar kata-kata Aishah.“Allah?aku telah lupa kepada-Nya,aku terlalu lalai dengan nikmat duniawi”,monolog aku sendirian di dalam hati.Aishah menemani aku dan memberi aku terlalu banyak kata-kata nasihat kepadaku.Saat itu aku begitu tenang.Aishah mengajak aku tinggal bersamanya.Aku menerima pelawaan Aishah dengan hati terbuka.Keluarga Aishah begitu baik terhadapku,aku pergi dan pulang dari sekolah bersama-sama Aishah.Aku mula di pandang serong oleh kawan-kawanku kerana berkawan rapat dengan Aishah yang hanya menjadi “ulat buku” dan taat pada perintah agama.Walaupun aku berkawan rapat dengan Aishah,namun hati aku masih belum terbuka untuk taat kepada agama Allah.Aku mula menjadi diri aku yang sebelum ini,keluar berseronok dengan rakan-rakan,malah aku percaya kata-kata kawan-kawanku bahawa keluarga Aishah hanya mahukan harta peninggalan keluarga aku.Fitnah demi fitnah aku dan kawan-kawanku lemparkan kepada Aishah dan keluarganya.
Aku diuji sekali lagi apabila harta mama dan papa disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM).Menurut pegawai SPRM harta mama dan papa akan disita buat sementara waktu bagi menjalankan siasatan.Aku meminta bantuan kawan-kawanku,namun tiada seorang pun yang sudi membantu aku.Saat itu baru aku sedar  yang mereka hanya kawan aku di kala senang bukan di kala susah.Pada waktu itu,hanya wajah Aishah dan keluarganya yang terbayang di mataku.Aku kembali ke rumah umi dan walid Aishah.Aku memandang wajah umi,walid,Aishah, dan adik-adiknya satu persatu.Terasa diri ini terlalu hina di depan mereka.
“Umi,Walid,Aishah,maafkan Anis,Anis terlalu bodoh mengikut kata-kata mereka.Terlalu banyak dosa Anis terhadap keluarga Walid.Terlalu banyak fitnah yang Anis buat terhadap keluarga Walid”,kata aku sambil menangis.
“Anis,Walid dan Umi dan lama maafkan salah dan silap Anis terhadap kami,tapi satu sahaja yang Walid minta pada Anis”
“Apa dia Walid?”
“Mohon ampun kepada Allah,jangan biar Allah murka nak,terlalu banyak nikmat yang telah Dia berikan kepada kita”,kata Walid kepada aku.
“Benar Anis,Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Menyayangi”,kata Aishah kepadaku sambil tersenyum.
Aku terus memeluk Aishah dan mencium tangan Umi dan adik-adik Aishah.“Aku berjanji akan menjadi lebih baik daripada sebelum ini”,kata aku sendirian.Malam itu aku tersedar daripada tidur,aku terdengar Aishah berdoa kepada Allah.
“Ya Allah,terima kasih atas hidayah-Mu kepada Anis,terlalu besar nikmat yang engkau berikan,sungguh aku bersyukur atas nikmat-Mu Ya Allah”
Aku terus memeluk Aishah,Aishah terkejut namun membalas pelukan aku.Aku mula membaca buku-buku berkaitan islam.Aku belajar mengaji daripada Walid dan belajar solat daripada Umi dan Aishah.Ketenangan demi ketenangan aku perolehi selepas mula mengenal islam sedalam-dalamnya.Aku mula berpakaian seperti Aishah.Bertudung litup dan berjubah labuh serta menjaga solat dengan baik,malah aku menitikberatkan soal pelajaran.Aku masih teringat kata-kata Walid “ilmu itu hendaklah kita tuntut sehingga ke titisan darah yang terakhir,biarlah kita berjaya dalam ilmu dunia dan akhirat”,aku tersenyum mengingat kata Walid.Aku mendapat berita daripada Walid,bahawa harta mama dan papa tiada unsur rasuah.
“Alhamdulilah!Allahuakbar!Terima Kasih Ya Allah atas pemberian nikmat yang terlalu mahal harganya,akhirnya maruah arwah mama dan papa terbela jua daripada fitnah”.
Aku dan Aishah bakal menduduki peperiksaan SPM pada tahun ini.Kami berpegang kepada satu prinsip,usaha,tawakal dan ikhtiar.Kami memulakan kertas pertama dengan zikir dan selawat kepada Allah dan Rasulullah.Hari demi hari,kami tekun menelaah buku,namun suatu perkara yang aku sedar.Perangai Aishah semakin pelik,Aishah lebih gemar menyendiri,dia tidak banyak bercakap lagi.Aku semakin takut melihat Aishah.Aishah selalu berkata kepada aku bahawa dia terlalu sayangkan aku dan keluarganya,dia terlalu bersyukur dengan nikmat yang terlalu mahal daripada Allah buatnya.Hari terakhir peperiksaaan SPM,aku begitu gembira kerana berjaya menjawabnya hingga ke kertas yang terakhir,namun aku semakin khuatir melihat Aishah kerana tiada wajah yang ceria yang lahir daripada muka Aishah.Kami keluar daripada sekolah dengan senyuman dan kesedihan kerana bakal meninggalkan sekolah yang telah banyak memberi jasa kepada penghuni-penghuni sekolah tersebut.
Aku terlalu asyik bersembang bersama-sama rakan-rakan sekelas kami yang lain,tanpa aku sedari ada sebuah kereta meluru ke arah aku,Aishah menolak aku ke tepid an akhirnya di depan mata aku,aku melihat sahabat aku dilanggar sehingga naik ke atas bumbung kereta.Aku terus berlari ke arah Aishah,sambil meletakkan kepalanya di atas paha aku.
“Aishah,kenapa awak selamatkan saya??”,kata aku kepada Aishah sambil menangis.
“Kerana awak sahabat saya Anis,saya sayangkan awak,saya lebih rela menanggung sakit ni daripada saya melihat awak berlumuran darah”
“Tapi saya pun tak sanggup melihat awak macam ni,awak yang banyak membantu saya selama ni”,kata aku sambil mengelap airmata Aishah yang bercucuran jatuh.
“Saya lebih percayakan awak untuk menjaga keluarga saya,bila saya dah tiada nanti,awak janji dengan saya,awak akan jadi lebih kuat daripada sebelum ni dan menjaga Umi dan Walid serta adik-adik dengan baik,bolehkan Anis?”
Aku memandang Aishah dan pura-pura tersenyum, “ baiklah saya janji dengan awak,saya akan menjaga mereka macam mana awak menyayangi mereka dan menjaga mereka”
“Berjanji juga dengan saya yang awak tak kan pernah salahkan takdir Allah,Dia terlalu baik dengan hambanya,dia dah berikan saya seorang sahabat yang baik dan seorang kakak yang penyayang untuk saya meneruskan hari-hari yang mendatang di atas bumi ciptaan-Nya”.
“Saya berjanji Aishah”.
Dada Aishah sudah berombak-ombak,Aishah berkata “masanya telah tiba,kita jumpa di syurga nanti Anis,insya’allah”.
Mengucap sahabatku, “ashadu an la ilahailallah wa ashadu an muhammadul rasullulah”
Aishah meninggalkan kami setelah melafazkan kalimah syahadah.Hanya linangan airmata sahaja yang dapat menggambarkan perasaan aku pada saat ini.Kehilangan sahabat yang aku sayangi dan hormati.Rakan-rakanku memberi kata –kata semangat kepadaku.Aku terus memberitahu berita sedih ini kepada keluarga Aishah,Umi dan Walid hanya mampu beristighfar   apabila mengetahui kematian puteri sulung keluarga mereka.Aku masih ingat lagi kata-kata Aishah ketika saat-saat terakhirnya.Tugas Aishah di dunia ini telah selesai,dan aku bakal menyusulnya kelak cuma masanya masih belum aku ketahui.Pemergian Aishah begitu mengejutkan.Rakan-rakan Aishah dan cikgu-cikgu Aishah hadir bagi memberi kata-kata  semangat kepada keluarga arwah dan memberi penghormatan terakhir kepada-Nya.Airmata aku sudah kering untuk menitis,aku sudah mampu menerima qada dan qadar Allah walaupun jasad Aishah masih belum disemadikan,bukan kerana aku gembira dengan pemergiannya tapi kata-kata Aishah sebelum pemergiannya telah menguatkan semangat aku untuk menerima takdir Allah ini.
Saat penutup kain kafan dibuka,aku melihat wajah Aishah penuh kelembutan,keserian dan senyuman seolah-olah terukir di wajahnya,muka Aishah seolah-olah sedang lena diulit mimpi tidur yang panjang.Aku memegang tangannya dan membaca surah al fatihah kemudian mengucup dahinya sebagai tanda aku melepaskan pemergiannya walaupun aku tahu perpisahan ini terlalu perit dan berat bagiku.Selamat tinggal Aishah,pergilah dikau kepada-Nya,aku mendoakan agar engkau sentiasa ditempatkan bersama golongan orang-orang yang beriman.Airmata Umi dan Walid juga tidak mengalir,mungkin mereka tidak mahu orang lain melihat kesedihan mereka,walaupun aku tahu disebalik hati kecil mereka,mereka menangis namun kita hanya merancang Allah yang menentukannya.Jenazah arwah Aishah selamat dikebumikan,kini hanya iringan doa al fatihah dan yassin sahaja yang mampu kami berikan kepada mereka-mereka yang telah kembali kepada-Nya sebagai tanda kasih kami kepada mereka yang telah pergi.Terima kasih Aishah  atas kehadiranmu di dalam hidupku.Aku akan menunaikan janjiku menjaga keluargamu sehingga akhir hayatku.Terima kasih Ya Allah di atas kurniaan Mu yang begitu indah di dunia ini.
Allah tidak zalim dengan kita,malah Allah terlalu baik dengan kita,walaupun Dia murka dengan kita,tetapi Dia tetap memberi kita peluang untuk  bertaubat.Syukran Ya Allah.Tiada kata mampu ku ucapkan kepada-Mu.Kehadiran Aishah di dalam hidupku mengajar aku tentang erti sahabat dan kawan.Sesungguhnya Aishahlah sahabatku dunia dan akhirat.Kasih sayangmu sehingga kini masih terkesan di dalam hati aku.Kenangan aku dengan kau begitu mendalam sehingga aku tidak dapat menahan airmata dikala mengingatimu.Terima kasih Aishah,terima kasih Ya Allah,terima kasih di atas segala-galanya kerana memberikan aku kehidupan yang begitu sempurna.
“Anis,mari kita balik nak dah lewat dah ni”,kata Umi kepadaku.
“Baik Umi”.
Selamat tinggal Aishah,lain kali aku datang lagi.Assalammualaikum ya ahli kubur.







#pendapat anda amat saya hargai :D sila2lah memberi komen anda :) 

Khamis, 26 Januari 2012

:(

ASSALAMMUALAIKUM!
SELAMAT SEJAHTERA! :)

layan lagu arwah izwan pilus yg nie....
hati rasa pilu...tak tau npe....
maybe lagu nie slow n sng tok di fahami kowt....
layan jom :')

Rabu, 25 Januari 2012

Lepak kampung kali nie lebih SUPERB !!!!

ASSALAMMUALAIKUM!
SELAMAT SEJAHTERA! :)

hye peeps...lama x jmpe kan...??korang sihat tak...??
hopefully sihat2 senantiasa :D
dalam berapa hari nie aku ada kt kg....xlama tpi rasa mcm x ckup jer lepak kt kg....

sbb..???bukan sng nak lepak kt kampung dengan mak su n k.long...
kalau ada diorg aku rasa best gler...sbb otak diorang gler2...
ddk kampung terasa mcm kejap jer....

mcm2 story yg maksu citer smpi tak kering gusi melayannya...
ary isnin tuh ingt nak g karaoke..tpi xdpt sbb fulled...
mane x full....beli satu jam percuma 1 jam....

ary selasa ingt nak g karaoke..
tpi tukar plan...lepak kt Tanjung Emas Tepi Sungai Muar..
perghhhhh mmg best...mane tak nyer bile mknan then terus lepak tepi sungai...

mse lepak2 tiba2 ada org main viola n guitar lagu ombak rindu!!
perghhh dengan angin sepoi2 bahasa....
sungai yang beralun2..terasa tenang sungguh....

harap dpt lepak mcm tuh lagi! :DD


Ahad, 22 Januari 2012

Citer feveretku nak TAMAT!!!

ASSALAMMUALAIKUM!!
SELAMAT SEJAHTERA! :)

25/01/2012 citer feveretku akan tamat....
nak tau citer apa...???

ada spe2 tgk tak...???
selalu pukul 7mlm kt tv8....
jgn risau waktu solat tak pernah aku lupa even tgk tv....
pas puas tgk citer nie aku akan msuk blik dan study..itu jer keje aku hahahah

apa yang menarik tentang cerita nie...???
mengisahkan seorang lelaki iaitu seorang detektif yg hebat dlm menyelesaikan kes...
kira mcm detective conan la nie...
Yue Chi Long sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak dan isteri iaitu Ying Jing Jing....
Chi Long mempunyai kuasa Psikik iaitu...
apabila Long Long memegang gmbr atau brng milik si mangsa
Long Long akan mendapat bnygn atau klu kemudian pengsan..
dr situ la dye dpt menyelesaikan kes nya...
tanpa disedari anak Long Long dan Jing Jing jugak mewarisi kuasa luar biasa ayahnya....


erm menarik tak...???
kalau menarik tgk r...
tinggal 3 episod je lagi...
kalau nak tau aku minat dgn lakonan 

Roger Kwok or Long Long(D.I.E 2)

Sonija Kwok or Jing Jing

natural beuty rite???fuhhh dlm D.I.E again dorg sebagai suami isteri...
suka sngt bergaduh..tpi Long Long akan buat isteri dye tersenyum balik...
pasnie xdpt tgk lakonan dorg lagi..selepas citer dorg tamat huhuhuhu :(

Sabtu, 21 Januari 2012

Tahniah...:)

ASSALAMMUALAIKUM!!
SELAMAT SEJAHTERA! :)

masih belum terlambat untuk aku wish tahniah kt diorang....
aku suka tgk diorang...
nak tahu kenapa???sbb diorang akan bercinta selepas kahwin....
selalu org bercinta selepas kahwin KEBANYAKKANNYA tanpa rela...
kali nie tak..mereka rela dan sngt berbahagia dgn perkahwinan mereka sekarang....

moga perkahwinan mereka diberkati oleh Allah....
dan kekal hingga ke syurga.....
amin2...
Tahniah Ally Iskandar & Nurfarahin romli a.k.a Farah Lee




credit to:EncikGoogle


Jumaat, 20 Januari 2012

Ya Allah..Bersediakah aku...???

ASSALAMMUALAIKUM!!
SELAMAT SEJAHTERA!! :')



hurm....sekali lagi aku terima berita kematian....
entah kenapa...aku terfikir...
sejak kawan aku pergi menghadap-Nya....aku terfikir dan terkenang seorang diri...
Allah boleh ambil nyawa bila2 kan....
aku takut sbb aku tau bekalan aku untuk berjumpa dgn-Nya belum mencukupi lgi....

aku menangis dan terus menangis...bukan kerana tak dpt terima kenyataan kepergian kawan aku...
tpi  aku menangis kerana aku terlalu banyak melakukan dosa...
Allah boleh ambil kita bila2....tak lambat walau 1 saat dan tak cepat walau 1 saat...
namun hakikatnya....kita adalah milik Allah....
nak tak nak kita akan kembali pada-Nya..
bila masa dan saatnya akan tiba....

persoalannya....bersediakah aku dengan bekalan ku...??
bila mengingati mati..jantung aku berdegup kencang....
Ya...Allah tetapkan iman ku Ya Allah....

Al-fatihah kepada mereka yang telah menghadap-Nya ..
moga mereka sentiasa berada di sisi Allah ..
dan moga dosa-dosa mereka akan terampun....
dan  Al-Fatihah jua pada arwah Izwan Pilus yang kembali kepada-Nya..pada 6.15ptg td...





Rabu, 18 Januari 2012

Kau Pergi Jua..al fatihah :(

ASSALAMMUALAIKUM!!
SELAMAT SEJAHTERA!! :(

Ya Allah...sahabat ku pergi jua...setelah seminggu lebih dye koma....
perasaan aku sekarang nie...erm entahlah....
aku perlukan kekuatan tuh....mesti korg tertnya-2 spe sahabat ku itu....
kalo nak tahu baca nie Ya Allah Selamatkan Dia... 
tapi sudah tiba masanya...Allah bawa jua dia pergi....


Salleh...sahabatku yang periang.....
kini telah tiada...dulu wajah n suara dye sentiasa ada dalam hidup sahabat,guru dan keluarganya....
kini,dia telah kembali kepada Allah....
kerana dye milik Allah ...kita tak layak untuk mempertikaikannya....
entah kenapa...bila dgr jer berita tuh..hatiku rapuh...
teringat masa kawan aku bgtau td kt bilik guru...
dye kata "Salleh" smbil geleng-geleng kepala dan nages.....

Ya Allah...aku tak tau nak kata apa dh....
bukan tak dpt nak terima kenyataan tpi entahlah....
Salleh..aku tau kau dh tak de.....
dan kami rela jika tu masanya...
moga engkau damai di sana...
dan di tempatkan dlm golongan orang yg beriman....

kawan2..sekali lgi aku memohon....
doakan arwah bersama golongan beriman....
amin..:'(
ya allah...berikan kami kekuatan..:'(




Selasa, 17 Januari 2012

MOOD jatuh ke laut!!!!

ASSALAMMUALAIKUM!!
SELAMAT SEJAHTERA! :)

nampak jer aku senyum ...tpi hati aku spe tau...???
aku ngah bengang + touching....since dr sekolah td.....
salah aku ker kalo selalu on9...???
hurm....sekurang-kurangnya walaupun aku on9..aku punya homework...selalu siap...
(bukan berlagak)
aku tahu apa aku buat...sedih tau bila ckp pasal spe yg slalu on9..
nama aku sorg jer yg naik....

korang betul2 buat aku sedih tau....
aku tak salah kan spe2 tau..aku on9 pun sbb aku tau korg akan tanya sesuatu dgn aku...
so skng aku buat cm nie..aku mmg akan on9...
tpi aku offline chat....bia xde spe tau aku on9 or tak....
n status pun aku ta kan update....
sorry to say....aku mmg terasa....
jangan risau aku jenis yg dpt lupakan sesuatu..
so harap2 cpt2 aku lupakan peristiwa nie! 


Isnin, 16 Januari 2012

Betapa CanggihNya Sekolah Aku :P

ASSALAMMUALAIKUM!!
SELAMAT SEJAHTERA! :)

haip peeps..???apa habaq..??sihat...??
korang yang tengah gembira...ucaplah alhamdulillah....
sedangkan masih ada yang berduka.....
aku dan kawan lain masih dlm keadaan sedih.....
menantikan sahabt kami yang sedang terlantar kt hospital....
tiap kali ingat dye....aku rasa pilu sangat2....
kepada spe2 yg blom baca g.....TekanSini 
aku tak tipu korang....bacalah dan fahamilah...doakan dye k...???

dah2 taknak citer pasal benda2 sedih nie....
sat gi menitis airmata aku..banjir lak kang..:P
nak citer sal kecanggihan sekolah aku nie....??kasi mention sket itu nama sekolah
SMK SEKSYEN 10 KOTA DAMANSARA
itulah nama sekolah aku...tadi cikgu Zaini a.k.a cikgu disiplin n koperasi....
bagitau pasal...satu perkhidmatan baru....

iaitu..cikgu akan letakkan mesin photostat kt dpn koperasi....
dan kita boleh photostat sendiri dgn syarat...
kita kena guna kt 'touch n go'
harga kad nie Rm24 ....
Rm 14 adalah deposit....dan Rm10 adalah isi dlm kad tuh....
actually Rm10.50 dlm kad tuh.....
so pasnie tak yah susah2...nak photostat sbb dh ada kad....
amcam canggih tak.....???
t dh dpt kad tuh...aku kasi tau yea :)))


Ahad, 15 Januari 2012

Ya Allah..selamatkan dye..:(

ASSALAMMUALAIKUM!!
SELAMAT SEJAHTERA! :')

hurm...malam nie mood aku sedih sangat2 ....
nak tahu kenapa...???
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
kawan aku masa sekolah rendah..:((
even aku tak rapat sangat dgn dye..tapi dye pernah tegur aku....
serius dye tak sombong malah kelakar giler....
now...aku tgk kawan aku..:(
terlantar koma dkt hospital seremban.....Ya Allah.....
nie gmbr 4 or 5 hari lepas....
gmbr terbaru 
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
baru lepas pembedahan buang darah beku kt kepala dye ..tpi still tak sedarkan diri...
Ya Allah...kalo korg nak tahu kenapa dgn salleh...
dye jatuh tangga kt asrama sekolah dye....
kita doakan dye semoga cepat sedar dan cepat sembuh...
semua org rindukan dye....dan semua org harapkan dye sedar....
kawan2 doakan dye k...:')
moga sahabat kita dilindungi Allah....
bantu dia Ya Allah....
Salleh aku tahu kau kuat...so kau kena cpt sedar....
doa kami tak kan pernah putus untuk kau....

credit picture to:AwinAmir (gmbr salleh)



Sebab Allah tahu kita mampu...Dia bagi ujian itu.....:))

ASSALAMMUALAIKUM!!
SELAMAT SEJAHTERA! :)

apa habaq?ni hao maaa???how are you?? errr dlm bhsa tamil apa lak...???
apa larh aku nie kata satu MALAYSIA !!!
hihihhii...tajuk tuh....apa kena mengena dgn satu Malaysia???
xde kena menega pun larh....korang nie....
tuh namanya intro..so citer pada hari ini lain sket....
kira memberi kata-kata semangat dkt spe2 yg merasakan mereka diuji begitu hebat....

aku hanya hamba ALLAH yang tidak mempunyai apa2 malah manusia yang hina..
hanya memiliki anugerah miliknya...sebuah kelaurga yang bahagia...
kawan2 yang penyayang..guru-guru yang memberi ilmu...jua sempurna tubuh badan dan wajah....
aku pernah diuji....dan kadang-kadang terasa macam beban tuh buat aku lemah....
tapi...
aku berpegang pada satu prinsip iaitu...
"ALLAH tak kan uji kita kalo Dia tahu kita tak mampu...sbb Dia tahu kita kuat Dia beri ujian itu"

prinsip tuh benar-benar buat aku kuat sampai kan aku kata...
kenapa perlu menangisi ujian itu....sedangkan kita tahu kekecewaan kita akan terubat tatkala mengingati Allah
tapi...
kita lalai....
saat kita bergembira kita kata orang yang kita sayang beri kita kegembiraan...
saat kita kaya...kita kata itu usaha kita yang tak sia-sia...
saat kita memiliki wajah yang kacak/cantik kita bermegah ...
saat kita sihat kita kata kita pandai jaga diri dan kesihatan kita...
saat keluarga kita bahagia kita kata kita pandai jaga kelaurga kita..
tpi tahukah kita...??
kita manusia yang lupa diri ???
kita gembira sbb Allah berikan seseorang untuk bahagiakan kita
kita kaya sbb Allah bg kita rezeki tu....
kita kacak/cantik sbb Allah bagi keindahan wajah...
kita Sihat sbb Allah bg kita kesihatan yang baik...
kita sekeluarga hidup bahagia sbb Allah beri kita kemanisan sesebuah kebahagiaan....

tanpa anugerah itu..kita tak kan berdiri di sini..
di atas muka bumi Allah 
kerana Dia adalah satu tiada yang dua 


Allah maha Hebat...
kerana ujian-Nya aku makin kuat menghadapi hari-hari yang mendatang...insya'allah :')


Sabtu, 14 Januari 2012

Merentas Desa 2012 ;D

ASSALAMMUALAIKUM!!
SELAMAT SEJAHTERA! :)

credit to:EncikGoogle

hye peeps....dh lme xdgr citer korang...???
sihat ker korg..??sudah makan...??? haip tanyer soklan agak bengap sket hahahaha...
ok pada 13/1/2012 bertempat di SMK KD 10 di adakan merentas desa hikhik :P
ok tahun nie boleh kata ramai la jugak yg datang....
ada 4 buah rumah sukan Hijau,Merah,Biru & Kuning....
 so start dari darjah 1 until form 5 aku sentiasa rumah Perdana aka rumah kuning
ada 4 kategori tau....
P1 untuk form 4,5&6,P2 untuk form 1,2,3,L1 untuk 4,5&6,L2 untuk 1,2,&3...

so sah2 ler aku masuk kategori P1 la kan ...
aku nie xde larh bgus sangat....tpi tahun nie dpt ler nom 44...ok tak..???
hak36....ala ok lar tuh...dr bpe ribu student aku num 44 :P
sngt la penat tahun nie..track nk kata jauh mcm sme jer...
maybe yg penat tuh sbb naik bukit turn bukit maybe....
smpi jer sekolah aku macam nak tumbang serius tak larat.....dh tuh aku nampak wan mcm letih gler...
haih dye tuh tak reti2 nak rehat...sakit jer tau....
katanya dye dh pencen hahahaah...
wan-2 pandai2 jer dye....
keseluruhan nyer..aku puas..nie tahun terakhir makanya hargai btol2 yea :)))

p/s:buat kawan lama Sallehudin yang kini sedang koma di hospital serembam..harap2 dye cepat sembuh....dye seorang yang kelakar..doakan dye yea...:')

credit to:EncikGoogle


Selasa, 10 Januari 2012

SyurgaKu,Ibuku :))

ASSALAMMUALAIKUM!!
SELAMAT SEJAHTERA! :)

ouch,pagi nie macam menggamit perasaan jer kan...???
nak citer pasal mak aku nie....Syurgaku,Ibuku....
bagi aku...dia wanita yang tabah...dye sentiasa tersenyum walau hakikatnyer hatinya terluka....
dye xpernah tunjuk kesedihannya di depan anak-anaknyer....
bagi mak..ktorg segala-galanya...teringat mak pernah kata...
"mak tak kisah kelas apa pun anak2 mak kt sekolah..janji belajar"
mak tak pernah marah walau aku dpt result yg kurang membanggakan :((
tpi mak...selalu menasihatkan aku supaya belajar rajin-rajin....

mak hebat sebab..walaupun anak mak tak bagitau mereka ada masalah...
tpi mak dpt membaca fikiran ktorg.....
tiap kali aku keluar rumah...mak akan cakap
"jangan ikut org sebarangan,bahaya,jangan balik lewat..hati2 tau
acap kali nasihat tuh sume tak pernah lekang dari mulutnya.....
dan kini demi membanggakan mak dan ayah.....
aku janji akan belajar dengan bersungguh2 :')
dan menjadi org berjya....sebab aku dah bertekad....
nak hantar mak n ayah g haji guna duit aku..:')
moga apabila aku berjaya..aku tak menjadi manusia yg lupa pada keluarganya...
nasihat akan akk genggam sampai akhir hayat akk :))
I LOVE YOU MAK & AYAH :'D


Isnin, 9 Januari 2012

Sweet Video| indahnyer membantu orang..:))

ASSALAMMUALAIKUM!!
SELAMAT SEJAHTERA! :)

hari nie kita membantu orang lain...
esok org akan membantu kita lak :))

Try to be a good Muslimah and a good student :)

ASSALAMMUALAIKUM!
SELAMAT SEJAHTERA! :)

wah..title aku hari nie dahsyat sungguh kan...??
eyh btol ker title aku nie...??azam tahun baru ker.....??
hurm,sebenarnya aku tak rasa nie adalah azam tahun baru...tpi nie azam dh lama....
u know what...?? title tuh sebenarnya ikhlas dari hati aku....
bukan apa..aku teringin nak jadi muslimah yang baik...
means ,hamba Allah yang benar2 taat kepada-Nya ...
aku kagum dengan mereka yang taat akan perintah Allah...

yelarh,hidup kita bukannya lama sangat kan...???
entah esok,entah saat nie,entah minit nie nyawa kita di ambil Allah.. 
aku rasa,aku patut menjadi muslimah yang baik....
terasa ingin mempelajari segenap alam tentang ilmu agama islam....
penah aku baca kat buku agama sekolah tingkatan 4...
"apa bila kita mempelajari ilmu yang baru,baru kita sedar yang sebenarnya kita jahil tentang ilmu'
(rasanya macam tuh la kowt)
yup..benda tuh betol....semakin aku pelajari sesuatu ilmu semakin aku sedar,ilmu aku terbatas...

sebab itu aku teringin mendalami sepenuh-penuhnya ilmu agama islam....
menjadi muslimah yang baik serta seorang student yang kaya dengan ilmu dunia dan akhirat...
bekalan buat akhirat......moga apa yang aku harapkan.....akan tercapai...
Ya Allah take me to path that you approve :')
sesungguhnya aku manusia biasa yang inginkan kebahagiaan di akhirat kelak :')
ingin menjdi anak yang solehah buat ibu bapaku..
doa kan yang terbaik buat saya ok..:))

credit to :EncikGoogle

Ahad, 8 Januari 2012

Ini perangai aku...so what...????

ASSALAMMUALAIKUM!!
SELAMAT SEJAHTERA! :)

haip korg..???dh lama xdgr citer...???dh lme ker....??
ala kurang drpd 24 jam..kre lama la tuh kan....???
den pi lek nogori ....(bercmpur baur bhsa aku)......
hahahah lantak larh sukati aku larh kan.....??

eyh chopppp npe dgn title aku nie...???
lain mcm jerk dgr nyer.....
okeyh lately,mmg aku terasa dgn seseorg...?hurm seseorg ker..???atau berorang-orang..??
ayat aku tunggang -langgang...lgi satu kenapa bnyk tanda sal nie...???

okeyh seriously,aku mmg terasa..dengan spe...???
biarlah menjadi rahsia aku seorang...
aku mmg cepat terasa...ada org tak suka...??
sorry,aku try ubah tpi x berjya gak.....terasa tpi tak nak tunjuk....

tapi ada yang perasan..?kalo ada korg mmg clever tau..:)
so secara keseluruhannya...mood aku malam nie...
100% terasa.!



Sabtu, 7 Januari 2012

kurang setuju ...hurm....

ASSALAMMUALAIKUM!!
SELAMAT SEJAHTERA! :)

aku kurang setuju dengan mereka2 yang memaki hamun seseorng kerana kesilapannya...
come on larh,kau,aku or siapa2 pun xde yang perfect tau...
hanya ALLAH yang sempurna....hanya Dia yang mengetahui apa yg tersembunyi mahupun tidak tersembunyi...
so kenapa kita nak menghukum org lain kerana kesilapan mereka.....
x salah menasihati tpi cara kita menasihati tuh jangan lah sampai mengeluarkan perkataan yg kesat...

kita kata org begitu,kita kata org begini tpi kita...????
maybe lagi teruk kowt....aku pun teruk...tpi aku cuba jd yg terbaek....
kita tak tau amalan org lain,so kita xde hak nak judge org....
kita kena mendoakan org itu lebih baik....
Nabi Muhammad pun meyampaikan dakwah dengan penuh lemah lembut dan bersopan serta bersabar...
akhirnya islam tersebar luas...
kenapa kita terlalu mengikut emosi sahaja??? 
tepuk dada tanya iman...
p/s:maafkan aku atas kata2 di atas...yang buruk datang drpd aku,yang baik dtg dr ALLAH SWT ...
pintu taubat masih terbuka...moga ALLAH menerima amalan kita amin..:')


Jumaat, 6 Januari 2012

Urusan Terakhir...

ASSALAMMUALAIKUM!
SELAMAT SEJAHTERA !:)

lepas mandi tadi,aku terus tgk tv.....
Al-Kuliyyah pasal Urusan Terakhir ......mereka or tetamu jemputan....
senang citer ustaz yg datang tuh...ajar cara2 mandikan jenazah,kapan n solatkan jenazah....
sangat2 detail penerangan nyer...
kata ustaz tuh....seelok-eloknya keluarga yang mandikan jenazah...
sbb insya'allah ahli keluarga akan mandikan dengan penuh kasih sayang....
ustaz tuh kata lagi sifat amanah dan sabar harus ada ketika menguruskan jenazah....
sbb bukan mudah untuk menguruskan jenazah...kita x leyh menyakiti jenazah...
apantah lagi mengaibkan jenazah....
sesungguhnya banyak ilmu mengenai urusan terakhir yg aku dpt td....

"Setiap yang bernyawa akan merasai mati"
 (al-Imran : 185)
"Di mana pun kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu (apabila sampainya ajal) sekalipun kamu berada di dalam benteng-benteng yang tinggi lagi kukuh" (an-Nisa: 78) 


Khamis, 5 Januari 2012

first day and second day in my school 2012

ASSALAMMUALAIKUM!!
SELAMAT SEJAHTERA! :)



hye..terasa lama kan x update....???
erm ada ker org kisah aku update or not...???confirm xde kan..???
hahahah nmpk mcm minx simpati je kan...???
sket pun xde larh opssssss jup hachummmmmmmmmmm!!!

opppsss sorry terbersin  lak......
nak tau per jadi kt kehidupan aku pd 2012..???
mse dkt sekolah...???
setakat nie ok...mse memula jer msuk sekolah dh dpt homework..

hurm...tp yg x best..first n second day...
dh kena demam2...selsema...
sejak demam aku cepat letih badan..:(
nak2 balik sekolah mse tgh jalan kaki...
wow tersangat larh bahang ...:((
so kesimpulannya aku xberapa seronok sekolah bila demam2 nie..
tpi aku seronok sekolah sbb dpt jumpa kengkawan :D


Ahad, 1 Januari 2012

Hari Terakhir...

ASSALAMMUALAIKUM!!
SELAMAT SEJAHTERA! :)

haip..hari terakhir apa nie pgi2 1 Jan 2012 nie..??
mcm nie...hari terakhir 2011 iaitu 31 dec 2011
aku x wat pape pun hahahaah...
haip gurau jer larh.....
korg mesti smbut new year kt mane2 kan..???
erm aku tak pun...kena duk umah haahahah....
cuma ptg tuh aku g rumah kwn aku...

act,kawan baik aku la kan,adik2 perempun dye punya b'day...
dan mak dye mak angkat aku.......
seronok gak smlm.....dpt mkn bird,eyh silap2 bukan bird tp kek angry bird larh ...
hahahaha..meh aku tunjuk sket yg smlm punya citer....
*
*
*
*
*
*
*
*
*

tadaaaaaaaaa kek angry bird...aku amek satu gmbr jer...
sbb nak amek gmbr bnyk2 x smpt...
kenapa??korg tnye kenapa..???
ye la aku mana smpt amek dh ada dlm perut org...
xkan aku nak amek hikhik :DD

ada lgi jup2...
tadaaaaa b'day girl hikhik comel kan princess dua org nie...???





cuba mengelakkan diri drpd kena tepung...hakikatnya....dye yg paling teruk kena hahaha 



tira kata bukti selipar dye kena tepung :P

ha cpt dik spe smpu dlu hahaha

aik si kecik nie pun nak main jugak???hahahah

pusing2 yahuuuuu aku dpt ddk dlu ;D

kawan selamanya.......




        

ha tuh jer yg aku wat new year nie hihihihi.....
owh yea sorry la citer nie dh berlaku tahun lepas iaitu 31/12/2011 hahahah
HAPPY NEW YEAR KAWAN2....

nak wish tahniah jgk dkt  Pn. RedBloodSnow
nak tahu spe..????tgk la blog dye...
npe wish tahniah...???sbb she's pregnant 3 weeks ...
tahniah zie..moga selamat hendaknya...:DD

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2013 Reserved to Siti

Edited by Cik Amal