Sabtu, 15 Jun 2013

Malu Sebahagian dalam islam...

ASSALAMMUALAIKUM!!
SELAMAT SEJAHTERA!! :)

Bismillahirrahmanirrahim.Alhamdulilah,kita berjumpa lagi pada hari ini.Haih,dah 5 hari siti tak update blog kan?rasa macam lama je.Yela,Siti dah start sekolah balik.Terlalu banyak benda nak dibuat.rasa macam minggu ni terlampau busy.Yelah,dengan subjek Pengajian perniagaan,pengajian am,sejarah,muet and bahasa melayu.Busy sangat,terlalu banyak kerja sekolah and aktiviti sekolah.Hehe,dajhlah tak nak cerita pasal sekolah,kita cerita mengenai tajuk diatas.

Pengertian malu :   "Malu atau haya dalam bahasa arab berasal daripada perkataan hayat yang bermaksud kehidupan. Ia mencakupi sifat malu, memelihara aib diri dan orang lain, kesopanan, harga diri dan bersikap jujur dalam menjaga dan memelihara maruah kerana Allah."

Rasulullah mengajar umat Islam mengenai perkara pentingnya seseorang menghiasi dirinya dengan sifat malu. Dan betapa malunya seorang yang bergelar muslim tetapi tidak mempunyai sifat malu sebagai hamba kepada Allah. Abdullah ibn Umar meriwayatkan bahawa Rasulullah berjalan melintasi seorang pemuda yang memarahi saudara lelakinya yang sangat pemalu. "engkau seorang yang sangat pemalu dan aku bimbang sifat malumu itu akan memusnahkan dirimu". Mendengar kata-kata lelaki itu, Rasulullah bersabda, "Tinggalkanlah ia, kerana sifat pemalu itu sebahagian daripada iman". (Bukhari)

Malu itu ada dua :-
1-malu untuk kebaikan
2-malu untuk kejahatan

Fikirlah kita malu di mana? anda kenal diri anda,maka katakan kepada diri anda....


 Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah saw ada bersabda bermaksud: "Iman itu ada lebih 60 cabang. Dan sifat malu adalah sebahagian daripada cabang iman."

1 Orang Berjaya mengetahui kisah DukaKu:

Cik Gee berkata...

orang zaman sekarang ni kurang malu.. setuju tak?

salam kenal dari cik gee.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2013 Reserved to Siti

Edited by Cik Amal