Rabu, 15 Ogos 2012

Thanks,Suka dengan pemberian tuuuu...

ASSALAMMUALAIKUM!
SELAMAT SEJAHTERA!! :)

Apa khabar semua?sihat ke?dah lama tak update and dah lama tak mengambil tahu pasal korang ..:)
today siti nak cerita pasal pemberian seseorang kepada siti.

Maybe tak seberapa bagi orang lain,but bagi siti ianya terlalu berharga..:)
korang nak tau x apa dia?

Hadiah tu adalah potret gambar siti dan dia....
walaupun siti tak nampak macam muka siti pun hahahah...

but, siti hargai pemberian itu sebab siti tak pernah dapat pun hadiah macam tu.
korang nak tengok?


tadaaaaaa lawa kan?hihihhi
thanks kepada si pemberi. <3

#blog macam tak menarik,maybe lepas SPM akan berlaku perubahan yang drastik dalam blog Siti nie : D

Khamis, 9 Ogos 2012

Tabahkan Aku Ya, Allah....

ASSALAMMUALAIKUM!
SELAMAT SEJAHTERA!! :)


Ya,Allah.
Engkau mengambil anugerah suara yang kau berikan kepadaku,
Aku terasa lemah dan tak sanggup,
namun aku tahu,engkau sedang menguji agar aku tabah menempuhnya.

Ya,Allah.
Engkau mengetahui bahawa hatiku sedang berduka,
sekali lagi aku berasa sedikit kecewa dan berasa seperti tidak adil,
namun aku yakini bahawa kekecewaan itu pastinya akan membawa kepada pelangi yang indah.

Ya,Allah.
Engkau mengetahui aku sedang atau akan kehilangan sahabat baik ku,
Aku berkata "kenapa semua orang mahu tinggalkan aku",
namun aku tahu walau aku kehilangan seorang manusia,Engkau tetap disisiku.

Ya,Allah.
Engkau mengetahui bahawa kenangan semalam begitu indah,
Aku menangis dan berkata "kenapa kenangan ini ada,kalau akhirnya menderita?"
namun aku pasti Engkau mengujiku kerana mahu aku terus-terusan tabah dengan dugaan mu.


buat sesiapa yang sedang berduka,
yakinilah bahawa Allah tidak pernah jauh daripadamu.
Walaupun dirimu melupakan Dia ketika dirimu sedang bergembira,
dan mengingati diri-Nya ketika engkau sedang bersedih.
Maka kita berdoa bersama-sama semoga kita bertemu 10 malam terakhir
iaitu malam lailatul Qadar.
Amin Ya Rabbal Alamin. :')



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2013 Reserved to Siti

Edited by Cik Amal