Sabtu, 31 Ogos 2013

Farewell Party 2013

ASSALAMMUALAIKUM!!
SELAMAT SEJAHTERA! :)

Bismillahirrahmannirahim..Okay sekarang Siti nak bercerita mengenai farewell party untuk form 6...
Party ni sebenarnya adalah amalan tradisi untuk semua Pelajar-Pelajar Pra-U SMK KD 10...
Jadi,bila ianya adalah amalan tradisi,makanya kena merancang awal .Kalau tak silap 2 or 3 bulan sebelum party ni kami (lower 6) sambil dibantu oleh guru-guru penasihat dan Pengerusi dan Timbalan Pengerusi MPPPU (Shafiq dan Kalley).

Party ni untuk upper 6 yang akan tinggalkan sekolah secara rasminya lepas STPM sem 3...Tapi sebab kami yg as tetamu juga yg agak kelam kabut,gambar bersama upper 6 tak ambil pun...Haha maaf maaf maaf...
Jadi,Siti akan share setakat gambar yang ada jela yea?Sambil curi-curi gambar kawan-kawan yang lain haha :D Sekarang Siti nak gambar-gambar je yang berbicara....



Pelajar-pelajar perempuan 6 budi

pelajar-pelajar lelaki 6 budi





sebenarnya ni pelajar2 6 budi tapi termasuk upper 6...jadi pelajar2 form6 je la kan? :D
Rasa bahagia bila dengan korang..Alhamdulillah kerana dikurniakan kawan-kawan yang baik...Harap hubungan persahabatan kita kekal hingga ke syurga Allah...Maafkan segala kesalahan yang mungkin buat kalian tersakit hati...Moga perjalanan hidup kita dalam mencari ilmu akan setiasa diredhai Allah.....
Nantikan entry seterusnya mengenai sahabat-sahabat (hafiz,amirull dan azwan) yang akan pergi ke politeknik.


Tanggal 31 Ogos 1957

ASSALAMMUALAIKUM!!
SELAMAT SEJAHTERA! :)

Bismillahirrahmanirrahim...Alhamdulilah ya-Allah atas semua kurniaanMu....

Syukur,kita masih lagi hidup dalam keadaan yang selesa berbanding dan aman...Sedar tak sedar dah 56 tahun kita semua hidup dalam keadaan aman dan selesa...

Sejarah mengajar kita pelbagai kenangan pada masa lalu..Benar sejarah lalu bukan untuk dikenang,tetapi kita kena sedar,sejarah lalu juga membawa pengajaran kepada kita semua.

Hargai pejuang-pejuang negara yang berkoraban nyawa,anggota badan dan keluarga demi negara! 

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! 



Tema : MALAYSIAKU BERDAULAT!, TANAH TUMPAHNYA DARAHKU!   

Jumaat, 16 Ogos 2013

Saudara kita perlukan bantuan kita!

ASSALAMMUALAIKUM!!
SALAM SEJAHTERA!! :')

Bismillahirrahmanirrahim.Alhamdulilah dah 9 syawal :'). Sedang kita bergembira menyambut lebaran...
Saudara kita dekat Mesir sana sedang berperang mempertahankan agama,keluarga dan negara mereka..
Allah,sedar tak kita akan hal ini??

Anak-anak patut bergembira tetapi hanya kematian ibu bapa yang mereka terima,
wanita bertudung dan berniqab di tembak dan dibunuh! :(
Masjid dibakar sesuka hati mereka....

Kita mungkin tak mampu untuk berperang di Mesir...
Cukuplah sekadar menadah tangan seusai solat meminta bantuan daripada Allah...
Kita mungkin tk sedar,dalam masa beberapa jam sahaja...
begitu banyak nyawa yang terkorban...
Jom kita semua lakukan Qunut Nazilah untuk saudara2 kita yang memerlukan bantuan doa kita :') 
Moga Allah melindungi kalian..InsyaAllah!
Takbir! Allahu Akbar!

 

Sabtu, 10 Ogos 2013

INFO| Adab-Adab Di hari Raya Mengikut Sunnah

ASSALAMMUALAIKUM!!
SELAMAT SEJAHTERA! :)

Bismillahirrahmanirrahim.Lama tak update blog kan?Okay sebenarnya Siti tak ada idea nak update apa -,-'' Maaflah yea,rindu dekat blog tetapi tak berusaha mencari idea.. my bad :( Still tak terlambat nak Ucap Selamat Hari Raya buat Semua umat Islam Dim muka bumi ini,ampun maaf dipinta andai ada silap dan salah 
Taqabbalullah Minna Waminka (Semoga Allah menerima Amalan kami dan kamu ).Okay Siti nak share adab-adab di hari raya mengikut sunnah.

Pada 1 syawal kita diharamkan sama sekali untuk berpuasa kerana satu syawal adalah hari kita meraikan kemenangan kerana berpuasa selama sebulan.Alhamdulillah :') Okay jom teruskan :-


1.      Bertakbir
untuk memulakan solat pada hari raya. Umat Islam disunatkan memperbanyakkan bacaan takbir untuk menzahirkan rasa syukur pada ALLAH yang maha ESA. Sesuai dengan firman ALLAH yang bermaksud:-

Supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan RAMADHAN), supaya kamu membesarkan ALLAH (dengan bertakbir) kerana telah memberi petunjuk kepada kamu dan supaya kamu bersyukur”.


Digalakkan juga bertakbir sepanjang perjalanan ke masjid, seperti lazimnya para sahabat melakukannya.

2.      Lafaz ucapan di hari raya
Dinyatakan dalam sebuah hadis oleh al-Hafiz Ibn Hajar Al-Asqalani seperti yang dinukilkan oleh Jubair bin Nufair r.a katanya:-

Apabila para sahabat Rasulullah s.a.w bertemu di Hari Raya, sebahagian mereka mengucapkan kepada yang lain akan ayat TAQABBALULLAH MINNA WAMINKA (Semoga ALLAH menerima amalan kami dan amalan kamu)

3.      Beribadat dan berdoa di Malam Aidilfitri
Kita telah biasa dengan rutin bangun sahur di bulan RAMADHAN. Tentu sekali pada pagi Raya kita sudah tidak perlu bersahur. Tetapi apalah susahnya, dengan kebiasaan bangun sebelum subuh itu kita langsungkan dengan bangkit sebelum subuh pada pagi raya ini, bukan dengan niat untuk menjamu selera tetapi tunduk SUJUD membesarkan ALLAH yang Maha Mencipta. Malam raya adalah salah satu malam yang doa diterima olehNya, maka manfaatkanlah waktu ini dengan memohon sebanyak-banyaknya permintaan. Malah kita juga digalakkan memperbanyakkan takbir sepanjang malam. Seperti sabda Rasullulah s.a.w yang bermaksud:

“Barang siapa yang menghidupkan malam Aidilfitri dan Aidiladha dengan amalan yang baik dan ikhlas kerana Allah, maka tidak akan mati hatinya pada semua hati-hati yang akan mati, iaitu pada hari kiamat"

4.      PADA HARI RAYA
Dalam hadis yang diriwayatkan oleh imam Syafie:

Ali bin Abi Talib r.a pernah ditanya adakah HARUS mandi disetiap hari? Maka jawabnya TIDAK HARUS. Namun mandi yang diharuskan ialah mandi pada HARI JUMAAT, HARI ARAFAH, HARI RAYA AIDILFITRI DAN AIDILADHA”

Bersarapan juga adalah sunnah di pagi raya. Caranya dengan memakan sedikit sebelum pergi menunaikan solat di masjid. Seperti hadis Rasulullah s.aw bermaksud
Rasulullah s.aw tidak akan pergi ke tempat solat pada pagi aidilfitri sebelum memakan beberapa biji buah kurma”
Lihatlah betapa indahnya Islam, hanya dengan bersarapan di pagi raya sudah diberikan ganjaran pahala. Subhanallah!

5.      Berpakaian indah
Perlu diingatkan bahawa islam tidak pernah mengajar umatnya berlebih-lebihan atau melampaui batasan dalam menyambut apa saja perayaan. Ini bermakna Islam menegah umatnya melakukan pembaziran dalam menyambut hari raya seperti boros berbelanja semata-mata untuk bergaya pada hari raya dengan pakaian yang mahal-mahal dan kuih muih yang terlalu banyak. Imam Syafie di dalam kitabnya berkata

" Aku lebih menyukai seseorang memakai pakaian terbaik pernah dimilikinya pada hari raya iaitu hari Jumaat,dua hari raya(aidilfitri dan aidiladha) dan tempat diadakan majlis.Tetapi BERSEDERHANA dalam berpakaian.


6.      Berjalan kaki menuju tempat dikerjakan solat Hari Raya
Hadis Nabi s.a.w:

"Tatkala pergi dan balik dari tempat solat hari raya,Rasulullah sentiasa pergi dan balik melalui jalan yang berlainan."

Termasuk sunnah iaitu jika kita berjalan kaki menuju ke tempat solat. Tapi jika masjid agak jauh, naik kereta pun tiada masalah. Segeralah ke masjid untuk bertakbir dan menunaikan solat secara berjemaah. Pergi ke masjid dan pulang dengan jalan yang berbeza. Lebih afdhal pergi dengan jarak yang lebih jauh dari jalan pulang.

Hikmah berjalan jauh semasa pergi ini supaya bagi membolehkan kita bertegur sapa dengan jemaah yang lain dan mengucapkan tahniah sempena kejayaan sepanjang ramadhan dan kedatangan hari raya. Selain itu, ia juga bagi membanyakkan saksi atas ibadah kita. Biar setiap langkah kita di saksikan sebagai ibadah.

7.      Membawa bersama Isteri dan anak-anak ke tempat solat Hari Raya
Ketika melaksanakan solat hari raya, Rasulullah s.a.w sentiasa membawa isteri dan anak-anak Baginda bersama. Saidatina Aisyah r.a, mengisahkan:
"Kami disuruh supaya keluar dan begitu juga dengan wanita haid pada kedua-dua hari raya untuk mendapatkan kebaikan dan doa-doa orang islam.Walau bagaimanapun, wanita haid duduk jauh daripada tempat solat."

8.      Menyegerakan pemberian zakat fitrah
Baginda s.a.w akan berpesan agar kaum Muslimin menyegerakan pemberian zakat fitrah kepada mereka yang berhak,manakala bagi solat sunat Aidiladha disegerakan supaya umat Islam dapat mempercepatkan urusan sembelihan korban.

9.      Mengerjakan solat Aidilfitri dan mendengar khutbah
Marilah sama-sama kita mengerjakan solat Aidilfitri secara berjemaah.Walaupun ianya sunat tetapi ianya hanyalah setahun sekali. Apalah kiranya kita meluangkan masa untuk menghadirkan diri ke masjid untuk tunduk menghadap yang Maha Esa. Seeloknya setelah selesai solat, sama-samalah   kita mendengar khutbah sehingga selesai.



10.      Puasa 6 hari pada bulan Syawal
Rasulullah s.a.w bersabda:

"Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan lalu diiringi dengan puasa enam hari di bulan syawal, seolah-olah dia telah berpuasa setahun”
Perkara pertama yang dilakukan oleh Baginda Rasulullah sebaik diketahui tarikh hari raya adalah bertakbir. Waktunya bermula sebaik terbenamnya matahari sehingga imam datang

Sumber : IrsyadKuantan 

Sabtu, 3 Ogos 2013

Info|Tanda-tanda Kematian dalam Husnul Khotimah

ASSALAMMUALAIKUM!!
SELAMAT SEJAHTERA! :)

Bismillahirrahmanirrahim...Alhamdulilah,kita berjumpa lagi pada Ramadhan yang ke-25 ni,syukur ke hadrat Allah.Siti terdetik nak update mengenai tanda2 kematian dalam Husnul Khotimah ni selepas tersebarnya berita kematian seorang Siak dekat Bangi.Allahu,indahnya mendapat kematian dalam Husnul Khotimah (pengakhiran yang baik).Kita lahir dengan baik pastinya kita menginginkan pengakhiran yang baik juga.
 Jom kita baca,moga bermanfaat....

KEMATIAN adalah satu perkara pasti yang mesti dilalui setiap manusia. Maka kita perlu me­nyediakan bekalan secukupnya bagi menghadapinya.
Kematian bukanlah jalan pengakhiran kerana kita akan melalui alam barzakh sebagai tempat persinggahan sebelum menuju alam akhirat.

Jika baik amalan kita di dunia, maka baik juga ketika berada di alam kubur. Sebaliknya, jika buruk amalan kita maka seksaan berat pasti menanti

Allah berfirman yang bermaksud: “Katakanlah sesung­guhnya kematian yang kamu semua melarikan diri darinya itu, pasti akan menemui kamu, kemudian kamu semua akan dikembalikan ke zat yang Maha Mengetahui segala yang ghaib serta yang nyata.” (Surah Jum’ah ayat 8)

Sentiasa mengingati mati dan bersiap sedia menghadapinya supaya kita dapat menuju ke alam baka dengan membawa kemuliaan dunia dan akhirat

1. Mengucapkan kalimah syahadah ketika wafat. Rasulullah bersabda, maksudnya: “Sesiapa yang pada akhir kalimahnya mengucapkan La ilaaha illallah maka ia dimasukkan ke dalam syurga.” (Hadis Riwayat Hakim)

2. Ketika wafat dahinya berkeringat. Ini berdasarkan hadis dari Buraidah Ibnul Khasib. Adalah Buraidah dahulu ketika di Khurasan, melihat saudara­nya yang tengah sakit, namun didapatinya ia sudah wafat dan terlihat pada jidatnya (dahi) berkeringat, kemudian dia berkata: “Allahu Akbar, sungguh aku telah mendengar Rasulullah bersabda: ‘Matinya seorang mukmin adalah dengan berkeringat dahinya.’ (Hadis Riwayat Ahmad, an-Nasai, at-Tirmidzi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, Al-Hakim dan ath-Thayalusi dari Abdullah bin Mas’ud)

3. Wafat pada malam Jumaat. Hal ini berdasarkan sabda Rasulullah bermaksud: “Tidaklah seorang Muslim yang wafat pada hari Jumaat atau pada malam Jumaat kecuali pastilah Allah menghindarkannya dari seksa kubur.” (Hadis Riwayat Ahmad)

4. Mati syahid di dalam medan perang.

5. Mati dalam peperangan fisabilillah. Rasulullah bersabda, maksudnya: “Apa yang kalian kategorikan sebagai orang yang mati syahid antara kalian? Mereka menjawab: “Wahai Rasulullah yang kami anggap sebagai orang yang mati syahid adalah siapa saja yang mati terbunuh di jalan Allah.”

Baginda bersabda: “Kalau begitu umatku yang mati syahid sangatlah sedikit.” Kalangan sahabat kembali bertanya: “Kalau begitu siapa sajakah dari mereka yang mati syahid wahai Rasulullah?”

Baginda menjawab: “Sesiapa yang terbunuh di jalan Allah, yang mati sedang berjuang di jalan Allah dan yang mati kerana penyakit kolera, yang mati kerana penyakit perut (iaitu disebabkan penyakit yang menyerang perut seperti busung lapar atau sejenis­nya), dialah syahid dan orang yang mati tenggelam, dialah syahid.” (Hadis riwayat Muslim, Ahmad dan al-Baihaqi)

6. Mati disebabkan penyakit kolera. Mengenai ini banyak hadis Rasulullah s.a.w meriwayatkan antaranya sebagai berikut: Rasulullah bersabda, maksudnya: “Penyakit kolera adalah penyebab mati syahid bagi setiap Muslim.” (Hadis riwayat Bukhari, ath-Thayalusi dan Ahmad)

7. Mati kerana tenggelam.

8. Mati kerana tertimpa runtuhan/tanah. Dalil dari dua perkara di atas adalah berdasarkan sabda Rasulullah bermaksud: “Kalangan syuhada itu ada lima; orang yang mati kerana wabak kolera, kerana sakit perut, tenggelam, tertimpa runtuhan bangunan dan syahid berperang di jalan Allah.” (Hadis riwayat Imam Bukhari, Muslim, at-Tirmidzi dan Ahmad)

9. Perempuan yang meninggal kerana melahirkan anak.

10. Mati terbakar.

11. Mati kerana penyakit busung perut.

Mengenai dua perkara ini banyak riwayat dan yang paling masyhur dari Jabir bin Atik secara marfu’: “Kala­ngan syuhada ada tujuh: Mati terbunuh di jalan Allah, kerana penyakit kolera adalah syahid, mati tenggelam adalah syahid, kerana busung lapar adalah syahid, kerana penyakit perut keracunan adalah syahid, kerana terbakar adalah syahid dan yang mati kerana tertimpa runtuhan (bangunan atau tanah gelongsor) adalah syahid serta wanita yang mati ketika hamil adalah syahid.” (Hadis riwayat Imam Malik, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan Ahmad)

12. Mati kerana penyakit tubercolosis (TBC). Ini berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w, maksudnya: “Mati di jalan Allah adalah syahid dan perempuan yang mati ketika melahirkan adalah syahid, mati kerana terbakar adalah syahid, mati kerana tenggelam adalah syahid, mati kerana penyakit TBC adalah syahid dan mati kerana penyakit perut adalah syahid.” (Hadis riwayat Thabrani)

13. Mati kerana mempertahankan harta dari perompak. “Sesiapa yang mati kerana mempertahankan hartanya (dalam riwayat lain; Sesiapa menuntut hartanya yang dirampas lalu ia terbunuh) adalah syahid.” (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud, an-Nasa’i, at-Tirmidzi, Ibnu Majah, dan Ahmad)

14. Mati dalam membela agama dan jiwa. “Sesiapa terbunuh dalam membela hartanya, dia mati syahid; siapa saja yang mati membela keluarganya, dia mati syahid; sesiapa mati membela agama (keyakinannya), dia mati syahid dan siapa saja yang mati mempertahankan darah (jiwanya) dia syahid.”

15. Mati dalam berjaga-jaga (waspada) di jalan Allah. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Berjaga-jaga (waspada) di jalan Allah sehari semalam adalah lebih baik daripada berpuasa selama sebulan dengan mendirikan (solat) pada malam harinya. Apabila dia mati, mengalirkan pahala amalannya yang dahulu dilakukannya dan juga rezekinya serta aman dari seksa kubur (fitnah kubur).”

16. Orang yang meninggal ketika mengerjakan amal soleh. Semoga kematian kita dalam husnul khatimah.
  Sumber :MyMetro

Allahu indahnya sesiapa yang memperoleh Husnul Khotimah ni :') Moga kita semua akan memilikinya. Jom kita dengan zikir Husnul Khotimah daripada Inteam jom.Sebelum nk dengar sila pausekan lagu dekat blog Siti ni :D


  

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2013 Reserved to Siti

Edited by Cik Amal