Sabtu, 29 Jun 2013

Happy 1st Anniversary :)

ASSALAMMUALAIKUM!!
SELAMAT SEJAHTERA! :)

Bismillahirrahmanirrahim.Alhamdulilah,kita masih bertemu lagi..Syukur ke hadrat Allah kita masih diberi kesempatan lagi.Selamat pagi!! bangun bangun! :D

Entry pagi ni khas untuk blog comel kak Irine Comel. Kenal tak??Apa?! tak kenal?mustahil kot.Kak irine tu celebrity blogger tau.Nanti korang mesti kenal juga,sebab beliau sangat comel hihi

Siti nak wish, HAPPY 1ST ANNIVERSARY dekat kak irine dan husband!  Kalau tak silap,harini lah tarikhnya.Allahu cepatnya masa berlalu,tak sangka kan?Dari seorang pelajar,lepas tu tunangan orang,isteri orang now dah menjadi ibu orang juga.Okay,Siti rembat gambar2 ni semua dekat En.Google hikhik

Dari memula jadi suami isteri 29/30 hari bulan 6




kemudian bakal menjadi ibu dan ayah (dalam perut kak irine ada fiska medina )



 
sampai menjadi ibu dan ayah ke pada medina :')



 Dalam masa setahun mereka menjadi suami isteri dan punya keluarga bahagia.Kejap! mesti ramai tanya,kenapa Siti suka update entry pasal kak irine?Sebab siti minat kak irine! perjalanan hidup dia yang punya suka dan duka.So,Siti ada ucapan sempena anniversary mereka (macam PM pulok haha)

Si comel Fiska Medina (Buah hati mereka )


Buat kak irine dan suami...Moga perkahwinan yang kalian bina kekal hingga ke syurga Allah.Moga menjadi ibu dan ayah yang terbaik buat Fiska Medina.Moga sentiasa bersabar dalam menempuh perjalanan perkahwinan yang penuh suka dan duka.Happy anniversary buat keluarga kak irine.Maaf curi gambar letak dekat blog yea :P Happy 1st anniversary again....

Jumaat, 28 Jun 2013

Warkah Cinta....

ASSALAMMUALAIKUM!
SELAMAT SEJAHTERA!! :)

Bismillahirrahmanirrahim.Alhamdulillah....

Cinta itu hadir kala hati dan perasaan masih tercari-cari erti kasih sayang,
Cinta itu hadir dikala hati belum pasti adakah kebaikannya nanti ,
Cinta itu hadir dengan perlahan-lahan...
Cinta itu hadir tanpa kami duga...

Aku tidak layak mendekatimu..
Apa ntah lagi menjadi sebahagian di dalam hidupmu,
namun perkenalan itu telah menitipkan seribu satu kenangan...
seribu satu senyuman,dan tangisan..

Aku tidak kuat meluahkan apa yang terbuku di dalam hati,
lalu ku titipkan warkah cinta ini buat tatapan mu,
Menjadi pedoman dalam hidupku dan hidupmu...

Jika kau mencintaiku..sedarkah kau bahawa Allah terlalu mencintaimu??
Jika kau ingin mendekatiku..sedarkan kau bahawa Allah terlebih dahulu menghampirimu??
Jika kau ingin melindungiku..sedarkah kau bahawa Allah telah memberikanmu perlindungan??

Aku tidak layak untukmu..
Cintai Dia sebelum dirimu mencintaiku...
Dekati Dia sebelum dirimu mendekatiku...

Percayalah bahawa pasti ada kebaikannya nanti...
Ku harap dikau memahami warkah cinta ini.....







 

Sabtu, 15 Jun 2013

Malu Sebahagian dalam islam...

ASSALAMMUALAIKUM!!
SELAMAT SEJAHTERA!! :)

Bismillahirrahmanirrahim.Alhamdulilah,kita berjumpa lagi pada hari ini.Haih,dah 5 hari siti tak update blog kan?rasa macam lama je.Yela,Siti dah start sekolah balik.Terlalu banyak benda nak dibuat.rasa macam minggu ni terlampau busy.Yelah,dengan subjek Pengajian perniagaan,pengajian am,sejarah,muet and bahasa melayu.Busy sangat,terlalu banyak kerja sekolah and aktiviti sekolah.Hehe,dajhlah tak nak cerita pasal sekolah,kita cerita mengenai tajuk diatas.

Pengertian malu :   "Malu atau haya dalam bahasa arab berasal daripada perkataan hayat yang bermaksud kehidupan. Ia mencakupi sifat malu, memelihara aib diri dan orang lain, kesopanan, harga diri dan bersikap jujur dalam menjaga dan memelihara maruah kerana Allah."

Rasulullah mengajar umat Islam mengenai perkara pentingnya seseorang menghiasi dirinya dengan sifat malu. Dan betapa malunya seorang yang bergelar muslim tetapi tidak mempunyai sifat malu sebagai hamba kepada Allah. Abdullah ibn Umar meriwayatkan bahawa Rasulullah berjalan melintasi seorang pemuda yang memarahi saudara lelakinya yang sangat pemalu. "engkau seorang yang sangat pemalu dan aku bimbang sifat malumu itu akan memusnahkan dirimu". Mendengar kata-kata lelaki itu, Rasulullah bersabda, "Tinggalkanlah ia, kerana sifat pemalu itu sebahagian daripada iman". (Bukhari)

Malu itu ada dua :-
1-malu untuk kebaikan
2-malu untuk kejahatan

Fikirlah kita malu di mana? anda kenal diri anda,maka katakan kepada diri anda....


 Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah saw ada bersabda bermaksud: "Iman itu ada lebih 60 cabang. Dan sifat malu adalah sebahagian daripada cabang iman."

Isnin, 10 Jun 2013

Welcome Back To School....

ASSALAMMUALAIKUM!!
SELAMAT SEJAHTERA!!! :)

Bismillahirrahmanirrahim.Alhamdulilah,kita masih dippertemukan lagi oleh Allah SWT.Syukur kehadrat Allah.
Yeay! Today dah start sekolah,sebagai student PRA U,benda ni sangat seronok.Cuma berdebar menanti kelas MUET je.Yelah,cikgu tu boleh kata strict jugak lah.Tapi takpe,moga Allah permudahkan urusan kita semua.

Entry hari ini agak pendek,so kita jumpa nanti lah yea.Jam dah menunjukkan 6.13 pagi(ketika entry ini ditulis),so kena siap2 sekarang. ;)))


Ahad, 9 Jun 2013

Baby FM???

ASSALAMMUALAKUM!
SELAMAT SEJAHTERA!! :)

Bismillahrrahmanirrahm.Alhamdulilah kita berjumpa lagi pada hari terakhir cuti persekolahan hihihi.Ready tak ready tu belakang cerita la kan? Hhi gaya Siti mcm dah ready je kan?Haha tipu tipu tipu! Readyyyy la sangat,tap Siti akui sangat rindu dekat sekolah Siti.Kawan,cikgu and belajar.K belajar tu tipu.Haha tipu lagi,gila tak suka belajar?Menuntut lmu tu kan amalan mulia ;)

Okay back to our title.Baby FM? baby FM tu apa?Hahahah itu adalah shortform bagi nama puteri Sulung kak Irine Nadia Marcello .Mesti ramai dah tahu pasal benda ni kan?Ala,kenapa tahu awal sangat?hahaha
Takpe2,yg belum tahu tu boleh tekan nama kak irine tu dah snggah blog beliau yea.

Sampai sekarang masih menjadi tanda tanya nama anak kak irine.Kak irine akan bagitahu lepas tujuh hari kelahiran.Kalau tak silap Siti,7 hari tu bersamaan 11/6/2013 dari tarikh kelahiran anak beliau pada 6/6/2013.Apa-Apapun kita tunggu update kak irinie dekat blog,twitter,facebook atau instagram beliau.
Can't wait nk tahu nama penuh BABY FM nie.F?ikut pangkal nama ibu dia kot "Fakhrinie" ;)
Singgah instagram beliau untuk tengok gmbr terbaru anak beliau.So cute......

p/s :pssstttt nak share gmbr sahabat siti yg bru lepas pembedahan.Alhamdulilah beliau selamat and dh keluar hospital.And beliau dapat cuti 2 minggu lagi .Rest elok2 yea? :)

Before keluar hospital pose dulu.Kawan Siti yg buat peace tu ;)
  

Sabtu, 8 Jun 2013

Wajah Hari Ke-2 & ke-3 anak Kak Irine

ASSALAMMUALAIKUM!!
SELAMAT SEJAHTERA!! :)

Bismillahirrahmanirrahim.Alhamdulilah,kita jumpa lagi.Yeay yeay seronok tak?Mesti lah seronok kan?Bukan senang nak jumpa dekat entry,yelah nanti dah buka sekolah dah tak rajin nak update entry selalu haha.Ayat gedik sangat kan?Okay jangan tiru ! :P

Okay jom start.Siti akan sambung entry yang Yang Pertama dan Yang kedua mengenai kelahiran puteri kesayangan kak Irine Nadia  . Nak tengok tak makanan pantang kak irine dan juga baby kak irine pada hari kedua dan ketiga ;) 

Jom usha :-
 Hari kedua 7/6/2013


 hari ketiga (8/6/2013)
 Makanan pantang kak irine :D Dekat hospital ni

Kak irine kata nama bby akan diberitahu selepas 7 hari kelahiran! Can't wait! Sumber:-

Mini Giveaway by ZakieAzid

ASSALAMMUALAIKUM!!
SELAMAT SEJAHTERA!! :)

Bismillahirrahmanirrahim.Alhamdulilah,kita jumpa lagi.Siti join giveaway ni.Jom join sekali.Syarat yg mudah sekali :D 

Tekan Sini Untuk Join Giveaway ;)
P/s:Goodluck kepada yg join ;) Bhahahha ckp dekat diri sendiri :D

Doakan Sahabat Selamat :')

ASSALAMMUALAIKUM!
SELAMAT SEJAHTERA!! :)

Bismillahirrahmanirrahim.Alhamdulilah,kita masih berjumpa lagi pada hari ini.Syukur ke hadrat Allah,masih memberikan kita ruang dan peluang untuk kita sentiasa beribadat kepadanya dalam keadaan sihat :')
Before Siti teruskan,let's selawat dulu 

Allahuma Shalli Ala Syaidina Muhammadim wa'ala Ali Muhammad 7x

Okay,let's start.Pagi tadi dalam pukul 5 pagi,Siti dapat mesej daripada sahabat Siti tentang keadaan kesihatannya.Ye lah,jarang ada orang mesej Siti pagi-pagi.Berikut adalah perbualan Siti dengan kawan Siti dekat mesej :-

Masita:Assalammualaikum Fatimah,ni masita.Aku nak minta tolong,bagitahu a kawan2 aku ira,ila dan wani yang aku kena operate 8/6/2013 dekat hospital sungai buloh.Apendiks aku dah pecah.Doakan aku selamat ye :'(. Phone aku tertinggal dekat rumah.

Me:Allahu,kau kenapa?Macam mana boleh pecah?

Masita:Tak tahu,semalam pukul 8 malam aku sakit then terus gi hospital.Then doc cakap kena operate.Tlg ye  bgtahu kawan2,doakan aku selamat.

Me:Semalam kau okay je weyh? :( Aku doakan kau selamat.Jangan bg aku nangis pagi2 ni

Masita:Dah takdir Allah,okay babe bateri low.Syg kau 



Allah pedih luluh hati siti bila kawan masuk hospital :( Sahabat2 yang Siti sayangi di blog or dimana-mana sahaja,tolong doakan sahabat Siti selamat dalam pembedahannya harini.Tiada apa yg Siti minta selain doa.
Dear Masita,kau kena kuat! Aku tetap ada untuk kau and berdoa agar kau selamat dan Allah lindungi kau.Jgn takut k?Kau kuat,remember this kau kuat! :'( Aku yang tak kuat sebenarnya.... :'(
Moga kau selamat sahabat.Allah ada dengan kau,selawat banyak2 :')

Let's Aamiinkan doa ni bersama-sama :')

Jumaat, 7 Jun 2013

GiveAway Contest Gila Buasir Otak: 110 Juta Kenangan

ASSALAMMUALAIKUM!
SELAMAT SEJAHTERA!! :)

Bismillahirrahmanirrahim.Alhamdulilah,jumpa lagi.Okay tak nak cerita panjang,jom tengok gambar ni jap.

Tekan Sini Untuk Join
Okay,Siti akan jawab ketiga-tiga soalan yang diberi.Soalannya ialah jeng jeng jeng :-

A. Pada usia berapakah yang anda paling suka sepanjang kehidupan anda?

B. Apakah kenangan zaman silam (manis atau pahit) yang anda paling ingat sampai sekarang?

C. Kalau anda diberi pilihan untuk kembali ke zaman silam, ke zaman manakah yang anda mahu pergi dan apakah yang anda ingin perbetulkan atau ubah sekiranya ada?

Jawapan Siti pula ialah :-
A-16 tahun(walaupun Sebenarnya Siti suka semua usia Siti sbb mematangkan Siti)

B-Kenangan manis :Bertemu dengan sahabat baik,yang sentiasa berdiri di sebelah Siti,jatuh dan bangun kami sentiasa bersama walaupun,badai,ombak,ribut,petir,banjir melanda,namun persahabatan kami tetap utuh

Kenangan sedih (taknak kata pahit) :Kehilangan seorang kakak angkt yg sgt baik pada 14/8/2006,kehilangan satu-satunya nenek kesayangan yang mengajar ngaji,masak paling sedap pada 11/6/2008 dan kehilangan arwah mak long yg sngt rapat akibat kemalangan jalan raya,arwah meninggal ketika ingin ke pasar dengan menaiki basikal pada pgi 10/4/2009. Kehilangan ketiga-tiga wanita ini begitu memberi kesan yang mendalam sehingga seminggu masih termimpi2 dan terbayang-bayang mereka :'(

C-Ke zaman terima keputusan UPSR,PMR DAN SPM.Bukan result tak cemerlang,kalau usaha lebih banyak mesti result gempak,dan sentiasa buat mak and ayah bangga.Takpe,semua tu ada hikmah,kita dah usaha tapi belum sampai masa Allah nak bagi rezeki tu,so tersenyum jelah sambil usaha lagi untuk STPM ;)

P/S:Okay dah jawab,Alhamdulilah ;)

Sunnah Nabi :)

ASSALAMMUALAIKUM!
SELAMAT SEJAHTERA!! :)

Bismillahirrahmanirrahim.Alhamdulilah jumpa lagi.Salam Jumaat.Tak nak bebel panjang-panjang.Biar gambar berbicara...


Baby Girl Kak Irine :)

ASSALAMMUALAIKUM!
SELAMAT SEJHATERA!! :)

Bismillahirrahmannirrahim.Alhamdulilah berjumpa lagi kita pada hari ini.Syukur ke hadrat Allah SWT :)
Kejap kita berzikir/berselawat dulu boleh?

Allahuma Shalli Ala Syaidina Muhammadin Wa'ala Ali Muhammad
Astaghafirullah Halazim,alazi lah illa hal illa wal haiyul qayyum waatu builaik




Alhamdulilah,syukur kehadrat Allah.Seronok nya rasa kan? Dapat kita berzikir pagi2 ni.Okay semalam Siti ada berkongsi berita gembira kepada semua pengikut kak irinie.Mengenai kak irine yang telah selamat bersalin ptg semalam 6/6/2013 (27 rejab 1434). La ada yang tak baca entry semalam? Takpe2 korang boleh singgah di SINI untuk mengetahui kisah semalam.Okay okay back to our title,mesti ramai yang ternanti2 wajah baby girl kak irine kan?Nak tengok tak?? Ni Siti dapat daripada instagram kak irine sendiri.
Jom tengok printscreen tu dulu

 
Klik untuk lebih jelas



Yeayyyyy dan dpt tengok dah baby comel ni.Nama masih belum kita tahu lagi,mungkin ada diberitahu selepas 7 hari kelahiran baby comel ni.Kata kak irinie :-

Assalamualaikum☺ Alhamdulillah Ya Allah, syukur ke hadrat ILLahi, Irine dah selamat melahirkan seorang baby perempuan pada pukul 2.46pm, tarikh 6.6.2013/ 27 Rejab 1434. Alhamdulillah lahir pada hari yg istimewa Isra' Mikraj :) Sakit sepanjang mengandung dan melahirkan semua hilang sekelip mata bila pertama kali menatap wajah anak sendiri :') Terima kasih semua yg mendoakan baby & Irine. Macam tak percaya baby yg suka main tendang2 ni dah keluar. Geram sebab mata sepet sangat! Hihi. I love you so much my little baby ❤ Tq to my lovely husband yg sntiasa berada di sisi Irine susah dan senang💋

P/s:Tahniah kak irinie dan suami serta seluruh keluarganya.Baby comel,moga jadi anak yang solehah kepada ibu dan ayah!Hargai pengorbanan ibu dan ayah untuk mu syg.Hargai ibumu yang bersusah payah membawa mu kedunia ini.Selamat datang ke bumi Allah syg.Tak sabar nk tunggu entry kak Irine pasal bby diupdate :D Excited nk berkenalan dengan baby comel tu ;) Tunggu entry seterusnya!

Khamis, 6 Jun 2013

Tahniah Kak Irine :)

ASSALAMMUALAIKUM!
SELAMAT SEJAHTERA!! :)

Bismillahirrahmanirrahim.Alhamdulilah kita jumpa lagi untuk hari ni.Baru dapat update entry harini.Alolo sorry yea.Hahaha  cakap sorry macam ada yg ternanti-nanti pulak entry Siti :D

Okay,dah staright to the point.Siti nak cerita mengenai Selebriti blogger sorang ni.Kak irine.Tak kenal ke?Mustahil,takpelah singgah dekat SINI untuk jengah blog beliau. Dan tengok gmbr beliau bersama suami serta bby dalam perut hehehe



Okay Siti dapat berita gembira kepada sesiapa yang mengikuti kisah kak irine daripada before beliau kahwin sampai dah bersalin.Chopppp! Bersalin???Yea,kak irine dh bersalin. 

Okay okay okay! Tadi Siti scroll tweet.Last2 terjumpa tweet daripada akk ipar kak irine iaitu kak lynda roslan.Ala duta ronasutra tu.

Lepas tu tak lama lepastu dapat tweet daripada husband kak irine bagitau yang kak irine telah selat melahirkan baby girl.Alhamdulilah.Namun Siti tidak pasti samada bby lahir secara normal or pembedahan .Jom tengok printscreen dulu.Before that nak say sorry sbb printscreen ni kecik.Sila klik untuk lebih jelas :)


So,Siti nak wish tahniah kepada pasangan ini.Moga bertambah bahagia dengan kelahiran baby girl ini.Tahniah :D Tak sabar nak tengok gambar baby :D


Rabu, 5 Jun 2013

Israk Mikraj

ASSALAMMUALAIKUM!
SELAMAT SEJAHTERA!!

Bismillahirrahmanirrahim.Alhamdulilah,kita berjumpa lagi.Syukur ke hadrat Allah.Kalau masuk entry yang ni,sudah 3 entry Siti update untuk hari ni.Wah banyak juga tu hahaha.Okay,Jom berzikir dlu 

Allah (7x)
Subahanallah (7x)
Astaghafirullahalazim(7x)
Alhamdulilah,dah berzikir yea?Syukur ke hadrat Allah.Senang kita dapat pahala ;) Okay tadi terbaca entry kak Alea pasal Israk Mikraj makanya Siti pun nak berkongsi cerita juga.Eh sibuk je Siti ni nak tiru kak Alea.Eh bukan tiru lah! Siti nak berkongsi cerita juga,tapi TAK meniru! Tak baik meniru ni!Thanks kak Alea sebab bagi ilmu dekat kami.Nak baca sila jengah blog kak Alea yea? :)

Esok 27 Rejab 1434 Hijri merupakan Hari Israk Mikraj.Ada yang tidak tahu apa itu israk Mikraj?Takpe2,Siti bagitau yea,sebagai ilmu :)

Israk membawa pengertian perjalanan nabi Muhammad SAW pada malam hari dengan menuggang Burak bermula dari Masjid Al-Haram di Makkah Al-Mukarramah ke Masjid Al-Aqsa di Baitul Maqdis, Palestin.

 Mikraj membawa maksud naiknya nabi Muhammad SAW ke langit dari Masjid Al-Aqsa ke Sidratul Muntaha.
Okay dah tahuNow Siti nak kongsi dengan korang.Kejap!Ni Siti copy and paste tau.Cuba baca dekat Sini lagi .  
Jom baca :-


Sepanjang perjalanan israk Rasulullah SAW ditemani oleh Malaikat Jibrail AS dan di antara peristiwa-peristiwa yang berlaku sepanjang perjalanan itu:
1. Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka, apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang.
Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah kaum yang berjihad “Fisabilillah” yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.
2. Tempat yang berbau harum.
Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah bau kubur Masyitah (tukang sisir rambut anak Fir’aun) bersama suaminya dan anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir’aun kerana tetap teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir’aun sebagai Tuhan).
3. Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali.
Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).
4. Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam.
Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.
5. Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka.
Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.
6. Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu.
Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.
7. Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tetapi ditambah lagi kayu yang lain.
Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.
8. Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan gunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa.
Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.
9. Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka.
Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.
10. Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu.
Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tetapi sudah terlambat.
11. Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya.
Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.
12. Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S.A.W. tidak menghiraukannya.
Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah orang yang mensia-siakan umurnya sampai ke hari tua.
13. Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu.
Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.
Setibanya di Masjid Al-Aqsa, Rasulullah SAW turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan seluruh para nabi dan rasul untuk mengerjakan solat dua rakaat.
Selepas itu, Rasulullah SAW terasa dahaga, lalu dibawa Malaikat Jibrail AS dua gelas yang berisi arak dan susu. Baginda memilih susu lalu diminumnya. Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.
Dan sepanjang perjalanan mikraj Rasulullah SAW ditemani oleh Malaikat Jibrail AS dan di antara peristiwa-peristiwa yang berlaku sepanjang perjalanan itu:
Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. baginda naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).
1. Langit Pertama: Rasulullah SAW dan Malaikat Jibrail AS masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam AS. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat hodoh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.
2. Langit Kedua: Rasulullah SAW dan Malaikat Jibrail AS naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi ‘Isa AS dan Nabi Yahya AS.
3. Langit Ketiga: Rasulullah SAW dan Malaikat Jibrail AS naik langit ketiga, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi Yusuf AS.
4. Langit Keempat: Rasulullah SAW dan Malaikat Jibrail AS naik langit keempat, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi Idris AS.
5. Langit Kelima: Rasulullah SAW dan Malaikat Jibrail AS naik langit kelima, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi Harun AS yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.
6. Langit Keenam: Rasulullah SAW dan Malaikat Jibrail AS naik langit kelima, lalu masuk dan bertemu dengan para nabi. Seterusnya bertemu dengan Nabi Musa AS. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.
7. Langit Ketujuh: Rasulullah SAW dan Malaikat Jibrail AS naik langit kelima, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah AS yang sedang bersandar di Baitul-Ma’mur di hadapan beberapa kaumnya. Nabi Ibrahim AS bersabda, “Engkau akan berjumpa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah umat yang terakhir dan terlalu dha’if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu ‘la haula wa la quwwata illa billah’” Mengikut riwayat lain, Nabi Ibrahim AS bersabda, “Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: ‘suhanallah, walhahamdulillah, wa la ilah illa allah, wallahu akbar, wa la haula wa la quwwata illa billahil ‘aliyyil azim’. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga”. Setelah melihat beberapa peristiwa lain yang ajaib. Rasulullah SAW dan Malaikat Jibrail AS masuk ke dalam Baitul-Makmur dan mengerjakan solat (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).
8. Tangga Kelapan: Di sinilah disebut “al-Kursi” pada dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah.
Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah SAW dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik pennjaganya.
9. Tangga Kesembilan: Di sini pada pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah SAW. masuk ke dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur ‘Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.
10. Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah SWT dengan mata kepala baginda, lantas sujud dan bermunajat kepada Allah SWT. Kemudian, Allah SWT memfardhukan solat 50 waktu kepada Rasulullah SAW dan umat Islam.
Selesai munajat, Rasulullah SAW di bawa menemui Nabi Ibrahim AS dan kemudian menemui Nabi Musa AS lalu menyuruh Rasulullah SAW merayu kepada Allah SWT agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah SWT perkenan memfardhukan solat lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.
Setelah daripada itu, Rasulullah SAW turun ke langit dunia semula dan seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq untuk pulang ke Makkah Al- Mukarramah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu’alam.
(Sumber : Kitab Jam’ul-Fawaa`id)

Sebagai umat islam,kita wajib menghayati sejarah islam.Sama2 kita istiqomah dan meghargai pengorbanan Rasulullah yg berusaha untuk mengurangkan beban kita :'( Allahu. Allahuma Shalli Ala Syaidina Muhammad,Wa'ala Ali Muhammad :') 

Cara Anda Nak Jana Wang Dengan Mudah

ASSALAMMUALAIKUM!
SELAMAT SEJAHTERA!! :)

Bismillahirrahmanirrahim.Alhamdulilah,kita jumpa lagi ;) Okay now nak cerita macam mana nak jana wang dengan mudah! Bekerja dengan AssignJobs. Siti tertarik dengan benda ni sebab ada rakan blogger yang cerita pasal benda ni.So apa kata kita jengah jap apa benda yang Siti cakap ni.Jom tengok printscreen ni dulu 


Tarrrraaaaaa! Cuba tengok anak panah tu,belum apa-apa siti dh dapt 2 dollar.Ha,kerja kita mudah je.Just buat je kerja yang ditawarkan mereka.So,try kita laksanakan tugas kita,mesti kita dpt lebih banyak duit.
Okay,jom kita daftar dekat sini ------> Assign Jobs .Goodluck guys ;)

Bestfriend Until Jannah.InshaAllah...

ASSALAMMUALAIKUM!
SELAMAT SEJAHTERA!! :)

Bismillahirrahmanirrahim.Alhamdulilah,jumpa lagi yea.Excited Siti ni update entry lagi.Kejap kejap kejap! Sebelum,Siti membebel panjang panjang dekat entry Siti,apa kata kita zikir dulu?Elok untuk refresh otak kita.Basmallah jangan lupa tau .Okay-Okay let's start :-

Astaghafirullahalzim Allazilah illahaillah walhaiyul qaiyum waatu builaik (7x)
Hasbi rabbi jallah,mafi ghalbi hairullah (7x) 
Alhamdulilah,macam tulah kawan.Sambil kita membaca entry kawan-kawan,elok kita berzikir dulu ;) Okay,okay let's me start.Sekarang Siti nak cerita mengenai sahabat Siti dekat dunia dan insyaAllah,dekat akhirat juga :) Allahuma Aamiin. Okay,persahabatan kami di beri nama D'FHEW (stand for Fazilah,Hanis,Ema and Wan) Kalau tak silap Siti usia persahabatan kami sudah menjangkau usia 4 tahun.Alhamdulilah,masih utuh walau sentiasa bergaduh dan berselisih pendapat.

Mari kita tengok gambar mereka dan sedikit biodata mereka....
Nor Hanis Haiqa,dilahirkan pada 4/6/1995
Merupakan anak sulung daripada 4 orang adik beradik
Hanis juga adalah merupakan anak perempuan tunggal dalam keluarga.
Hanis sangat friendly dengan semua orang but cepat sangat sensitif
Namun,dia seorang yang sangat cuba membahagiakan orang sekeliling dia

Wan Nadhirah dilahirkan pada 31 August 1995
Merupakan anak kedua daripada 2 orang adik beradik
Seorang yang kelakar namun tiada siapa pun tahu bahawa dia mempunyai masalah
 
 Nor Fazilah dilahirkan pada 20 August 1995 
Anak sulung daripada 5 adik beradik
Juga anak perempuan tunggal
Faz tinggal di perak :'( Jauh daripada kami
Seorang yang ceria,jarang marah tetapi sekali dia mrah.Hadussshhhhh punah hahah

Walau apapun keadaannya,merekalah antara insan-insan yang masih kekal berdiri disebelah siti walaupun berjauhan.Mereka terima apa sahaja tentang diri Siti.Kami menerapkan unsur percaya mempercayai dalam diri kami agar persahabatan kami tidak putus.Yang bestnya,mereka masuk form 6 sama dengan Siti.
Kami mempunyai impian untuk berjaya bersama-sama dan insyaAllah akan tercapai dengan izin Allah.Mereka bestfriend siti until jannah.Siti bertuah memiliki mereka sebagai sahabat Siti.Moga ukhwah kita terpelihara :') Allahmu Aamiin.

 

Pemergian S.Shamsudin...Al Fatihah.

ASSALAMMUALAIKUM!
SELAMAT SEJAHTERA! :)

Bismillahirrahmanirrahim.Alhamdulilah,kita jumpa lagi pada pagi ni. 33 Days to go for Ramadhan Al Mubarak.Ah lan Ya Salan Ya Ramadhan.We miss you :') Moga kita dapat bertemu.InsyaAllah dengan izin Allah.

Okay,back to our title,semalam bersamaan 4/6/2013 industri tanah air di dalam Malaysia dan Singapura dikejutkan dengan pemergian Veteran terkenal iaitu Dali kecik/S.Shamsudin atau lebih dikenali Pak Sudin.
Beliau telah kembali ke rahmatullah pukul 10.56 pagi semalam di kediamannya di Bukit Batok Avenue, Jurong, Singapura pada usia 84 tahun akibat sakit dada.Berita disampaikan oleh anaknya iaitu Noredah Shamsudin.

Kalau tak silap Siti,arwah meninggalkan 7 orang anak dan 14 orang cucu serta seorang balu iaitu Puteh Esmoon .Arwah telah mengalami sakit selama 3 tahun.

Antara filem yang dibintangi arwah ialah,Seniman Bujang Lapok,Ali baba bujang lapok,Nujum Pak Belalang dan sebagainya.Beliau cukup sinonim dengan bujang lapok yang dibintangi oleh Arwah P.Ramlee dan Pak Aziz Satar.Kini bujang lapok tinggal seorang sahaja,iaitu Pak Aziz.Daripada Siti kecil sampai dah besar,Siti seronok tengok karya diorg sampai dah hafal dialog.Sedih dengar berita ni...namun....

Masa arwah telah tiba,kita doakan semoga arwah tenang bersama penciptaNya dan ditempatkan dalam golongan orang-orang yang beriman.Al fatihah.
Antara dialog arwah :-
Heii Hang Jebat! Lebih baik kau turun menyerah. Kalau kau tak nak turun, kau tunggu situ sampai aku datang.
Ramlee telah menghadap illahi,sekarang giliran Pak Sudin,namun karya kalian tetap dihati kami.Al fatihah buatmu.Moga persinggahan Mu indah disana .Aamiin aamiin ya Rabbal Alamin.

Selasa, 4 Jun 2013

Selamat Hari Lahir Kawan!

ASSALAMMUALAIKUM!
SELAMAT SEJAHTERA!! :)

Bismillahirrahmanirrahim.Alhamdulilah,berjumpa kita lagi pada hari ni.Dah lama rasanya tak mengupdate entry dekat blog kesayangan Siti ni (Ceh baru 1 hari) hahaha.Moga kalian berada dalam lindungan Allah SWT.Jangan bersedih atau berduka di atas apa yang kalian tidak perolehi.Percayalah pasti ada hikmahnya. :)
Wah,Siti muqadimah dulu ye :P

Okay,okay,today birthday kawan Siti.Nak tengok tak muka dia? Kejap yea :)

Taraaaaaa Cute tak? 
Nama beliau ialah Nor Hanis Haiqa Binti Rozman
Beliau dilahirkan pada tanggal 04/06/199_
Beliau merupakan anak sulung daripada 4 orang adik beradik (termasuk dia)
Beliau merupakan anak perempuan tunggal dalam keluarga
Beliau amat suka warna merah
Beliau sangat friendly,sampai Siti pun jealous sebagai kawan

Dear,Nor Hanis Haiqa,May Allah bless you wherever you go.May Allah make your dream comes true.Being a good daughter,good friend and good sister for us.Study hard for our further study.May Allah extend your life and a lot of luck to you.Stayed happy and stayed pretty okay ? :) I love you my dearest friends, eventough we always fight :D
Ha nak tahu tak apa yang Siti nak bg dekat hanis nnti?Jom tengok 

Taraaaaa,besar tak besar tak?Hahaha,hope dia suka.Walaupun hadiah bukan segala-galanya,but Siti tak pernah lupa nak bagi mereka hadiah :)Apa dalam ni?Rahsia! Hahaha. Sannah Helwah again sayang :)

Ahad, 2 Jun 2013

Harimau Mengaaauuuummmmm

ASSALAMMUALAIKUM!
SELAMAT SEJAHTERA!! :)

Bismillahirrahmanirrahim.Alhamdulilah,kita jumpa lagi kali ni.Wah,semangatku membara! Tahniah Harimau Selatan di atas kemenangan semalam.Walaupun menang tipis.Argh Tk kisah,janji menang.

Biarlah ramai tak suka JDT janji Siti Sayang team kelahiran Johor ni.Bangga sat,lepas ni dekat final,JDT akan lawan Kelantan.

Apa2pun,goodluck JDT,doa sentiasa mengiringi kalian.Luaskan kuasaMu Johor! :D



Sabtu, 1 Jun 2013

Sebelah sayap....

ASSALAMMUALAIKUM!
SELAMAT SEJAHTERA!! :)

Bismillahirrahmanirrahim.Alhamdulilah kita jumpa lgi.Baru terjumpa idea untuk update blog.Mengenai baju yang Siti jahit tu,nnti Siti bg tau yea syg.Relaks dulu.

Korang kenal Mat Luthfi?Lelaki yang famous dgn Vlog tu?Dalam vlog dia sentiasa ada intipati nasihat.Sure korang kenal,sbb dia selalu muncul dkt youtube.

Okay,Beliau telah upload suatu video yg menyentuh perasaan.Sangat pilu,penuh nasihat.Jom tengok
 ------->
Dah tengok kan?Okay,for me,semua org boleh berubah cuma kuat or tidak je.Kita tak boleh terbang tinggi tanpa 2 sayap.Nak dpt kedua sayap kena balance dunia akhirat.Lebihkan akhirat pun tak pe.Sebagai pendakwah pula,kita WAJAR nasihatkan org dgn penuh kelembutan seperti yang Rasulullah SAW ajar kita.Bukan dengan mencaci orang! Don't think you're perfect than other people! Moga Allah bantu kita sentiasa beristiqomah! Tahniah atas video vlog yg hebat ni!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2013 Reserved to Siti

Edited by Cik Amal