Selasa, 31 Januari 2012

CERPEN | Terima Kasih Ya Allah ( Part I)


TERIMA KASIH, YA ALLAH (Part I)


Aku dilahirkan di dalam keluarga yang berada.Papa merupakan pemilik Syarikat Jaya Holding Berhad,mama pula merupakan arkitek yang terkenal di Kuala Lumpur.Aku merupakan anak tunggal mama dan papa.Akibat kesibukan mama dan papa bekerja,aku hidup dalam keadaan yang bebas tanpa ada pegangan hidup yang kukuh.Papa dan mama selalu berkata yang mereka bekerja keras untukku,kadang-kadang aku berasa cemburu dengan rakan-rakan lain yang hidup dalam keluarga yang penuh dengan kasih sayang,tetapi itu dulu,sekarang aku berasa seronok dengan kebebasan yang mama dan papa beri kepadaku.Pada setiap malam,aku akan keluar berseronok bersama-sama rakan-rakanku walaupun aku mengetahui yang aku bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) pada tahun ini.Di sekolah,aku begitu popular,sebut sahaja nama Puteri Anis Sofea,pasti mereka mengenali aku.,kerana kedudukanku sebagai anak orang kaya.Aku didekati oleh ramai pelajar kecuali seorang pelajar yang bernama Nurul Aishah.Aishah seorang pelajar yang cemerlang,malah dia tidak pernah meninggalkan solat.Aishah juga digelar “ustazah” kerana memakai tudung yang labuh dan sering menyertai segala aktiviti yang berkaitan agama islam.Aishah juga amat disayangi oleh guru-guru kerana keperibadiannya yang tinggi.Di sebalik hati kecil ku,aku begitu kagum dengan Aishah yang tidak pernah tergugat dengan keseronokan duniawi.
Aku merasakan kehidupan ini terlalu indah sehingga aku lupa akan perkara yang seharusnya aku lakukan.Sehinggalah pada suatu hari ketika aku berada di dalam kawasan sekolah,cikgu memanggilku ke pejabat.Aku hanya menganggap ini perkara biasa apabila aku di panggil untuk ke pejabat kerana masalah disiplin yang telah aku lakukan,namun sangkaanku meleset sama sekali.Berita yang cikgu sampaikan kepada aku umpama satu beban yang terlalu berat untuk aku pikul.
“ Puteri Anis Sofea,pihak sekolah baru mendapat panggilan bahawa ibu dan bapa awak terlibat dalam kemalangan jalan raya dan mereka telah meninggal dunia ” ,kata Cikgu Amirah dalam nada suara yang perlahan namun jelas untuk aku didengari.
“Tak mungkin cikgu! Tak mungkin! Cikgu tipu saya kan?! ” kata aku sambil menitiskan airmata.
Cikgu menarik aku ke dalam pelukannya.Perasaan sedih aku tidak dapat dibendung lagi.Air mata aku terus-terusan menitis.Aku dibawa ke hospital oleh Cikgu Amirah.Tiba sahaja di hospital,aku melihat dua jenazah diusung keluar.Aku terus meluru ke arah jenazah tersebut tanpa mengiraukan keadaan sekeliling.
“Mama,Papa,kenapa tinggalkan Anis??Apa salah Anis pada mama dan papa??Anis hanya ada mama dan papa sahaja dalam dunia ni,Anis nak bergantung hidup pada siapa lagi?Anis tak boleh hidup tanpa mama dan papa.Papa,mama!! bangunlah!!”
“Anis,tak baik kamu meratapi pemergian mama dan papa kamu,yang hidup pasti akan kembali kepada-Nya,kita yang masih hidup ni,kena teruskan kehidupan”
“Apa salah saya cikgu?kenapa saya diuji sebegini rupa?kenapa dunia terlalu zalim?saya cuma ada mama dan papa.Saya tak ada siapa-siapa lagi” ,kata aku dalam keadaan teresak-esak.
“Astaghafirullahalazim Anis,istighfar sayang,dunia tak  zalim,Allah ambil nyawa mama dan papa kamu kerana masanya telah tiba,jangan salahkan takdir,terimalah qada dan qadar Allah”,kata Cikgu Amirah kepadaku.
Aku terduduk mendengar kata-kata cikgu.Entah kenapa saat itu aku terlalu lemah,air mata aku menitis jatuh tanpa henti.Jenazah mama dan papa selamat dikebumikan,namun aku sedih kerana tiada seorang pun rakan-rakan karibku hadir saat aku berduka.Terlalu ramai rakan mama dan papa termasuk wartawan yang hadir bagi memberikan penghormatan yang terakhir.Aku masih mengharapkan kehadiran kawan-kawanku,namun tidak kunjung tiba.Tiba-tiba aku terdengar seseorang memanggil namaku.Aku menoleh,rupa-rupanya Aishah,yang hadir bersama keluarganya untuk memberikan kata-kata semangat kepadaku.Entah kenapa aku terus berlari kearah Aishah dan memeluknya.Saat itu aku merasakan Aishahlah sahabatku walaupun kami jarang untuk bertegur sapa.
“Aishah,aku dah tak ada apa-apa lagi kat dunia ni,mama dan papa aku dah tak ada,aku tak nak harta peninggalan mereka,aku hanya mahukan mereka!”kata aku sambil menangis.
“Anis,siapa kata awak tak ada siapa-siapa lagi?”, kata Aishah kepadaku.
“Apa maksud kau Aishah?Aku masih ada siapa?”
Aishah tersenyum sambil berkata, “Awak masih ada Allah,awak masih ada saya.Allah menguji awak kerana Allah sayangkan awak,Allah tak nak awak terpesong jauh,lalu Dia berikan ujian ini kepada awak”
Aku terdiam mendengar kata-kata Aishah.“Allah?aku telah lupa kepada-Nya,aku terlalu lalai dengan nikmat duniawi”,monolog aku sendirian di dalam hati.Aishah menemani aku dan memberi aku terlalu banyak kata-kata nasihat kepadaku.Saat itu aku begitu tenang.Aishah mengajak aku tinggal bersamanya.Aku menerima pelawaan Aishah dengan hati terbuka.Keluarga Aishah begitu baik terhadapku,aku pergi dan pulang dari sekolah bersama-sama Aishah.Aku mula di pandang serong oleh kawan-kawanku kerana berkawan rapat dengan Aishah yang hanya menjadi “ulat buku” dan taat pada perintah agama.Walaupun aku berkawan rapat dengan Aishah,namun hati aku masih belum terbuka untuk taat kepada agama Allah.Aku mula menjadi diri aku yang sebelum ini,keluar berseronok dengan rakan-rakan,malah aku percaya kata-kata kawan-kawanku bahawa keluarga Aishah hanya mahukan harta peninggalan keluarga aku.Fitnah demi fitnah aku dan kawan-kawanku lemparkan kepada Aishah dan keluarganya.
Aku diuji sekali lagi apabila harta mama dan papa disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM).Menurut pegawai SPRM harta mama dan papa akan disita buat sementara waktu bagi menjalankan siasatan.Aku meminta bantuan kawan-kawanku,namun tiada seorang pun yang sudi membantu aku.Saat itu baru aku sedar  yang mereka hanya kawan aku di kala senang bukan di kala susah.Pada waktu itu,hanya wajah Aishah dan keluarganya yang terbayang di mataku.Aku kembali ke rumah umi dan walid Aishah.Aku memandang wajah umi,walid,Aishah, dan adik-adiknya satu persatu.Terasa diri ini terlalu hina di depan mereka.
“Umi,Walid,Aishah,maafkan Anis,Anis terlalu bodoh mengikut kata-kata mereka.Terlalu banyak dosa Anis terhadap keluarga Walid.Terlalu banyak fitnah yang Anis buat terhadap keluarga Walid”,kata aku sambil menangis.
“Anis,Walid dan Umi dan lama maafkan salah dan silap Anis terhadap kami,tapi satu sahaja yang Walid minta pada Anis”
“Apa dia Walid?”
“Mohon ampun kepada Allah,jangan biar Allah murka nak,terlalu banyak nikmat yang telah Dia berikan kepada kita”,kata Walid kepada aku.
“Benar Anis,Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Menyayangi”,kata Aishah kepadaku sambil tersenyum.
Aku terus memeluk Aishah dan mencium tangan Umi dan adik-adik Aishah.“Aku berjanji akan menjadi lebih baik daripada sebelum ini”,kata aku sendirian.Malam itu aku tersedar daripada tidur,aku terdengar Aishah berdoa kepada Allah.
“Ya Allah,terima kasih atas hidayah-Mu kepada Anis,terlalu besar nikmat yang engkau berikan,sungguh aku bersyukur atas nikmat-Mu Ya Allah”
Aku terus memeluk Aishah,Aishah terkejut namun membalas pelukan aku.Aku mula membaca buku-buku berkaitan islam.Aku belajar mengaji daripada Walid dan belajar solat daripada Umi dan Aishah.Ketenangan demi ketenangan aku perolehi selepas mula mengenal islam sedalam-dalamnya.Aku mula berpakaian seperti Aishah.Bertudung litup dan berjubah labuh serta menjaga solat dengan baik,malah aku menitikberatkan soal pelajaran.Aku masih teringat kata-kata Walid “ilmu itu hendaklah kita tuntut sehingga ke titisan darah yang terakhir,biarlah kita berjaya dalam ilmu dunia dan akhirat”,aku tersenyum mengingat kata Walid.Aku mendapat berita daripada Walid,bahawa harta mama dan papa tiada unsur rasuah.
“Alhamdulilah!Allahuakbar!Terima Kasih Ya Allah atas pemberian nikmat yang terlalu mahal harganya,akhirnya maruah arwah mama dan papa terbela jua daripada fitnah”.
Aku dan Aishah bakal menduduki peperiksaan SPM pada tahun ini.Kami berpegang kepada satu prinsip,usaha,tawakal dan ikhtiar.Kami memulakan kertas pertama dengan zikir dan selawat kepada Allah dan Rasulullah.Hari demi hari,kami tekun menelaah buku,namun suatu perkara yang aku sedar.Perangai Aishah semakin pelik,Aishah lebih gemar menyendiri,dia tidak banyak bercakap lagi.Aku semakin takut melihat Aishah.Aishah selalu berkata kepada aku bahawa dia terlalu sayangkan aku dan keluarganya,dia terlalu bersyukur dengan nikmat yang terlalu mahal daripada Allah buatnya.Hari terakhir peperiksaaan SPM,aku begitu gembira kerana berjaya menjawabnya hingga ke kertas yang terakhir,namun aku semakin khuatir melihat Aishah kerana tiada wajah yang ceria yang lahir daripada muka Aishah.Kami keluar daripada sekolah dengan senyuman dan kesedihan kerana bakal meninggalkan sekolah yang telah banyak memberi jasa kepada penghuni-penghuni sekolah tersebut.
Aku terlalu asyik bersembang bersama-sama rakan-rakan sekelas kami yang lain,tanpa aku sedari ada sebuah kereta meluru ke arah aku,Aishah menolak aku ke tepid an akhirnya di depan mata aku,aku melihat sahabat aku dilanggar sehingga naik ke atas bumbung kereta.Aku terus berlari ke arah Aishah,sambil meletakkan kepalanya di atas paha aku.
“Aishah,kenapa awak selamatkan saya??”,kata aku kepada Aishah sambil menangis.
“Kerana awak sahabat saya Anis,saya sayangkan awak,saya lebih rela menanggung sakit ni daripada saya melihat awak berlumuran darah”
“Tapi saya pun tak sanggup melihat awak macam ni,awak yang banyak membantu saya selama ni”,kata aku sambil mengelap airmata Aishah yang bercucuran jatuh.
“Saya lebih percayakan awak untuk menjaga keluarga saya,bila saya dah tiada nanti,awak janji dengan saya,awak akan jadi lebih kuat daripada sebelum ni dan menjaga Umi dan Walid serta adik-adik dengan baik,bolehkan Anis?”
Aku memandang Aishah dan pura-pura tersenyum, “ baiklah saya janji dengan awak,saya akan menjaga mereka macam mana awak menyayangi mereka dan menjaga mereka”
“Berjanji juga dengan saya yang awak tak kan pernah salahkan takdir Allah,Dia terlalu baik dengan hambanya,dia dah berikan saya seorang sahabat yang baik dan seorang kakak yang penyayang untuk saya meneruskan hari-hari yang mendatang di atas bumi ciptaan-Nya”.
“Saya berjanji Aishah”.
Dada Aishah sudah berombak-ombak,Aishah berkata “masanya telah tiba,kita jumpa di syurga nanti Anis,insya’allah”.
Mengucap sahabatku, “ashadu an la ilahailallah wa ashadu an muhammadul rasullulah”
Aishah meninggalkan kami setelah melafazkan kalimah syahadah.Hanya linangan airmata sahaja yang dapat menggambarkan perasaan aku pada saat ini.Kehilangan sahabat yang aku sayangi dan hormati.Rakan-rakanku memberi kata –kata semangat kepadaku.Aku terus memberitahu berita sedih ini kepada keluarga Aishah,Umi dan Walid hanya mampu beristighfar   apabila mengetahui kematian puteri sulung keluarga mereka.Aku masih ingat lagi kata-kata Aishah ketika saat-saat terakhirnya.Tugas Aishah di dunia ini telah selesai,dan aku bakal menyusulnya kelak cuma masanya masih belum aku ketahui.Pemergian Aishah begitu mengejutkan.Rakan-rakan Aishah dan cikgu-cikgu Aishah hadir bagi memberi kata-kata  semangat kepada keluarga arwah dan memberi penghormatan terakhir kepada-Nya.Airmata aku sudah kering untuk menitis,aku sudah mampu menerima qada dan qadar Allah walaupun jasad Aishah masih belum disemadikan,bukan kerana aku gembira dengan pemergiannya tapi kata-kata Aishah sebelum pemergiannya telah menguatkan semangat aku untuk menerima takdir Allah ini.
Saat penutup kain kafan dibuka,aku melihat wajah Aishah penuh kelembutan,keserian dan senyuman seolah-olah terukir di wajahnya,muka Aishah seolah-olah sedang lena diulit mimpi tidur yang panjang.Aku memegang tangannya dan membaca surah al fatihah kemudian mengucup dahinya sebagai tanda aku melepaskan pemergiannya walaupun aku tahu perpisahan ini terlalu perit dan berat bagiku.Selamat tinggal Aishah,pergilah dikau kepada-Nya,aku mendoakan agar engkau sentiasa ditempatkan bersama golongan orang-orang yang beriman.Airmata Umi dan Walid juga tidak mengalir,mungkin mereka tidak mahu orang lain melihat kesedihan mereka,walaupun aku tahu disebalik hati kecil mereka,mereka menangis namun kita hanya merancang Allah yang menentukannya.Jenazah arwah Aishah selamat dikebumikan,kini hanya iringan doa al fatihah dan yassin sahaja yang mampu kami berikan kepada mereka-mereka yang telah kembali kepada-Nya sebagai tanda kasih kami kepada mereka yang telah pergi.Terima kasih Aishah  atas kehadiranmu di dalam hidupku.Aku akan menunaikan janjiku menjaga keluargamu sehingga akhir hayatku.Terima kasih Ya Allah di atas kurniaan Mu yang begitu indah di dunia ini.
Allah tidak zalim dengan kita,malah Allah terlalu baik dengan kita,walaupun Dia murka dengan kita,tetapi Dia tetap memberi kita peluang untuk  bertaubat.Syukran Ya Allah.Tiada kata mampu ku ucapkan kepada-Mu.Kehadiran Aishah di dalam hidupku mengajar aku tentang erti sahabat dan kawan.Sesungguhnya Aishahlah sahabatku dunia dan akhirat.Kasih sayangmu sehingga kini masih terkesan di dalam hati aku.Kenangan aku dengan kau begitu mendalam sehingga aku tidak dapat menahan airmata dikala mengingatimu.Terima kasih Aishah,terima kasih Ya Allah,terima kasih di atas segala-galanya kerana memberikan aku kehidupan yang begitu sempurna.
“Anis,mari kita balik nak dah lewat dah ni”,kata Umi kepadaku.
“Baik Umi”.
Selamat tinggal Aishah,lain kali aku datang lagi.Assalammualaikum ya ahli kubur.







#pendapat anda amat saya hargai :D sila2lah memberi komen anda :) 

2 Orang Berjaya mengetahui kisah DukaKu:

azureen amiruddin berkata...

best sangat2!!!!

Unknown berkata...

@awin amir hahahah thanks weyh :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2013 Reserved to Siti

Edited by Cik Amal