Sabtu, 12 November 2011

Kasih sahabat...ini namanya sahabat sejati..Al Fatihah :(

Rakan maut depan saya'

Nur husna


SLIM RIVER - Seorang mangsa kemalangan tidak dapat melupakan detik melihat sahabat baiknya terbunuh selepas terpelanting akibat disondol sebuah treler membawa muatan guni pasir ketika rakan itu hendak membantu menyelamatkan dirinya.Nur Husna Ahmad, 15, berkata, dia tidak menyangka tindakan rakan sebayanya itu, Khairul Anwar Azhan rupa-rupanya pertolongan terakhir yang akan diingati sampai bila-bila.Mengimbau semula kejadian itu, cerita Nur Husna, sebaik bas yang dinaiki terbabas dan terbalik, Khairul Anwar telah selamat dan berada agak jauh dari bas tersebut tetapi rakannya itu berpatah semula ke kawasan berhampiran bas itu demi membantu menyelamatkannya."Saya amat sedih apabila mengingati tindakan Khairul Anwar kerana dia sepatutnya tidak terkorban."Sebelum itu arwah sudah berjalan jauh ke tepi jalan, dia sudah selamat tetapi dia patah balik untuk tarik saya keluar dari bas terbalik. Dia suruh saya ke tepi tetapi apa yang berlaku, dia pula yang menjadi korban," katanya.Nur Husna berkata, semua peserta rombongan Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Merah, Kulim berjaya keluar dari bas yang terbalik melalui cermin depan yang dipecahkan."Seorang demi seorang merangkak keluar dan saya antara terakhir kerana mengalami kecederaan kaki," kata gadis itu yang menggambarkan suasana semasa itu kecoh dan cemas kerana mereka ketakutan.
credit to:Kosmo Online
see korang dah paham erti sahabat..??dye dh selamat dh tpi dye patah balik sbb nak selamatkan kwn dye...tanpa dye sedari akhirnya dye yang t'korban....moga Allah merahmati roh mereka...11/11/11 mungkin indah bg sesetengah pihak,tp bg pihak yang mengalami situasi nie..xmungkin dpt lupakan sampai mati...Al fatihah....


                                                        Thanks sbb Membaca.....

0 Orang Berjaya mengetahui kisah DukaKu:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2013 Reserved to Siti

Edited by Cik Amal