Bismillahirrahmanirrahim.Lama tak update blog kan?Okay sebenarnya Siti tak ada idea nak update apa -,-'' Maaflah yea,rindu dekat blog tetapi tak berusaha mencari idea.. my bad :( Still tak terlambat nak Ucap Selamat Hari Raya buat Semua umat Islam Dim muka bumi ini,ampun maaf dipinta andai ada silap dan salah
Taqabbalullah Minna Waminka (Semoga Allah menerima Amalan kami dan kamu ).Okay Siti nak share adab-adab di hari raya mengikut sunnah.
Pada 1 syawal kita diharamkan sama sekali untuk berpuasa kerana satu syawal adalah hari kita meraikan kemenangan kerana berpuasa selama sebulan.Alhamdulillah :') Okay jom teruskan :-
1.
Bertakbir
untuk memulakan solat pada hari raya. Umat Islam disunatkan
memperbanyakkan bacaan takbir untuk menzahirkan rasa syukur pada ALLAH yang
maha ESA. Sesuai dengan firman ALLAH yang bermaksud:-
“Supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan RAMADHAN),
supaya kamu membesarkan ALLAH (dengan bertakbir) kerana telah memberi petunjuk
kepada kamu dan supaya kamu bersyukur”.
Digalakkan juga bertakbir sepanjang perjalanan ke masjid,
seperti lazimnya para sahabat melakukannya.
2.
Lafaz
ucapan di hari raya
Dinyatakan dalam sebuah hadis oleh al-Hafiz Ibn Hajar Al-Asqalani
seperti yang dinukilkan oleh Jubair bin Nufair r.a katanya:-
“Apabila para sahabat Rasulullah s.a.w bertemu di Hari
Raya, sebahagian mereka mengucapkan kepada yang lain akan ayat TAQABBALULLAH
MINNA WAMINKA (Semoga ALLAH menerima amalan kami dan amalan kamu)
3.
Beribadat
dan berdoa di Malam Aidilfitri
Kita telah biasa dengan rutin bangun sahur di bulan
RAMADHAN. Tentu sekali pada pagi Raya kita sudah tidak perlu bersahur. Tetapi
apalah susahnya, dengan kebiasaan bangun sebelum subuh itu kita langsungkan
dengan bangkit sebelum subuh pada pagi raya ini, bukan dengan niat untuk
menjamu selera tetapi tunduk SUJUD membesarkan ALLAH yang Maha Mencipta. Malam
raya adalah salah satu malam yang doa diterima olehNya, maka manfaatkanlah
waktu ini dengan memohon sebanyak-banyaknya permintaan. Malah kita juga
digalakkan memperbanyakkan takbir sepanjang malam. Seperti sabda Rasullulah
s.a.w yang bermaksud:
“Barang siapa yang menghidupkan malam Aidilfitri dan
Aidiladha dengan amalan yang baik dan ikhlas kerana Allah, maka tidak akan mati
hatinya pada semua hati-hati yang akan mati, iaitu pada hari kiamat"
4.
PADA HARI
RAYA
Dalam hadis yang diriwayatkan oleh imam Syafie:
“Ali bin Abi Talib r.a pernah ditanya adakah HARUS mandi
disetiap hari? Maka jawabnya TIDAK HARUS. Namun mandi yang diharuskan ialah
mandi pada HARI JUMAAT, HARI ARAFAH, HARI RAYA AIDILFITRI DAN AIDILADHA”
Bersarapan juga
adalah sunnah di pagi raya. Caranya dengan memakan sedikit sebelum pergi
menunaikan solat di masjid. Seperti hadis Rasulullah s.aw bermaksud
“Rasulullah s.aw tidak akan pergi ke tempat solat pada
pagi aidilfitri sebelum memakan beberapa biji buah kurma”
Lihatlah betapa indahnya Islam, hanya dengan bersarapan di
pagi raya sudah diberikan ganjaran pahala. Subhanallah!
5.
Berpakaian
indah
Perlu diingatkan bahawa islam tidak pernah mengajar umatnya
berlebih-lebihan atau melampaui batasan dalam menyambut apa saja perayaan. Ini
bermakna Islam menegah umatnya melakukan pembaziran dalam menyambut hari raya
seperti boros berbelanja semata-mata untuk bergaya pada hari raya dengan
pakaian yang mahal-mahal dan kuih muih yang terlalu banyak. Imam Syafie di
dalam kitabnya berkata
" Aku lebih menyukai seseorang memakai pakaian terbaik
pernah dimilikinya pada hari raya iaitu hari Jumaat,dua hari raya(aidilfitri
dan aidiladha) dan tempat diadakan majlis.Tetapi BERSEDERHANA dalam berpakaian.
6.
Berjalan
kaki menuju tempat dikerjakan solat Hari Raya
Hadis Nabi s.a.w:
"Tatkala pergi dan balik dari tempat solat hari
raya,Rasulullah sentiasa pergi dan balik melalui jalan yang berlainan."
Termasuk sunnah iaitu jika kita berjalan kaki menuju ke
tempat solat. Tapi jika masjid agak jauh, naik kereta pun tiada masalah.
Segeralah ke masjid untuk bertakbir dan menunaikan solat secara berjemaah.
Pergi ke masjid dan pulang dengan jalan yang berbeza. Lebih afdhal pergi dengan
jarak yang lebih jauh dari jalan pulang.
Hikmah berjalan jauh semasa pergi ini supaya bagi
membolehkan kita bertegur sapa dengan jemaah yang lain dan mengucapkan tahniah
sempena kejayaan sepanjang ramadhan dan kedatangan hari raya. Selain itu, ia
juga bagi membanyakkan saksi atas ibadah kita. Biar setiap langkah kita di
saksikan sebagai ibadah.
7.
Membawa
bersama Isteri dan anak-anak ke tempat solat Hari Raya
Ketika melaksanakan solat hari raya, Rasulullah s.a.w
sentiasa membawa isteri dan anak-anak Baginda bersama. Saidatina Aisyah r.a,
mengisahkan:
"Kami disuruh supaya keluar dan begitu juga dengan
wanita haid pada kedua-dua hari raya untuk mendapatkan kebaikan dan doa-doa
orang islam.Walau bagaimanapun, wanita haid duduk jauh daripada tempat
solat."
8.
Menyegerakan
pemberian zakat fitrah
Baginda s.a.w akan berpesan agar kaum Muslimin menyegerakan
pemberian zakat fitrah kepada mereka yang berhak,manakala bagi solat sunat
Aidiladha disegerakan supaya umat Islam dapat mempercepatkan urusan sembelihan
korban.
9.
Mengerjakan
solat Aidilfitri dan mendengar khutbah
Marilah sama-sama kita mengerjakan solat Aidilfitri secara
berjemaah.Walaupun ianya sunat tetapi ianya hanyalah setahun sekali. Apalah
kiranya kita meluangkan masa untuk menghadirkan diri ke masjid untuk tunduk
menghadap yang Maha Esa. Seeloknya setelah selesai solat,
sama-samalah kita mendengar khutbah sehingga selesai.
10.
Puasa 6
hari pada bulan Syawal
Rasulullah s.a.w bersabda:
"Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan lalu
diiringi dengan puasa enam hari di bulan syawal, seolah-olah dia telah berpuasa
setahun”
Perkara pertama yang dilakukan oleh Baginda Rasulullah
sebaik diketahui tarikh hari raya adalah bertakbir. Waktunya bermula sebaik
terbenamnya matahari sehingga imam datang