Jumaat, 19 Julai 2013

Info | Maksud Isyarat Tangan Ketika Merakam Gambar

ASSALAMMUALAIKUM!!
 SELAMAT SEJAHTERA!

Bismillahirrahmanirrahim.Alhamdulilah dapat juga kita bertemu pada Ramadhan yang ke-10 ini.Syukur,bukan mudah nak menjalani Ramadhan dengan lancar.Kadang-kadang kesihatan tak mengizinkan.Takpe lah,selamat menjalani rukun islam yang ketiga.Moga kita berjaya mengharungi hingga ke penghujungnya.InsyaAllah....

Siti nak kongsi maksud isyarat tangan ketika mengambil gambar.Contohnya,peace.Nak tahu tak maknanya?Jom start :-

SIMBOL PEACE

  Simbol "Peace" ini dilakukan untuk menunjukkan keceriaan dan keseronokan seseorang apabila bergambar.Mereka akan melakukan simbol ini secara spontan dan dikatakan simbol ini menunjukkan ilusi perdamaian dan keamanan.Apabila membuat simbol ini ketika bergambar pasti mudah untuk tersenyum .Simbol ini menggunakan jari telunjuk dan jari tengah yang seakan berbentuk "V"

SIMBOL IBU JARI KE ATAS

Simbol ini untuk menunjukkan tahap pencapaian seseorang yang bagus atau cemerlang lalu membuatkan orang sekeliling memberi isyarat tangan ini.Isyarat ini juga bermaksud syabas atau hebat bagi masyarakat di negara Jerman dan bagi masyaraat Mesir pula bermaksud baik atau sempurna .Manakala maksud sebaliknya bagi negara Iraq dikatakan simbol ini memberi isyarat lucah dan bersifat negatif.

SIMBOL IBU JARI KE BAWAH

Isyarat tangan ini bermaksud sama ada bersifat negatif atau perasaan sedih seseorang berkaitan dengan sesuatu perkara bagi meluahkan perasaan mereka.Simbol ini juga menggambarkan kekecewaan dan kekalahan.

SIMBOL  ROCK

Simbol ini kebiasaannya digunakan ketika persembahan penyanyi rock tempatan atau luar negara yang menghiburkan penonton,apabila terlalu leka dengan hiburan yang didedahkan mereka akan menunjukkan simbol ini dan ada juga ketika bergambar menggunakan simbol ini.Ada yang kata simbol ini tidak elok digunakan oleh umat Islam.Betul ke?kalau salah betulkan yea :)

SIMBOL OK

Simbol ini bagi menggambarkan perasaan seseorang berkaitan dengan sesuatu perkara yang gembira dan selesa untuk berhadapan dengan sebarang situasi.

SIMBOL FRAME

Untuk menunjukkan wajah mereka semata-mata ketika bergambar dan kebiasaannya hanya bergambar seorang diri.Simbol ini memerlukan kedua-dua belah tangan dan menunjukkan segi empat tepat.

SIMBOL LOSER
Menunjukkan kekalahan berkaitan dengan hal tertentu,kemudian mereka akan menunjukkan wajah yang sedih untuk meluahkan ekspresi wajah itu.

P/S:Jadi anda menggunakan simbol yang mana satu ketika bergambar? Jom kongsi dekat komen ^_^

2 Orang Berjaya mengetahui kisah DukaKu:

.::: Princess MOMOY :::. berkata...

selalunya PEACE laa

Unknown berkata...

@.::: Princess MOMOY :::. wah...tu memang normal kan :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2013 Reserved to Siti

Edited by Cik Amal