Ahad, 21 Julai 2013

Buat Insan Bernama Sahabat...

ASSALAMMUALAIKUM!!
SELAMAT SEJAHTERA!

Bismillahirrahmanirrahim.....

Sahabat,
Begitu indah saat kita bergurau senda...
Begitu indah saat kita berkongsi kebahagiaan bersama..
Begitu indah saat kita beriringan dan berjalan bersama....

Namun,
Semua itu seolah berlalu pergi kerana kekhilafanku..
Semua itu terbang tinggi sehingga tak berdaya untuk kembali..
Semua itu berlaku sehingga menimbulkan tembok yang besar..
Sangat besar sehinggakan tak terdaya untuk ku memecahkannya...

Sahabat,
Andai didalam hatimu tiada lagi diriku..
Andai didalam jiwamu tiada lagi kasih sayangku..
Andai didalam memorimu tiada lagi kenanganku...
Maafkan ku...

Sahabat,
ketahuilah bahawa aku hanya insan biasa..
Mempunyai perasaan sedih dan kecewa...
Mempunyai sedikit perasaan marah...

Sahabat,
adakah kerana diriku menunjukkan kekecewaanku,
dirimu memarahi ku?
Adakah kerana diriku tidak cuba mengerti masalahmu,
dirimu menganggap bahawa diriku tidak pernah cuba memahamimu..

Sahabat,
Jika dikau menganggap kekasih mampu membuatkan ku bahagia..
dirimu silap..
Jika dikau menganggap kekasih mampu membuatkan ku tersenyum bahagia..
dirimu salah...

Sahabat,
Tahukah kau bahawa engkau adalah separuh daripada nyawaku?
Tahukah engkau bahawa aku bahagia engkau hadir disetiap senyumanku?
Tahukah engkau bahawa setiap saat memori kita tidak pernah sesekali aku padam?

Sahabat,
maafkan diriku..
maafkan kerana melukaimu...

Sahabat,
Andai engkau baca nukilan ini...
Aku ingin kau tahu bahawa,andai nyawaku tercabut hari ini...
engkau adalah sahabatku dunia dan akhirat...
Andai engkau tidak membaca nukilan ini..
Aku akan doakan tidak mengapa kerana ku tahu doa buatmu takkan pernah aku lupakan....

Sahabat,
maafkan segala dosaku....
maafkan ku...
Maafkan atas segalanya....

Teman...
Aku bukan seperti Patrick
yang sentiasa bersama dan memahami mu serta membuatmu ceria...
Aku bukan seperti Doraemon
yang sentiasa membantumu walaupun tidak bersetuju dengan apa yang dilakukan..
Aku hanya insan biasa yang tidak bisa menyembunyikan marah,sedih dan gembiraku....
Maafkan kerana ku tak sempurna buatmu....
   

1 Orang Berjaya mengetahui kisah DukaKu:

Tanpa Nama berkata...

semua itu berlaku sehingga menimbulkan tembok yang besar..

same situasi dgn saye...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2013 Reserved to Siti

Edited by Cik Amal