ASSALAMMUALAIKUM!!
SELAMAT SEJAHTERA! :)
Bismillahirrahamnirrahim.Alhamdulilah kita jumpa lagi pada Ramadhan yang ke-19.Cepatnya masa berlalu.Okay Siti nak kongsi sesuatu yang sesuai untuk hari raya nanti.Eh sesuai ke?Ala korang agak jelah sendiri hihi.Okay,macam ni,ada tak antara kawan-kawan,mak,ayah,abang,kakak,adik,suami,isteri atau anak-anak korang yang terkena alahan?
Ke korang tak tahu alahan tu apa?Okay takpe,meh rapat sikit,bulatkan mata anda untuk membaca info ni.Info ni sesuai untuk mereka yang nak mengenali individu yang terkena alahan.Jom mula!
1.Alahan makanan
Makanan merupakan sumber utama bagi kehidupan manusia.Namun ada sesetengah makanan merupakan racun dalam badan sehingga mengakibatkan alahan yang teruk.Makanan laut seperti ketam,sotong,udang dan sebagainya akan membuatkan sesetengah individu berasa gatal-gatal di badan dan bengkak di mulut serta mata.
2.Alahan Ubat
Ada sesetengah ubat tidak sesuai untuk tubuh badan manusia.Oleh itu sebelum disarankan JANGAN sesekali makan ubat tanpa nasihat daripada doktor,dikhuatiri akan memudaratkan tubuh badan seperti alahan.
3.Alahan Racun Serangga
Sesetengah golongan muda mempunyai antibodi yang lemah,oleh itu mereka tidak tahan dengan bau racun serangga sehingga terpaksa menutup hidung dengan kain.
4.Alahan Haiwan
Bulu-bulu halus daripada haiwan seperti kucing boleh menyebabkan alahan seperti bersin yang teruk dan selsema.Oleh itu,jika membela haiwan berbulu pastikan haiwan tersebut sentiasa bersih.
5.Alahan bahan kimia
Ada remaja yang mempunyai alahan dengan bahan kimia yang akan mengakibatkan ruam merah di badan dan di kawasan sensitif di tubuh badan.
6.Alahan Minuman
Remaja yang tidak tahan sejuk disarankan untuk TIDAK mengambil minuman berais.Bukan sahaj ais,tetapi minuman yang sewaktu dengannya.Bayi yang masih kecil juga alah pada susu ormula sehingga menyebabkan ruam dan tompok merah.Oleh itu,ibu kena bijak memilih susu formula yang sesuai untuk bayi anda.
Cadangan untuk mengatasi:-
-Apabila masuk waktu malam,tutup tingkap untuk menghalang debunga dan kulapuk masuk ke dalam rumah.-Gunakan penyaman udara yang dapat membersihkan dan mengeringkan udara.-Pakai topeng yang melindungi debu ketika aktiviti pembersihan rumah dan makan ubat sebelum aktiviti berjalan.Harus diingatkan untuk tidak mengambil ubat secara berlebihan agar perkara yang tidak dingini berlaku.
P/s:Anda ada alahan?yang mana satu?Jom kongsi dengan Siti
0 Orang Berjaya mengetahui kisah DukaKu:
Catat Ulasan