Jumaat, 28 Jun 2013

Warkah Cinta....

ASSALAMMUALAIKUM!
SELAMAT SEJAHTERA!! :)

Bismillahirrahmanirrahim.Alhamdulillah....

Cinta itu hadir kala hati dan perasaan masih tercari-cari erti kasih sayang,
Cinta itu hadir dikala hati belum pasti adakah kebaikannya nanti ,
Cinta itu hadir dengan perlahan-lahan...
Cinta itu hadir tanpa kami duga...

Aku tidak layak mendekatimu..
Apa ntah lagi menjadi sebahagian di dalam hidupmu,
namun perkenalan itu telah menitipkan seribu satu kenangan...
seribu satu senyuman,dan tangisan..

Aku tidak kuat meluahkan apa yang terbuku di dalam hati,
lalu ku titipkan warkah cinta ini buat tatapan mu,
Menjadi pedoman dalam hidupku dan hidupmu...

Jika kau mencintaiku..sedarkah kau bahawa Allah terlalu mencintaimu??
Jika kau ingin mendekatiku..sedarkan kau bahawa Allah terlebih dahulu menghampirimu??
Jika kau ingin melindungiku..sedarkah kau bahawa Allah telah memberikanmu perlindungan??

Aku tidak layak untukmu..
Cintai Dia sebelum dirimu mencintaiku...
Dekati Dia sebelum dirimu mendekatiku...

Percayalah bahawa pasti ada kebaikannya nanti...
Ku harap dikau memahami warkah cinta ini.....







 

0 Orang Berjaya mengetahui kisah DukaKu:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2013 Reserved to Siti

Edited by Cik Amal