ASSALAMMUALAIKUM!!
SELAMAT SEJAHTERA!! :)
Bismillahirrahmanirrahim.Alhamdulilah,kita berjumpa lagi pada hari ini.Haih,dah 5 hari siti tak update blog kan?rasa macam lama je.Yela,Siti dah start sekolah balik.Terlalu banyak benda nak dibuat.rasa macam minggu ni terlampau busy.Yelah,dengan subjek Pengajian perniagaan,pengajian am,sejarah,muet and bahasa melayu.Busy sangat,terlalu banyak kerja sekolah and aktiviti sekolah.Hehe,dajhlah tak nak cerita pasal sekolah,kita cerita mengenai tajuk diatas.
Pengertian malu : "Malu atau haya dalam bahasa arab berasal daripada
perkataan hayat yang bermaksud kehidupan. Ia mencakupi sifat malu,
memelihara aib diri dan orang lain, kesopanan, harga diri dan bersikap
jujur dalam menjaga dan memelihara maruah kerana Allah."
Rasulullah mengajar umat Islam mengenai perkara
pentingnya seseorang menghiasi dirinya dengan sifat malu. Dan betapa
malunya seorang yang bergelar muslim tetapi tidak mempunyai sifat malu
sebagai hamba kepada Allah. Abdullah ibn Umar meriwayatkan
bahawa Rasulullah berjalan melintasi seorang pemuda yang memarahi
saudara lelakinya yang sangat pemalu. "engkau seorang yang sangat pemalu
dan aku bimbang sifat malumu itu akan memusnahkan dirimu". Mendengar
kata-kata lelaki itu, Rasulullah bersabda, "Tinggalkanlah ia, kerana
sifat pemalu itu sebahagian daripada iman". (Bukhari)
Malu itu ada dua :-
1-malu untuk kebaikan
2-malu untuk kejahatan
Fikirlah kita malu di mana? anda kenal diri anda,maka katakan kepada diri anda....
Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah saw ada bersabda bermaksud: "Iman itu ada lebih 60 cabang. Dan sifat malu adalah sebahagian daripada cabang iman."
1 Orang Berjaya mengetahui kisah DukaKu:
orang zaman sekarang ni kurang malu.. setuju tak?
salam kenal dari cik gee.. :)
Catat Ulasan