Khamis, 9 Ogos 2012

Tabahkan Aku Ya, Allah....

ASSALAMMUALAIKUM!
SELAMAT SEJAHTERA!! :)


Ya,Allah.
Engkau mengambil anugerah suara yang kau berikan kepadaku,
Aku terasa lemah dan tak sanggup,
namun aku tahu,engkau sedang menguji agar aku tabah menempuhnya.

Ya,Allah.
Engkau mengetahui bahawa hatiku sedang berduka,
sekali lagi aku berasa sedikit kecewa dan berasa seperti tidak adil,
namun aku yakini bahawa kekecewaan itu pastinya akan membawa kepada pelangi yang indah.

Ya,Allah.
Engkau mengetahui aku sedang atau akan kehilangan sahabat baik ku,
Aku berkata "kenapa semua orang mahu tinggalkan aku",
namun aku tahu walau aku kehilangan seorang manusia,Engkau tetap disisiku.

Ya,Allah.
Engkau mengetahui bahawa kenangan semalam begitu indah,
Aku menangis dan berkata "kenapa kenangan ini ada,kalau akhirnya menderita?"
namun aku pasti Engkau mengujiku kerana mahu aku terus-terusan tabah dengan dugaan mu.


buat sesiapa yang sedang berduka,
yakinilah bahawa Allah tidak pernah jauh daripadamu.
Walaupun dirimu melupakan Dia ketika dirimu sedang bergembira,
dan mengingati diri-Nya ketika engkau sedang bersedih.
Maka kita berdoa bersama-sama semoga kita bertemu 10 malam terakhir
iaitu malam lailatul Qadar.
Amin Ya Rabbal Alamin. :')



0 Orang Berjaya mengetahui kisah DukaKu:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2013 Reserved to Siti

Edited by Cik Amal