ASSALAMMUALAIKUM!!
SELAMAT SEJATERA ! :)
Sesungguhnya Mati Itu pasti....
hmm.tadi masa belajar dalam kelas,kitaorang dapat berita sedih daripada PK HEM sekolah iaitu cikgu Roslan.
kitorang semua dapat berita bahawa sahabat kami telah kembali ke rahmatullah kerana penyakit SLE.. itu adalah ringkasannya,yang nama penuh aku tak berapa nak hafal.
Aku tak pernah kenal dia secara rapat,tapi aku pernah tengok muka dia.Orangnya manis,insya-Allah dia merupakan orang-orang yang baik...sudah lama dia menderita sakit,lepas cuti bulan 3 dia terus tak datang sekolah.
Aku cuma tau nama dia iaitu Aida Muziyana dan berusia 17 tahun. Tak perlu la aku tunjuk kan wajahnya,biarkan dia pergi secara tenang.
"buat Aida,berehat la dikau di sana secukup-cukupnya,moga dirimu Allah tempatkan bersama-sama golongan yang beriman dan moga segala amalanmu diterima Allah"
"Ya Allah kau tempatkanlah sahabat kami bersama-sama orang yang beriman. Terima kasih kerana engkau telah meminjamkan dia kepada kami,dan berikan kami seribu satu kekuatan untuk meneruskan kehidupan sebagai khalifahmu"
Al Fatihah ~
Aida Muziyana
(1995-2012)
0 Orang Berjaya mengetahui kisah DukaKu:
Catat Ulasan