Selasa, 12 Mac 2013

Perintah Anak Solat

ASSALAMMUALAIKUM
SELAMAT SEJAHTERA!! :)

Alhamdulilah kita bertemu lagi pada hari ini,hurm today nak update entry mengenai ajak anak menunaikan solat.Tertarik dengan satu hadis dkt Hadith Jakim nie mengenai Perintah Anak untuk solat.Ct akan sharekan hadith tersebut okay? :) Basmallah dulu ye kawan2.

Daripada ‘Amru bin Syu'aib daripada bapanya, daripada datuknya RA katanya, sabda Rasulullah SAW “Perintahkan (ajarlah) anak-anak kamu menunaikan sembahyang ketika mereka berumur tujuh tahun dan rotankan ketika mereka berumur sepuluh tahun dan asingkan tempat tidur mereka”.

Daripada hadis tersebut kita tahu bahawa,sebagai ibubapa(even ct belum jd ibu lagi) kita harus mengajak anak untuk solat.Kalau boleh kita jgn bagi excuse dekat anak2.Eh2,adalah lebih baik kalau anak-anak dapat melihat kita menunaikan solat,kerana kanak-kanak lebih cenderung mengikut apa yg ibu bapa/orang dewasa lakukan.Mungkin kadang-kadang orang menganggap kanak-kanak akan menganggu kita,tetapi sebenarnya tidak.From my opinion la kan,kanak-kanak nie akan cuba praktik kan apa yg kita lakukan.

Ct pernah mengalami situasi macam tu,ibu ct ada menjaga 3 orang kanak-kanak.Seorang berusia 5 tahun(kalau tk silap),seorang lagi lelaki berumur 1 tahun 6 bulan,seorang lagi perempuan berumur 1 tahun 4 bulan. Mereka berdua(yang berumur 1 tahun lebih) akan diam apabila mendengar azan/menadah tangan untuk membaca doa.Yang budak lelaki itu akan terus mengangat takbir untuk solat.Mereka juga tidak menganggu ketika ct sedang solat.Mereka akan duduk di pangku ct apabila ct usai menunaikan membaca doa selepas solat.Alhamdulilah,bertuah bukan ibu bapa mereka?

Maka,inilah masanya untuk kita (parents) mengajak/mengajar anak-anak kita untuk "berhubung" dengan Allah.Moga Allah berkati kita pada hari ini.Maaf kalau ada yang tidak setuju dengan pendapat ct.Ct hanya manusia biasa,doa ct agar umat Muhammad yang lahir di dunia akan menjadi anak yang soleh dan solehah.

Gambar sekadar hiasan

Allahuma Syalli Ala Syaidina Muhammadin Wa'ala Ali Muhammad

p/s:Thanks for reading,may Allah bless us :)

0 Orang Berjaya mengetahui kisah DukaKu:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2013 Reserved to Siti

Edited by Cik Amal