Selasa, 31 Ogos 2010

MEMORI BERKASIH…

Setiap pertemuan pasti ada perpisahan….Setiap yang hidup pastinya akan mati jua…Segala-galanya dalam hidup ini hanya ditentukan olehNYa…Kerana dia yang menciptakan segala-galanya dalam hidup ini…Setiap yang berlaku adalah satu ujian yang diberi olehNYA….Jangan bersedih jangan berduka kerana yang pasti DIA sentiasa bersama kita….itulah yang sentiasa dipegang oleh Farina dalam menghadapi saat-saat terakhir hidupnya.Penyakit leukemia yang dihidapinya semakin menular dalam tubuh badannya.Pastinya penyakit ini tiada ubatnya.Farina menempuh sisa-sisa hidup yang terakhirnya dengan sabar dan redha.Jangkaan doktor memberitahu Farina mungkin dapat bertahan dalam tempoh kurang daripada satu tahun.Azrizal ,suami Farina hanya mampu menjadi teman setia isterinya.Dia sentiasa berdoa agar isterinya di beri masa untuk hidup.Di hadapan orang lain dan isterinya,mungkin ramai melihat Azrizal begitu tabah menghadapi ujian daripadaNYa,tapi hanya ALLAH yang tahu gelora di dalam hatinya.Suami mana yang sanggup melihat isteri yang di kasihinya sedang menghidapi penyakit yang pasti tiada ubatnya tambahan pula dengan keadaan Farina yang mengandung 8 bulan.

Pertemuan Farina dan Azrizal berlaku secara tidak sengaja.Ketika itu Farina baru pulang daripada kerja dan secara tidak sengaja,Farina terlanggar seorang lelaki.Bermula satu perkenalan,Azrizal begitu tertarik dengan kesopanan dan kelembutan Farina,tambahan pula Farina begitu manis bertudung.Tanpa disedari Azrizal telah merenung seorang wanita yang bukan muhrimnya.’Ya ALLAH bertapa berdosanya aku memandang wanita yang sudah pasti bukan muhrim ku,jauhkan aku daripada perasaan ini dan jauhkanlah aku daripada perkara-perkara mungkar’,doa Azrizal setelah dia tersedar yang begitu lama dia merenung Farina.Farina segera beransur pergi setelah memohon maaf kepada Azrizal kerana terlanggar dia.Muka Farina menjadi merah kerana malu dengan Azrizal.Buat pertama kalinya ada seorang lelaki yang merenungnya begitu lama.

Memori yang berlaku petang semalam masih segar dalam kotak fikiran Farina dan Azrizal.Tanpa mereka sedari,mereka telah jatuh cinta antara satu sama lain.Pertemuan demi pertemuan berlaku antara mereka.Pertemuan itu membawa kepada sebuah perkenalan dan membibitkan perasaan sayang.Perasaan itu tidak dapat dibendung,lalu satu pertemuan antara mereka berlaku di sebuah restoran.Azrizal menyatakan hasrat kepada memperisterikan Farina.Farina sungguh terkejut dengan hasrat Azrizal tapi dia sangat gembira kerana apa yang pasti dia tidak bertepuk sebelah tangan.Azrizal begitu gembira kerana hasrat nya diterima baik oleh Farina malah keluarga kedua-dua belah pihak juga bersetuju dengan apa yang ditetapkan olehNYA.

Hari yang dinanti telah tiba,Tepat jam 6 petang Farina sah menjadi isteri Azrizal.Terpancar kegembiraan di wajah mereka berdua.Bertapa mereka bersyukur kerana ALLAH menjodohkan mereka berdua dan berharap hubungan mereka kekal hingga akhir hayat mereka.Mereka sangat bahagia dengan kehidupan yang mereka lalui sekarang.Farina seorang isteri yang baik buat Azrizal manakala Azrizal adalah ketua keluarga yang terbaik buat Farina.Mereka tidak pernah berenggang kecuali ketika Azrizal bekerja.Sejaka akhir-akhir ni,Farina selalu batuk-batuk dan kadang-kadang tu sampai keluar darah.Perkara ni yang membuatkan Azrizal risau.Azrizal membawa Farina ke klinik tapi doctor menasihatkan Azrizal supaya membawa ke hospital untuk mendapatkan jawapan kesihatan Farina.

Hidup tak selalunya indah,langit tak semestinya cerah.Itulah peribahasa yang dapat digambarkan buat Azrizal kerana dia telah mendapat keputusan yang mengatakan Farina menghidap penyakit leukemia sedangkan ketika itu Farina hamil 2 bulan.Begitu berat ujian yang di beri umpama batu besar menghempap Azrizal apabila mendapat berita tentang penyakit Farina.Apabila memberitahu penyakit itu kepada Farina,dia hanya tersenyum dan mengatakan ini adalah ujian yang harus diterima mereka berdua.Sungguh mereka berdua pasti kasih sayang yang di bina hanya sebentar cuma,tapi apa yang pasti mereka berdua akan menghargai saat-saat terakhir ini.Apa yang membuatkan Farina risau ialah anak yang berada dalam kandugannya.Siapa yang akan memdidik anaknya apabila dia sudah tiada lagi?Itu yang membuatkan Farina risau.Semakin hari semakin teruk penyakit Farina namun dia tetap tabah menghadapi segalanya.Farina menantikan hari melahirkan anak manakala Azrizal sangat takut akan kehilangan Farina.

Akhirnya hari yang dinanti oleh mereka iaitu kelahiran orang baru.Azrizal setia menemani Farina di dalam wad bersalin menantikan kembar yang di kandung oleh isterinya.Lebih kurang satu jam berada dalam wad bersalin akhirnya Farina selamat melahirkan kembar perempuan.Kembar itu di iqamatkan oleh Azrizal.Sungguh cantik seperti uminya,matanya saling tak tumpah seperti Azrizal.Dua puteri mereka diberi nama Putri Rizana Afirah dan Putri Rizini Afikah.Dua putri itu di jaga dengan baik oleh ayah dan uminya.Setiap saat terasa masa itu begitu berharga buat mereka berdua,kerana Azrizal pasti selepas ini pastinya tiada lagi saat indah mereka berempat.Tiap hari pastinya ada memori yang indah dan memori itu Azrizal abadikan di dalam album gambar serta video camera nya,kerana memori seperti itu tidak dapat di undurkan kembali.

Malam itu entah mengapa Farina rasa sesuatu yang amat pilu tiap kali menatap kedua-dua putrinya.Dia dapat rasakan masanya telah tiba.Dia mengucup putri-putrinya sambil berkata ‘anak umi jaga diri elok-elok,umi tidak mungkin dapat melihat kamu berdua belajar merangkak,berjalan,bercakap,hantar kamu ke sekolah,memberikan kamu berdua kasih sayang dan umi mungkin tidak sempat mengajar kamu menjadi muslimah sejati,cuma satu yang umi pinta daripada kamu nak,hargailah ayahmu,hormatilah ayahmu,jangan pernah kamu menyusahkan ayahmu,kerana ayahmu adalah lelaki yang terbaik yang pernah umi jumpa,kasih sayangnya dekat kita bertiga sangat tinggi nilainya..umi bahagia mengenali ayahmu …tanpa disedari airmatanya jatuh di atas pipi putri-putrinya.Fira dan Fika seolah-olah mengerti pesanan uminya dan terus tidur lena.

Keesokannya,Farina dan Azrizal keluar untuk membeli barang-barang keperluan rumah mereka dan Fika serta Fira ditinggalkan di rumah datuk dan nenek mereka.Sepanjang perjalanan ke pasaraya,Farina asyik menasihatkan Azrizal supaya mendidik anak-anak mereka dengan sempurna.Nasihat-nasihat itu benar-benar membuatkan Azrizal hairan,namun dia mendengar dan berjanji akan menjaga anak mereka dengan sempurna.Setelah membeli barang keperluan mereka, Azrizal melintas jalan dan tanpa disedari ada sebuah kereta memandu dengan laju dan hampir melanggar Azrizal namun Farina sempat menolak Azrizal ke tepi dan akhirnya depan mata Azrizal,dia melihat isteri yang di kasihinya melambung tinggi akibat di langgar kereta tadi.Tanpa memikirkan keselamatan diri Azrizal terus berlari kea rah Farina dan meletakkan kepala Farina di atas pahanya,darah Farina mengalir,tak sanggup melihat Farina derita sebegitu,buat pertama kalinya airmatanya jatuh di hadapan khalayak ramai.Dia kecewa dengan dirinya kerana tidak menyelamatkan Farina tapi apakan daya masa begitu pantas.Farina berusaha untuk berkata-kata, ‘abang ada satu surat yang Rina tinggalkan dalam almari dekat dalam bilik,Rina mohon maaf andai Rina pernah melakukan kesilapan dan halalkan makan minum Rina.Rina nak abang tahu yang abang adalah suami Rina dunia akhirat itu yang pasti’.Azrizal hanya menangguk kerana tiada kata yang dapat diucapkan.Airmatanya jatuh setitik demi setitik.Apabila melihat Rina semakin nazak,Rizal mengajar Rina mengucap setelah habis mengucap genggaman Fina terlerai.Orang ramai melihat mereka berdua sehingga menitiskan airmata.

Arwah Fina selamat dikebumikan dan malam itu kenduri arwah diadakan.Selesai kenduri,Rizal segera masuk ke dalam bilik mengimbau memori mereka berdua,tiba-tiba dia teringat pesanan arwah Rina.Dia membuka surat tersebut dengan kalimah basmalah.

assalammualaikum……..

saat abg membaca surat ini pastinya Rina tiada lagi di sisi abg….bkn krna Rina tidak syg abg tp apakan daya ini semua tkdir dr dia yang menciptakn sekalian alam…penyakit ini tidak mungkin dpt di sembuhkan lgi..tp entah knpa Rina rasa bkn penykit ini yg membawa Rina menghdpnya tp entahlah… trma kasih ats sgla-galanya…. abg satu je Rina pohon…didik ank2 kita dgn sbaik-baiknya…mereka tiada ksih syg drpd Rina hnya abg yg mereka ada…tlg abg jga dorg baik2….sesungguhnya hanya engkau yang ku cinta…maafkan apa yang pernah Rina lakukan…..apabila ank kta sudah bsr khbrkan kpd mereka bertapa Rina menyangi mereka dan pohon ampun kerana Rina tidak dpt temani mereka sehingga mereka dewasa……kenanglah memori berkasih kita bersama….pastinya membuatkan abg tersenyum….di sini Rina serta cincin perkahwinan kta dan sepasang bju melayu serta bju krung buat ank2 kita….maafkan Rina kerana t’paksa menanggalkan cincin kahwin kta..biarlah abg simpan buat kngn..dan bju2 yg Rina buat abg serta ank2 ada Rina letak didalam almari bju…..akhir kata salam syg dari isterimu Putri Nur Farina ……

Azrizal mengucup baju yang di jahit smbil berlinangan airmata.Dia redha diatas suratan yang diberi apa yang pasti amanah Rina yang ingin anak-anak mereka mendapat didikan sempurna. ‘Biarpun Rina tiada lagi,abang akan tetap setia dengan Rina..moga tenang di sana syg…’kata Rizal setelah mengucup putri-putrinya.

0 Orang Berjaya mengetahui kisah DukaKu:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2013 Reserved to Siti

Edited by Cik Amal