Khamis, 17 Jun 2010

INSAN KUSAYANG KINI

MENGHILANG….

Menitis airmataku disaat melihat pusara Lin yang masih merah.Aku membersihkan pusara Lin sebelum menyedekahkan bacaan yasin dan al fatihah buat arwah Lin.Masih terbayang peristiwa 3 minggu lepas yang meragut nyawa insan yang cukup aku sayangi.Peristiwa itu tidak akan pernah aku lupakan sepanjang hayatku.Masih terbayang wajah Lin yang tersenyum manis apabila menerima rantai berbentuk hati daripadaku.

Pada suatu hari,aku terkejar-kejar hendak masuk ke kuliah.Dalam keadaan tergesa-gesa itu aku terlanggar seorang gadis,habis bertaburan buku gadis tu.Aku yang konon-kononnya agak ‘gentle’ pergilah tolong gadis tu.Dalam keinginan membantu gadis itu sempat juga aku menatap matanya yang cantik itu.Perasaan ku tak menentu saat itu,”alah kalau aku citer pun bukan orang faham apa yang aku rasa’ hehehe.

Ketika dalam kuliah aku termenung sambil tersenyum mengingati wajahnya.Aku tak kisah orang nak kata apa pun,walhal aku kena marah dengan ‘lecturer’ pun aku tak kisah.Sampai tidur ku tak lena mengingati wajahnya.Manis sungguh wajahnya,senyumannya,suaranya,oh meruntun hatiku mengingatinya,jantung ku berdegup kencang.Aneh?selama ni tak pernah aku rasa kalau dengan gadis lain.”Agak-agak korang la apa sebenarnya yang aku alami ni’?hahaha mustahil perasaan…..oh tidak!!!tak mungkin ini perasaan cinta??”aku jatuh cinta dengan gadis yang berlesung pipit tu??mustahillah,selama ni aku cukup benci dengan perempuan macam mana aku boleh suka dekat dia??aku terkenal dengan sikap yang agak nakal,”alah biasa la dah nama pun ‘study’ apa kes duduk study je kacau orang la baru best,cam korang tak pernah buat lak”…Ish apa aku melalut nie??hahah ok2 jom aku sambung balik cerita aku tadi.Sebelum tu aku nak mintak ‘permission’ korang.Bagi lah aku guna ayat yang biasa budak2 remaja guna penat lah aku nak cerita kat korang satu demi satu guna ayat yang agak ‘skema’.Macam tak kena dengan aku je hahah…ok jom kita sambung balik cerita tu”

Kesokkan harinya,aku terjumpa sekali lagi dengan gadis tu.Kali ni aku harus tanya nama dia.Aku pun dengan muka agak tak malu pun terus pergi berjumpa gadis itu.Aku memperkenalkan diri dengan nama aku lah adddoooii korang nie.Aku pun memperkenalkan diri dengan nama Tengku Azlan Arif dia hanya tersenyum.Dia memberitahu namanya Nor Azlin.Sedap sungguh suaranya menyebabkan jantungku berdegup sangat kencang. Hari demi hari,hubungan kami menjadi lebih rapat.Aku tidak lagi mengacau mana2 budak perempuan.Sikap ku sudah berubah,aku sudah bertekad untuk tidak mengenakan orang sesuka hati.

Azlin telah berjaya merubah diriku.Aku menjadi lebih baik setelah mengenalinya. Semangatku untuk belajar semakin tinggi.Aku bertekad untuk menjadikannya sebagai suri hidupku.Keesokkan harinya,aku bertekad untuk meluahkan perasaan ku terhadapnya.Masa yang dinantikan telah tiba,aku terus meluahkan perasaanku terhadapnya.Setelah aku meluahkan perasaanku entah kenapa wajahnya berubah tiba-tiba.Dia terus menolak cincin yang ingin ku sarung di jari manisnya,katanya ‘kita masih muda perlu focus terhadap pelajaran’.Tapi aku tahu bukan itu sebabnya,laluku mendesak Lin memberitahu sebabnya.Kata Lin,suatu ketika dulu dia hampir bernikah dengan kekasihnya Aris.Tapi disaat mereka hendak dinikahkan,tiba-tiba seorang wanita menghalang pernikahan mereka,rupa-rupanya Aris pernah terlanjur dengan wanita itu dan menyebabkan wanita itu hamil.Peristiwa itu telah merobek hati Lin untuk mempercayai lelaki,kerana seorang lelaki hati dan perasaannya hancur berkecai seperti kaca,kerana seorang lelaki dirinya telah dimalukan sebegitu besar.Sejak hari itu,Lin menjadi pendiam dan membawa diri ke sini.Baru ku tahu apa yang selama ini Lin alami.Aku cuba meyakinkan Lin akan cintaku yang begitu kuat terhadapnya tetapi Lin tetap dengan keputusannya.Hatiku kecewa tetapi Lin meyakinkan ku,jika ku berjaya mendapat ijazah dia mengizinkan aku menjadi miliknya.

Hatiku berbunga riang sejak dari tadi,aku akan ke satu kampung pendalaman untuk menyelesaikan segalanya sebelum aku memperoleh ijazah.Aku terpaksa meninggalkan sahabat2 baik ku.Azrol,Kecik,Mal dan Syah.Sahabat-sahabatku yang sentiasa menemaniku mengenakan orang akhirnya terpaksa jua ku tinggalkan demi masa depanku.Terpancar kesedihan diwajah mereka,tetapi mereka merelakan ku pergi,’terima kasih beb takkan aku melupakan kenangan kita,ada jodoh kita berkumpul kembali’.Sebelum berangkat pergi,aku sempat menemui Lin buat kali terakhir.Aku menghadiahkan foto kami berdua dan dia memberikan satu bungkusan.Sedihnya aku melihatnya.Dalam masa setahun pelbagai peristiwa boleh berlaku.Kata Lin,jika dalam tempoh itu aku beralih arah ,dia redha kerana kasih boleh berubah katanya.Aku mengatakan bahawa cinta dan kasihku hanya untuknya.

Sampai sahaja disana,aku menemui orang-orang kampung,sungguh cantik kawasan kampung itu.Bersih dan indah di tambah pula dengan keramahan orang kampung.Aku merehatkan diriku di rumah yang disediakan oleh ketua kampung.Aku melihat bungkusan yang diberikan oleh Lin sebelum aku berangkat.Cantik sungguh bungkusan yang diberi Lin kepadaku.Aku membuka bungkusan tersebut,aku melihat Lin memberi bola kaca, sungguh cantik.Terdapat juga sepucuk surat yang diberi oleh Lin.Aku membuka membuka surat itu dengan cermat dan teliti.

ASSALAMMUALAIKUM…

Disaat awak membaca surat ini pasti awak sudah sampai ke destinasi awakkan?...jika benar apa yang saya katakan alhamdulilah syukur kerana awak selamat.Terima kasih.. awak telah membahagiakan hidup saya sepanjang perkenalan kita,jujur saya sangat bahagia diatas pemerhatian dan ambil berat awak terhadap diri saya..bertuah saya mengenali awak…sebenarnya saya taknak berpisah dengan awak …tp apakan daya masa depan awak lagi penting…saya tetap mendoakan awak dan akan setia dengan awak.Tapi andainya awak berpaling saya redha…kerana saya akan meredhakan awak dan mendoakan kebahagiaan awak….saya nak awak tahu sebenarnya saya terlalu menyayangi awak….tp saya tetap merelakan awak pergi walaupun hati saya menolak kepergian awak…biar pun 20 tahun sekalipun awak pergi… saya tetap menanti awak….terima kasih sayang..salam sayang dariku

SALAM SAYANG

LIN

Aku tersenyum membaca surat daripada Lin..

‘Ketahuilah saya akan terus menyayangi awak’.

Tidak sabar rasanya untuk aku menghabiskan kursus aku di sini.Lepas segalanya selesai aku pasti akan memperoleh ijazah dan menikahi Lin.Tersenyum aku sendirian memikirkan perkara ini.Aku berharap agar angan-angan ini menjadi kenyataan.Dekat disayang jauh dikenang,tiba-tiba aku teringat akan lagu spin.Lirik tu memang kena dengan diri aku saat ini.Kelakar pun ada,angaukah aku sekarang?ah,biarkanlah yang penting aku ingin menghabiskan segalanya disini.

SATU TAHUN KEMUDIAN…

Masa Berjalan dengan begitu pantas,tidak ku sangka akhirnya aku berjaya jua menghabiskan kursus ku.Setelah aku berjumpa dengan sahabat baikku yang sangat aku rindu,aku pergi berjumpa insan yang memberikan semangat dan paling aku sayangi iaitu Lin.Ternyata Lin amat gembira dengan kepulanganku walaupun Lin agak terkejut sedikit.Tidak ku sangka Lin amat setia terhadap diriku.Cintanya begitu kuat terhadapku dan aku takkan benarkan peristiwa yang pernah berlaku kepada Lin berulang kembali.Lin menunaikan janjinya untuk membenarkan aku menyarungkan cincin di jari manisnya tanda menerima baik cintaku.

Aku gembira dan terus memaklumkan perkara ini kepada kawan-kawan baik ku,maklumlah aku hanya anak yatim piatu tak dapat meluahkan berita gembira ini kepada mak ayahku.Begitu juga dengan Lin walaupun dia mempunyai seorang kakak.Tidak mengapalah yang penting aku dan Lin akan menjadi pasangan suami isteri yang sah,Cuma doa ku agar mak dan ayahku tenang dialam sana..amin..Masa yang ditunggu telah tiba,akhirnya aku dan Lin telah selamat dinikahkan.Akhirnya berjaya jua kami berdua di satukan,terasa indah perjalanan hidup ini apabila cinta yang kami bina dapat disatukan hingga ke jinjang pelamin dan harapan aku agar hubungan ini kekal hingga ke akhirnya.

SATU TAHUN KEMUDIAN…

Lin disahkan hamil.Setelah setahun menanti akhirnya aku akan bergelar seorang bapa.Terasa hidup ini begitu indah apabila menerima perkhabaran itu.Setiap saat aku menjaga Lin dengan begitu baik agar Lin tidak penat maklumlah anak pertama mesti dijaga dengan baik agar tiada perkara yang tidak baik berlaku.Masa yang ditunggu telah tiba.Malam tu,tiba-tiba Lin sakit perut yang amat sangat.Aku tanpa melengahkan masa,terus membawa Lin ke hospital.Hatiku berdebar-debar menunggu di luar wad,hampir luluh jantungku memikirkan hal ini.Aku terus-terusan berdoa agar Lin serta kedua anakku selamat.

Doktor keluar dari wad bersalin dan memaklumkan berita gembira bahawa kedua anakku serta isteriku selamat.Syukur tidak terhingga kerana mereka bertiga selamat.Kami memberikan mereka nama dengan nama Tengku Azmira Adlina dan Tengku Azliya Adlin.Sungguh manis wajah kedua puteriku.Bahagianya aku tak terkata,sungguhku menghargai pengorbanan Lin yang sanggup mengadaikan nyawanya demi dua puteri kami.Sepanjang tempoh berpantang,Lin dijaga oleh kakaknya disamping aku membantu.

BEBERAPA BULAN KEMUDIAN…

Satu tragedi yang telah menggugat kebahagiaanku serta anak-anakku.Petang itu,aku ingin menyambut ulang tahun kelahiran Lin.Segala persiapan telah disediakan.Hanya kawan-kawan baik dan kakak Lin sahaja yang dijemput kerana majlis ini hanyalah kecil-kecilan.Lin meniup lilin diatas kek,kemudian aku memberikan satu kotak berwarna merah kepada Lin.Lin begitu gembira dan terus membuka kotak tersebut.Terpancar kegembiraan diwajah Lin,apabila melihat rantai yang berbentuk hati.Lin mengatakan yang dia sangat gembira menerima pemberianku.

Semasa aku dalam perjalanan ke kereta pada hari yang sama iaitu pada hari lahir Lin,tiba-tiba tanpa aku toleh kiri dan kanan sebuah kereta meluru laju ke arahku.Lin sempat menolak ku ke tepi,dan akhirnya aku melihat tubuh Lin melambung tinggi akibat dilanggar oleh kereta tersebut dan kepalanya terhentak ke atas jalan raya.Aku terus meluru kearah Lin tanpa mempedulikan orang yang ada di situ pada ketika itu.Aku memegang tubuh Lin yang semakin lemah.Buat pertama kali air mata seorang lelaki jatuh menitis,sepatutnya dia mampu melindungi Lin tapi akhirnya hanya airmata yang dapat dititiskan apabila melihat insan yang ku sayangi terlantar di atas pangkuanku.Aku terdengar sayup suara Lin memanggil aku menyuruh aku memberi didikan sempurna kepada Mira dan Liya.Satu pesanan Lin yang menyebabkan hatiku tersentap apabila Lin memohon ampun,memohon makan minumnya di halalkan dan memberitahu bahawa cintanya terhadap diriku begitu besar kalau diizinkan mahu sahaja Lin menemaniku sampai bila-bila namun takdir ALLAH tiada siapa yang mampu menghalangnya…sampai disini sahaja Lin menemani aku.Kata-kata itu benar-benar menusuk hatiku.Aku menghalang Lin daripada bercakap kerana aku tidak sanggup melihat dirinya berusaha memberitahu pesanan yang ingin disampaikan.Sungguh berat penderitaan Lin.Aku mengajar Lin mengucap,selesai mengucap Lin melepaskan genggamannya tanda rohnya sudah tiada lagi dalam jasadnya.Lin pergi diatas pangkuanku,di hari ulang tahun kelahirannya.

Sesungguhnya,dirimu telah tiada lagi disisiku.Meninggalkan diriku dan anak-anaknya.

Sayangku sesungguhnya abang terlalu menyayangi dirimu namun takdir telah menetapkan segalanya.Kau bukan lagi milikku,kau miliknya yang menciptakan dirimu.Abg akan mengingati pesanan ayg.Mendidik dan menjaga anak-anak kita dengan sempurna dan abg nak ayg tahu betapa abg menyayangi diri ayg yang sanggup berkorban nyawa demi abg dan anak-anak.Terima kasih,abg izinkan ayg pergi semoga dirimu bahagia di alam sana.Al-fatihah.Cinta abang terhadap ayg akan terus mekar dan abg akan terus semai.Takkan dapat abg lupakan kenangan kita sampai bila-bila.Terima kasih diatas harta yang Lin tinggalkan kepada abg.Liya dan Mira akan abg jaga dengan baik dan sempurna.Selamat tinggal syg……….

PENULIS:SITI FATIMAH NOR MOHD POUZI…….

0 Orang Berjaya mengetahui kisah DukaKu:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2013 Reserved to Siti

Edited by Cik Amal