Jumaat, 31 Mei 2013

10 Fakta Nak Tahu Dia Seorang KAWAN BAIK

ASSALAMMUALAIKUM!
SELAMAT SEJAHTERA!! :)

Bismillahirrahmanirrahim.Alhamdulilah,kita masih ada di sini lagi hari ini.Walau apa pun keadaan kita,hendaklah bersyukur.Okay mulakan hari ini dengan senyuman dan ketenangan.

Okay,now nak cerita mengenai Fakta kawan baik.Ini adalah pandangan Siti sendiri,berdasarkan perangai kawan-kawan baik Siti.Siapa rasa dia kawan baik Siti,Angkat tangan! Hahaha,Okay let's start,oppsss before that,you must take a breath :)

Okay,let's go :-

1-Awak try hantar mesej "Call Aku jap,urgent!",kalau dia call awak maknanya dia tak nak benarkan awak keseorangan. (Walau pun tak adalah urgent sangat)

2-Awak hadapi masalah,dan update pasal kekecewaan awak dkt fb/twitter/blog.Awak tengok dia perasan tak kekecewaan awak itu.

3-Awak cuba kongsikan masalah awak,dan minta pandangan dia,kalau dia beri maknanya dia memang kawan yg baik.

4-Dia tak pernah malu nak mengaku awak kawan baik dia walaupun awak tak secantik/sehandsome/sehot/sesenang/sepandai dia.

5-Dia selalu marah tindakan awak yg dia rasa kurang betul dan tidak baik untuk awak.

6- Dia orang yg selalu menangis bila awak berada dalam kesakitan yang amat sangat (dalam hospital lah maknanya)

7-Dia menganggap awak adalah sebahagian dalam keluarga dia.

8-Dia TAK pernah kisah langsung mengenai latar belakang keluarga awak atau siapa awak sebelum ni.

9-Dia tak pernah lupakan awak,walaupun awak berada jauh beribu-ribu batu daripada dia.

10-Dia cemburu bila awak lebihkan kawan lain daripada dia, (Ingat couple je ada cemburu,kawan pun ada tau) hehe


Credit to :En.Google

P/S:Itu je yang dapat Siti kongsikan,lain orang lain caranya untuk detect siapa kawan baik dia.Semua ni Siti ambil daripada pengalaman Siti sendiri.Kalau rasa nak try,boleh lah tengok karakter kawan awak tu mcm mana ;) Happy Friday :D

Khamis, 30 Mei 2013

Fast and Furious 6 :D

ASSALAMMUALAIKUM!
SELAMAT SEJAHTERA!! :)

Bismillahirrahmanirrahim.Apa khabar sahabat semua?sihat ke?Kalau sihat Alhamdulilah.Kita patut bersyukur sebab kita masih ada di sini! Di mana?Di atas bumi Allah SWT :')

Okay,now nk cerita mengenai cerita Fast And Furious 6.Ada yang dah tengok?Untunglah siapa yg dah tengok tu,Siti baru je tengok semalam dekat e@curve.Ramai lah jugak yg tgk semalam,padahal semalam kitorg tengok pukul 7 malam --'

For me,cerita ni best walaupun pada mulanya agak slow (normal memang cerita slow pd mula,kalau slow akhir2 tak best pulak kan?),tetapi bila tengok sampai habis,ianya menarik sekali hehe..

Oh yea,cerita ni untuk 18 tahun ke atas je yea? Sebab ada unsur gaduh2 yg tidak elok ditonton oleh kanak-kanak dibawa 18 tahun hehe.

Kalau tanya Siti part mana yg best? Part di mana Dom selamatkan Letty daripada jatuh ke bawah jambatan yg tinggi and ketika kapal terbang terbakar! 

Kalau nak tahu lanjutannya,pergilah tengok :) Siti bagi 5 Bintang! :)


Rabu, 29 Mei 2013

Sannah Helwah Ayah :)

ASSALAMMUALAIKUM!
SELAMAT SEJAHTERA!! :)

Bismillahirrahmanirrahim.Alhamdulilah pagi ni kita dipertemukan lagi.Syukur2.Siti tak nak bebel panjang2,So Siti nk teruskan je yea? 

Firstly,nak wish SANNAH HELWAH to my lovely friend Showba Ahmiraa Khartini.May Allah bless you sayang.Stay strong in your future study.Don't forget me okay?I always be beside you my friends :)

Secondly,SANNAH HELWAH buat ayahanda tercinta Encik.Mohd Pouzi. Nak tengok gambar ayah dan mak yg kacak tak? ;) kejap yea :)

Taraaaaa! Handsome tak?! Of courselah,my lovely dad kan?

Sannah Helwah Ayah,May Allah bless you.Stay happy with us okay?You're my first love until i die! Remember this! I always love you.You're the great father in our heart.I love you :)

Selasa, 28 Mei 2013

Johor Darul Takzim #JDT

ASSALAMMUALAIKUM!
SELAMAT SEJAHTERA!! :)

Bismillahirrahmanirrahim.Apa khabar?kalian sihat?Yeay Jumpa lgi kita pd malam ni.Wah tak pernah pernah Siti update blog malam malam cenggini kan?Takpe2,rindu dekat korang lah.Tu yg excited nak update.Haip,nak tahu pasal pengalaman menjahit Siti ke? Ha yg belum baca entry tadi boleh Tekan -->SINI 
Okay2,tak nak cerita sebenarnya,nak bg suprise.Tpi tkpe,Siti bg Teaser dlu boleh? Hehe Cer tgk gmbr ni -------->
Entry yg ni bakal bersambung Jumaat nanti :)

Back to our title,Okay malam ni penentuan bola antara Pahang dan JDT (shortform for Johor Darul Takzim).Kelantan confirm ke Final,so #Johorean! Wish Our team luck.Excited nk jumpa JDT  dkt final! Doa sama2 k? :) Harimau mesti mengganas.Luaskan Kuasamu Johor! 

Psssttt Siti mmg anak jati Johor! 01 kan hihi :D

International Tailor...

ASSALAMMUALAIKUM!
SELAMAT SEJAHTERA!! :)

Bismillahirrahmanirrahim,apa khabar kalian semua?Sihat?Alhamdulilah.Bersyukur ke hdarat Allah,kerana sesungguhnya awak adalah insan bertuah kerana masih berpeluang melakukan ibadat di bumi Allah ini.

Itu muqadimah,biasalah muqadimah dia berunsur nasihat sikit.Kejap kejap kejap! Tengok title dulu! International Tailor?Amboi Siti jumpa Tailor Antarabangsa ker?Ke Siti ni Tailor Antarabangsa ? haha
Nampak Beno nipunyer bhahaha.Taklah,Siti bukan Tailor Antarabangsa,tak juga jumpa tailor antarabangsa.
Siti ni cuma bakal tailor sikit2 je.

Mana lah layak nak jadi tailor kan?Cuma kalau ada ilmu sikit2 tu elok untuk masa depan kita.Today nak pergi kelas menjahit selama seminggu dekat giat mara! WHAT?! GIATMARA?! Ada ke orang terkejut macam ni?Chill sayang,Siti just pergi GiatMara tu sampai jumaat ni je.Siti tk adalah nk pergi kursus menjahit yg sungguh2 kursus jahit.

Dapat ilmu sikit pun jd lah,baru namanya perempuan.Cewahhhhh! Hehe Doakan Siti tau.Love you Blogger Friends :DD


Isnin, 27 Mei 2013

Doa Awal Pagi :)

ASSALAMMUALAIKUM!!
SELAMAT SEJAHTERA!! :)

Bismillahirrahmanirrahim,Alhamdulilah,syukur ke hadrat Allah kerana masih diberikan peluang untuk kita bertemu dan berkongsi cerita.Sihat tak sahabat ku?Harap-harap kalian sihat la ye.Okay ada yg monday blues tak?Haishhh tk baik,start hari dgn senyuman yg indah itu baru best.

Okay takpelah,siti share satu doa,mana tahu boleh buat hidup korang ceria harini.Okay jangan lupa baca basmalah sebelum start yea. :')

Bismillahirrahmanirrahim :-


Semoga hari2 sahabat indah dan ceria.Aamiin...

Ahad, 26 Mei 2013

Barakallah Ustaz Azar Idrus

ASSALAMMUALAIKUM!
SELAMAT SEJAHTERA!! :) 

Bismillahirrahmanirrahim,Alhamdulilah kita bertemu lagi pada saat ini.HAHA,ayat Siti agak poyo sedikit.Siti sebenanrnya excited je nak update blog.Maklumlah dh berwajah baru,mestilah rindu je nak tgk.Makanya,Siti pun excited lah nk menjadi YB,dengan melawat blogger2 sekalian hahahah.Kepoyosanku terserlah bahaha

Ucapan terima kasih sekali lagi kepada Cik Amal atas kesudian membantu Siti untuk mengedit blog Siti.I really really love my blog now! hehe. Okay2 back to our title.Jeng jeng jeng,betul ke Ustaz Azhar Idrus sudah bernikah satu lagi?It's mean 3 org?Masya'Allah,Alhamdulilah beliau mampu untuk menambah isteri satu lagi.Moga menjadi suami yg adil.Jangan ada yg pertikaikan ye?Doakan yang terbaik sudah :)

 Sumber gambar daripada internet
Barakallahula kuma wabarakah alaikuma wajamaa bainakuma fi khair Ustaz Azhar Idrus dan isteri :)

Jom Belajar Bahasa Syurga.

ASSALAMMUALAIKUM!!
SELAMAT SEJAHTERA! :)

Bismillahirrahmanirrahim.Alhamdulilah kita masih bertemu lagi pada hari ini.Syukur syukur ke hadrat Allah SWT.Kalian dah ucap syukur ke hadrat Allah ke belum?Kalau dah Alhamdulilah. Bi idznillah , Inshaallah kull khayr ! Ameen , Barakallahu fiek.Now let's zikir together :D
Okay dah baca?Alhamdulilah,bagus2.Baru seronok kita nak start entry nie.Orang kata kalau nak belajar kita kena mulakan dengan nama2 Allah.Baru barakah kan? :D Okay,Siti ni paling suka 4 bahasa ni,iaitu bahasa Melayu,Inggeris,Mandarin and arab.Siti tak pandai sangat,but sekarang masih dalam tempoh belajar,makanya ilmu masih sebesar semut.Allahu,sedikitnya ilmu siti.Benar orang kata,semakin kita belajar,semakin kita rasa diri kita ini kurang cerdik.Siti bukan nk tunjuk baik,tapi Siti nak kita berkongsi dalam ilmu.Baru best kan?

Okay,Siti mengaku,Siti tak ada pun pergi kelas belajar bahasa arab.Apa yang bakal Siti tunjuk nanti adalah copy & paste daripada facebook.MasyaAllah,semoga Allah memberikan pahala yang melimpah ruah kepada hambaNya itu yg berkongsi ilmu dengan sobat semua.

Siti cuma sampaikan,maka Siti harap kita praktikkan ilmu baru ni.Tak banyak pun,1 pun jadilah.Ilmu kalau kita tuntut bawa pahala.Apantah lagi bahasa syurga.Moga lepas nie kita boleh amalkan.Jom tengok :-


1. Salam ukhwah fillah - salam persahabatan kerana Allah .
2. Ukhti - kakak atau saudara perempuan .
3. Akhi - abang atau saudara lelaki .
4. Zauj - suami .
5. Zaujah - isteri
6. Assif jiiddan - i'm really sorry
7. syukran-afwan - terima kasih - sama-sama
8. Ukhuwwah Fillah Abadan Abada - persaudaraan kerana Allah selama-lamanya
9. fa'iza 'azamta fatawakkal'alallah - setelah kamu berazam maka bertawakkal lah
10. iinni akhafullah - sesungguhnya aku takutkan Allah
11. mafi qalbi ghairullah - tiada apa di dlam hati selain Allah
12. Lau samahta - excuse me
13. Naltaqi ghadan - kita jumpa lagi esok
14. Ilalliqa' - Moga bertemu lagi
15. Syafaakallah - Moga Allah menyembuhkan awak – lelaki)
16. Syafaakillah -Moga Allah menyembuhkan awak – perempuan)
17. taffadhol - silakan
18. la aadri - saya tak tahu
19. ma fi musykilah - tiada masalah
20. Bitaufiq wannajah - semoga mencapai kejayaan
21. Jazakallahu khairan kathira - Semoga Allah memberi/menambah kebaikan yang banyak kepadamu
22. Wa iyyaka - dan ke atas kamu juga (jawapan utk jazakallahu khairan kathira)@Allahukhairujaza' - Allah adalah sebaik-baik pemberi
23. fahimtum - adakah anda faham ?
24. fahimna - kami telah faham
25. sobahalkhair - selamat pagi
26. ijtahid wala taksal - bersunggguh-sungguh dan janganlah kamu malas
27. La Tahzan Innallaha Maana - Janganlah bersedih , sesungguhnya Allah bersamamu .
28. Kafaa bilmauti waa-'izhan - cukuplah kematian itu menjadi peringatan
29. Bi idznillah , Inshaallah kull khayr ! Ameen , Barakallahu fiek - dengan izin Allah , inshaAllah semuanya baik ! Aamiin , semoga Allah merahmati kamu
30. masa ul khair - selamat petang
31. Tushibu 'alal khair - selamat malam
32. Na'am - Ya
33. yallah yallah bisura'h - mari-mari cepat(lekas2)
34. ismahli ya ustaz/ustazah,uridu an azhaba ilal dauratul miah ?-tumpang tanya wahai ustaz/ustazah , bolehkah saya ingin ke bilik air ?
35. sannah helwah - happy birthday
36. ana aidon - saya juga
37. Maas salamah - Selamat tinggal
38. alaa khoirin wa afiyyah - dalam keadaan baik dan sihat
39. nin sain ? - kamu ada dimana ?
40. ayyuhidma alaik - apa yang boleh saya bantu
41. Barakallahu fik - Semoga Allah memberkati kamu
42. Dai'e - pendakwah
43. Allah ghoyatuna - Allah tujuan kami
44. Ar-Rasul qudwatuna - Rasul teladan kami
45. Al-Quran dusturna - Al-Quran panduan kami
46. Al-Jihad sabiiluna - Jihad jalan kami
47. Al-Mautu fi sabilillah asma amanina - syahid cita tertinggi kami
48. Innallaha ma’ana - sesungguhnya Allah bersama kami

P/S:Selamat menuntut ilmu.Kalau ada lgi sila berkongsi yea?Siti suka kalau kongsi ilmu :D Barakallahu Fik Sobat. :)

Sabtu, 25 Mei 2013

Thanks to Cik Amal ;)

ASSALAMMUALAIKUM!
SELAMAT SEJAHTERA!!

Apa khabar sahabat blogger sekalian?Alhamdulilah,syukur kehadrat Allah,kita masih dipertemukan pada hari ini ;) Siti tgh excited ni,sbb blog siti dh berubah wajah! Suka tak suka tak?? Haruslah suka,kalau tak suka pergi main jauh jauh shuh shuh hahahaha

Relaks relaks jgn mrah Siti gurau je tadi.Wink wink. Okay,nampak tk header Siti dh bertukar?dgr tak lagu siti dh berubah?dgr tk dgr tk? Ha,kita patut bg ucapan  Tahniah dan terima kasih kepada Cik Amal   
kerana berjaya me"renovate"kan blog Siti yg serba serbi daif ni haha.

Ayatku,sangat poyo dah gediks hahaha.Takpe takpe,yang penting Siti nk berterima kasih sgt2 dkt Cik Amal.Siti sangat suka dgn blog baru Siti ni hehe.Okay thanks for reading.

sayacikamal.blogspot.com

Thanks my kwn2 blogger hehe

Jumaat, 24 Mei 2013

My New life.More interesting...

ASSALAMMUALAIKUM!
SELAMAT SEJAHTERA!!

Apa khabar sahabat di blog ku? Harap2 kalian berada dalam keadaan yg sihat dan berada dalam lindungan Allah SWT.Dah lama tak merajinkan diri dengan meng"update" blog kan?Maaf lah,siti berada dalam keadaan yg sangat malas dan tak rajin hahaha (eh sama je kan?) 

Okay let's start.Siti nak cerita sedikit mengenai life Siti yg baru.Tepat 8 mei yg lepas,Siti telah memulakan pembelajaran baru di tingkatan 6 dalam bidang kemanusiaan.Seronok,walaupun pada permulaannya Siti berada dalam keadaan keliru sama ada keputusan Siti ini tepat atau tidak.

Namun,kini Siti yakin,keputusan Siti adalah benar.Bertemu sahabat yg baru suatu yg menakjubkan.Terima kasih yaAllah atas ukhwahMu ini.Siti seronok,belajar berbagai-bagai ilmu yg selama ini siti tk pernah alami.Dan benda yg paling seronok ialah hanis dan wan kini berada di sisiku.Syukur,kwn yg seiras faz pun ada disitu.

Moga,Siti lebih sukses dalam tingkatan 6 bersama-sama rakan2 tercinta.Siti tk ada idea sgt ni,makanya maaf tau kalau Siti punya entry kali ni tk menarik hahahah chowwwww. ;)


Sabtu, 4 Mei 2013

Start menulis cerita cereka .. ^_^

ASSALAMMUALAIKUM!
SELAMAT SEJAHTERA!! :)

Bismillahirrahmanirrahim.Apa khabar?Sihat tk?Kalau sihat Alhamdulilah,rasa mcm dah lama Siti tak menulis di blog yang paling Siti cinta dan syg ni :D. Just wanna say congratulation to Puan Helma.Semalam beliau selamat melahirkan baby boy dekat pejabat sekolah SMK SEKSYEN 10 KOTA DAMANSARA. Mengikut fakta sejarah KD10,itu adalah bayi pertama sekolah kami,for sure gempar lah sekolah den tu ha hehehe.Apapun moga menjadi khalifah dibumi Allah ye syg :*

Okay,Siti nak bagitau yg sekarang ni Siti dah start menulis,cerita or cerpen.Now dalam proses lah,sbb nk dptkan idea tu bukan mudah.Kena bnyk membaca baru idea tu muncul hehehe.Apa-apa pun doakan Siti ye?Siti akan keluarkan dkt blog bila dah siap nnti..

Yeahhhh.Excited! :DD



Rabu, 1 Mei 2013

1st BABY GIVEAWAY BY KMLIAHSHM

ASSALAMMUALAIKUM!!
SELAMAT SEJAHTERA! :)

 Klik link tu untuk join...

Bismillahirrahmanirrahim.Yeay kita jumpa lagi.Ada giveaway best ni.So Siti nk cuba nasib,mana tahu ada rezeki kan?? :P

Okay,now Siti nk bg sebab kenapa Siti nk join :-

1-Hadiah giveaway ni best sgt2.Geram Siti...
2-Then sbb rasa nk cuba nasib,rezeki kita siapa yg tahu kan?
3-Sbb blogger ni adalah antara blogger yg bg hadiah yg menarik untuk siapa yg join giveaway dia heheeh
4-Mana tahu boleh jd hadiah istimewa untuk siti pd 1st May.Manalah tahu kan :P
Tag kawan : Kak Lea


P/S:Selamat menjoinkan diri :DDDD

Lupa Al-Quran.......

ASSALAMMUALAIKUM!!
SELAMAT SEJAHTERA! :)

Bismillahirrahmanirrahim.Apa khabar?Sihat?Alhamdulilah kalau sihat.Title Siti mcm tk kena je kn?Kenapa dgn Siti ni?Maaf kalau ada yg terasa,tpi baca dulu sampai habis.Baru judge okay?Siti terjumpa sesuatu mengenai Al-Quran dalam fb,so kita baca dulu okay syg? :')


Pesakit: "Abang jururawat, best ke kerja di hospital? Dah lama ke kerja sini?"

Abang misi: "Bolehlah. Nak kata best, ada juga stressnya. Tapi, selama 5 tahun kerja di sini, dapat banyak pengalaman yang bernilai yang orang luar di sana takkan dapat rasa."

Pesakit: "Apa yang best sangat tu? Nurse-nurse lawa-lawa eh?"

Abang misi: "Bukan. Tu tak best. Ada yang lagi best."

Pesakit: "Wah, apa dia?"

Abang misi: "Di sini setiap hari saya lihat pesakit meninggal dunia. Kerja saya uruskan kencing berak mereka, bersihkan mereka hinggalah ke urusan jenazah. Apa yang saya lihat sepanjang saya bekerja di hospital ni, betapa ramainya di antara mereka yang sudah meninggal..sebelum meninggal meminta-minta sama ada dari waris atau jururawat untuk pegang naskhah al-Quran. Ada yang tak boleh baca, ada yang suruh kami bacakan. Ada juga yang tidak sempat sentuh al-Quran, tak sempat baca al-Quran, Allah telah pun mengambil nyawa mereka. Bila dibacakan sahaja al-Quran pada mereka, berlinangan air mata.

Saya lihat betapa orang-orang yang berada di akhir nafas, majoriti nak sangat sentuh al-Quran. Kalau boleh, nak mati dengan peluk al-Quran. Pengalaman-pengalaman yang saya lalui di sini buat hati ini insaf. Sedar satu perkara yang sangat penting."

Pesakit: "Hm. Apa dia?"

Abang misi: "Apa yang kita biasa pegang ketika kita masih sihat, apa yang kita biasa baca dan belai ketika masih hidup gembira tika tak datangnya sakit...itu jugalah yang kita akan dapat pegang dan sentuh di akhir hayat. Jika kita selalu pegang handphone di tangan setiap masa, sibuk dengan gajet di tangan dan lalai kerananya, agak-agak di akhir hayat kita nanti...dapatkah kita sentuh dan pegang al-Quran? Sedangkan tangan kita tak biasa pegang al-Quran, sehari sekali pun susah nak belai dan belek al-Quran apatah lagi membaca atau mentadabburnya...Allah...Allah...

Sungguh, kita dah tak perlu handphone atau gajet di akhir nyawa kita..kita sangat memerlukan al-Quran...barulah kita sedar masa itu apa yang dah kita rugi...Allah..Allah..."

Pesakit: "(menitis air mata.....) Abang..bacakan saya al-Quran...saya tak boleh baca..buta tajwid... :( "

Abang misi tersenyum. Dikeluarkan al-Quran mini dari kocek bajunya.

*NOTE : Al-Quran sepatutnya dicari ketika diri masih sihat walafiat..supaya tika sakit tidak berdaya nanti, ianya tetap di hati..walau orang tak bacakan utk kita..kita boleh baca sendiri surah2 pendek yang kita dah hafal.. (n_n")v
P/S: Betul,Al-Quran bukan dicari saat maut sedang menanti,tetapi al quran dicari saat sihat masih kita miliki.Siti nasihat diri sendri juga.Moga kita sentiasa beristiqomah :')

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2013 Reserved to Siti

Edited by Cik Amal