Sabtu, 4 Februari 2012

CERPEN | Terima Kasih Ya Allah (Part II)


        TERIMA KASIH, YA ALLAH ( Part II)

Aku meneruskan hari-hari yang sepi tanpa kehadiran sahabat karibku.Aku terlalu merinduinya.Aku cuba menjadi sekuat yang mungkin.Airmata aku menitis tatkala mendengar bait-bait lagu Sahabatku daripada kumpulan nasyid Devotees,lagu itu yang sering kami berdua nyanyikan kerana bagi kami lagu itu menggambarkan persahabatan yang sebenar.Kini,lagu itu hanya kenangan yang tidak dapat aku lupakan.Walau di mana aku berlari,suara Aishah tetap terngiang-ngiang,gelak tawanya,paling aku tak dapat lupa tentang Aishah,kemerduan suaranya apabila mengalunkan ayat-ayat suci Al-Quran.Airmata aku pasti menitis tatkala mendengar ayat-ayat suci yang dibaca oleh umi kerana suara umi saling tak tumpah macam arwah Aishah.Lamunan aku terhenti apabila ditegur oleh umi.
“Anis,kenapa kamu termenung ni?masih teringat pada arwah Aishah?
“Eh umi,tak perasan pulak Anis,hurm ya umi,Anis tak dapat melupakan arwah Aishah,maafkan Anis kerana Anis terlalu lemah apabila mendengar suara umi”
Umi seolah-olah mengerti perasaan aku ketika itu.Aku melihat mata umi sudah berkaca.
“Umi,maafkan Anis, Umi,Anis tak berniat membuat umi menangis”sambil memeluk Umi.
“Tak mengapa sayang,yang pergi tetap akan pergi,dah solat belum?mari kita solat jemaah bersama-sama”
“Belum lagi umi,sebentar ya Anis mahu ke tandas mengambil wuduk”
“Baiklah”,kata umi kepadaku sambil tersenyum.
Hari berganti hari,bulan berganti bulan namun kenangan aku bersama Aishah masih belum dapat aku lupakan.Walaupun peristiwa itu sudah hampir tiga bulan berlaku,namun aku masih belum dapat melupakan Aishah.Esok adalah hari untuk pelajar-pelajar berusia 18 tahun mengambil keputusan SPM,berdebar-debar aku menunggu keputusan SPM.Umi,walid dan adik-adik arwah Aishah hadir menemaniku,tiba-tiba namaku diumum sebagai pelajar cemerlang.Nama arwah Aishah jua disebut antara pelajar yang cemerlang,airmata umi dan walid menitis,entah apa yang berada di fikiran mereka,mungkin bangga dengan kejayaan arwah Aishah.Aishah memang anak yang baik,semasa hidupnya,dia sering membantu keluarganya dan membuat keluarganya sentiasa tersenyum,kini Aishah mengulanginya sekali lagi biarpun Aishah tiada bersama-sama kita pada hari ini.Airmata aku menitis tatkala mengingati perkara tersebut.
  “Tahniah,Anis,umi dan walid begitu bangga dengan kamu nak”,kata umi sambil memeluk aku.
“Terima kasih umi,walid,semua ni berkat doa umi dan walid.Bagusnya sekiranya Aishah bersama kita berkongsi kebahagiaan ini…..”,kata-kataku terhenti di situ.
“Kita doakan roh Kak Aishah selamat bersama-sama golongan-golongan yang beriman”,kata adik bongsu Aishah,Khadijah.
“Amin”,kata kami serentak dalam keadaan yang sayu.
Aku mendapat tawaran untuk sambung belajar ke Mesir selama 3 tahun dalam jurusan perubatan.Keputusan aku disokong penuh oleh keluarga aku.Hari jumaat merupakan hari terakhir aku di Malaysia,aku akan berangkat ke Mesir.Aku selamat sampai ke Mesir.Aku berada di Mesir dengan satu niat iaitu menuntut ilmu.Sepanjang berada di Mesir,aku mempelajari pelbagai ilmu.Pada suatu hari,ketika aku tergesa-gesa ke kuliah,aku terlanggar seorang lelaki,habis bertaburan buku-buku kami.Aku berkali-kali memohon maaf,namun dia hanya tersenyum sahaja.Sejak dari hari itu,aku tidak pernah melihat jejaka itu lagi.Tiga tahun aku berada di Mesir cukup-cukup membuatkan aku puas,puas kerana berjaya memiliki ilmu yang aku ingini.Aku pulang dengan gelaran seorang doktor.Keluargaku sudah berada di lapangan terbang ketika aku menjejakkan kaki ke Malaysia.Aku sekeluarga merancang ingin mengerjakan umrah sebelum meneruskan tugasku sebagai seorang doktor.Sepanjang aku berada di Mekah,wajah lelaki yang aku terlanggar ketika berada di Mesir dulu terbayang-bayang di bayangan aku,ketika aku bermohon di depan Kabbah mengenai jodohku.Ketika membeli barang-barang di Mekah buat teman-teman di Malaysia,sekali lagi aku terlihat jejaka itu.Dia seolah-olah perasan aku memandangnya.Tiba-tiba jejaka itu menegur aku.
“Assalammualaikum,bukankah saudari yang saya temui ketika berada di Mesir 3 tahun yang lepas?”,kata jejaka tersebut.
Aku mengangguk.
“Siapakah nama saudari?”,kata jejaka tersebut,mungkin tidak berpuas hati kerana tidak menjawab persoalannya tadi.
“Anis.Puteri Anis Sofea”,kataku sambil tersenyum.
“Oh,sedap nama cik Anis,nama saya Muhammad Shahril Amir,boleh panggil saya Amir”,katanya sambil tersenyum.
“Oh ok,encik Amir…”,kata aku namun dipotong olehnya.
“Jangan panggil encik,panggil sahaja Amir”.
“Kalau begitu panggil saya Anis”.
“Baiklah Anis”,katanya kepadaku.
“Maaflah saya harus pergi,selamat tinggal”,kataku kepadanya.
“Baiklah selamat tinggal”.
Hubungan kami terputus sekali lagi.Kami sekeluarga selamat pulang ke Malaysia.Aku mendapat tawaran bekerja di Hospital Kuala Lumpur (HKL).Segala ilmu aku gunakan untuk melakukan tugas yang diberi oleh Allah.Bekerja sebagai seorang doktor,bukan suatu tugas yang mudah,sehinggakan aku tiada masa untuk mencari jodoh untuk diriku.Aku pulang ke rumah keluarga aku di Kuala Selangor setelah permohonan cuti aku diluluskan.Aku bersembang-sembang bersama adik-adikku iaitu Khadijah dan Sumayyah.Tiba-tiba umi dan walid bertanya soal jodoh.
“Anis,sudah ada buah hati?”,kata umi.
“Belum lagi umi,kerja Anis sebagai doktor membataskan Anis untuk mencari pasangan hidup,kenapa umi tanya begitu?”,sambil memandang umi.
“Baguslah begitu”, kata walid kepadaku sambil tersenyum.
“Umi,walid,apa maksud umi sebenarnya ni?kenapa tiba-tiba tanya anis begitu?”.
“Sebenarnya,sabtu lepas ada orang masuk meminang Anis,umi tengok dia baik sangat”.
“Masuk meminang Anis?”,pelbagai persoalan timbul.
“Kenapa Anis tak suka ke nak?kalau tak suka umi tolak sahaja pinangan Shahril”.
“Anis tak kata Anis tak suka umi,walid,tapi siapa Shahril tu?”.
“Shahril anak kawan baik umi dan walid.”,kata umi.
“Umi dan walid suka dengan Shahril?”.
Umi dan Walid tersenyum kepadaku sambil mengangguk.
“Kalau umi dan walid benar-benar suka kepada Shahril,Anis setuju dengan pinangan tu”.
“Anis bersetuju dengan pinangan tu,walaupun Anis tak kenal bakal suami Anis dan tak mencintai suami Anis?Anis terima kerana kami ya?”,kata walid.
“Walid,Anis tak perlu mencintai bakal suami Anis kerana Anis tahu jodoh itu datang dari Allah,Anis percaya pada pilihan umi dan walid”,kataku kepada Umi dan Walid.
Umi dan walid seolah-olah gembira dengan keputusanku.Hari yang dinanti-nantikan akhirnya tiba.Hatiku berdebar-debar kerana aku tidak mengetahui siapa ‘imamku’.Aku kini sah menjadi milik Shahril.Aku terkejut apabila ketika membatalkan air sembahyang,aku terlihat lelaki serupa Amir memasuki bilikku.Baru aku tahu bahawa suamiku adalah Amir,jejaka yang aku jumpa ketika di Mesir dan Mekah.Benar jodoh itu pasti ada pada setiap makhluk Allah.Aku kini yakin,Amir adalah jodohku.Aku kini mempunyai tanggungjawab yang baru iaitu sebagai seorang isteri.Amir begitu penyayang,dia mengasihi aku dengan sepenuh hatinya.Aku begitu menghargai cinta selepas kahwin ni.Setelah hampir setahun lebih berkahwin,akhirnya kami memiliki sepasang kembar perempuan yang diberi nama Puteri Aishah dan Puteri Azira.Umi begitu gembira menerima berita itu.Mereka bercadang untuk melawat aku di rumahku dekat Kuala Lumpur,namun kelibat mereka masih belum aku nampak.Mereka sepatutnya sampai pada waktu-waktu ni.Tiba-tiba aku mendapat panggilan daripada pihak polis.
“Maafkan saya,Puan.Anis adalah keluarga Encik Ahmad?”, kata polis tersebut.
“Ya saya?kenapa encik….?”.
“Encik Ahmad terlibat dalam kemalangan jalan raya bersama-sama isteri dan anak-anaknya,puan diminta hadir ke hospital”,kata polis tersebut.
Aku terduduk dan terus mengajak suamiku ke hospital.Saat itu aku teringat peristiwa ketika aku di tingkatan lima,mama dan papa meninggalkan aku.Aku menangis sekali lagi,buat kali ketiga.Pemergian keluarga aku begitu menyedihkan,mujurlah suamiku sentiasa berada disisiku kala susah dan senang.Aku yakin,setiap ujian yang Allah beri pasti ada hikmahnya.Terima kasih Ya Allah kerana engkau masih mengujiku,kerana aku tahu Allah menyayangi hamba yang sabar dan tabah menghadapi ujiannya.Aku meneruskan hari-hari yang mendatang tanpa kehadiran keluargaku.Saat ini aku seharusnya berkongsi kegembiraan ini bersama mereka,namun kegembiraan itu hanyalah bersifat sementara,tapi aku percaya kesedihan itu pasti membawa kegembiraan jua cuma masanya belum tiba.Entah apa ujian yang bakal aku hadapi kelak,perit atau gembira,tapi aku akan cuba menghadapi sebaik mungkin kerana prinsipku ‘Allah tak kan menguji kita,kalau Dia tahu kita tak mampu menghadapinya”.
Walaupun peristiwa kehilangan keluargaku sudah hampir tiga tahun berlaku,namun peristiwa itu masih segar dalam ingatanku.Aku meneruskan kehidupanku sebagai seorang doktor dan seorang Umi serta isteri buat suami dan anak-anakku.Kini,Aishah dan Azira sudah genap tiga tahun.Aku tidak mahu pisang berbuah dua kali.Aku tidak mahu anak-anakku mengulangi kesilapan yang aku lakukan ketika hayat mama dan papa.Aku tidak mahu,anak-anakku terlalu bermanja dengan kesenangan hidup,aku ingin mereka hidup dalam keadaan yang sederhana sahaja.Aku tidak nafikan setiap kali aku keseorangan,aku termenung mengingati arwah mama,papa,Aishah,umi,walid,Khadijah dan Summayyah.Mereka yang menceriakan hidupku dengan kehidupan yang bagiku begitu sempurna.Airmataku jatuh menitis setiap kali mengimbau kenangan bersama mereka dan doa aku buat mereka takkan pernah putus.
“Ya,Allah tempatkan mereka yang telah pergi bersama-sama golongan orang-orang yang beriman,sesungguhnya hanya engkau yang lebih mengetahui….”.
“Anis….”,suamiku memanggilku.
“Ya abang,kenapa?”,kataku kepadanya.
“Dah siap?anak-anak kita dah lama tunggu awak”,kata suamiku sambil tersenyum.
Aku mengesat airmataku.”Dah lama dah siap,mari kita pergi”,aku ingin berlalu pergi untuk menyembunyikan kesedihanku kepada suamiku.Lantas Amir menarik tanganku.
“Awak menangis ya?”.
“Mana adalah,tadikan saya kupas bawang,mata saya masih pedih lagi”,kataku yang masih cuba merahsiakan kesedihanku.
“Anis,awak tak payah nak tipu abang,kita dah berkahwin hampir empat tahun dah,abang kenal sangat dengan buah hati abang ni”,katanya mahu memujukku.
“Maafkan Anis,Abang.Anis tak ada niat untuk menipu abang cuma……”,kata-kataku dipotong oleh suamiku.
“Cuma,awak masih merindui mereka yang telah pergi bukan?”.
Aku hanya mengangguk.Tidak berani menjawab soalannya apatah lagi memandang matanya yang sedari dulu lagi mempunyai pandangan yang tajam.
“Sayang,yang pergi tetap pergi.Abang tetap ada disisi sayang bersama-sama anak-anak kita sehingga ke titisan darah abang yang terakhir.Insya’allah.”sambil tersenyum dan ingin menarikku ke dalam pelukkannya namun kami ditegur oleh Aishah dan Azira.
“Umi! Ayah!,buat apa lagi ni cepatlah! Kitaorang tak sabar nak keluar berjalan-jalan ni”,kata mereka berdua serentak.
“Baiklah,mari kita pergi ya puteri-puteri ayah”,kata suamiku memujuk anak-anak kami yang masing-masing sudah menarik muncung yang panjang kerana menunggu kami begitu lama.
“Siapa merajuk dengan umi dan ayah,dia tak dapat ikut pergi jalan-jalan”,gertakku kepada mereka.
“Ala,umi suka macam ni,baiklah kami tak merajuk lagi”.
Aku dan suamiku tersenyum kerana berjaya memujuk mereka biarpun dikatakan menggunakan ‘taktik tipu’.Aku berasa puas kerana melihat Aishah dan Azira begitu gembira dengan percutian kali ini.Bukan mudah untuk aku dan suami untuk meluangkan masa bersama mereka dan bila mempunyai peluang kami akan cuba sedaya yang boleh untuk menggembirakan mereka.Kegembiraan kami hanyalah bersifat sementara apabila kereta kami dilanggar sebuah kereta.Ketika itu pandanganku begitu kelam.Apabila aku sedar,anak-anakku sudah menangis di tepi katil sambil ditemani nenek mereka,mujurlah mereka cedera ringan sahaja,cuma kelibat suamiku masih belum aku nampak.Aku bertanya kepada mak mentuaku di mana Amir.
“Mak,Amir mana mak?”.
Mak menangis.“Amir….”,kataku mak terhenti di situ.
“Kenapa dengan abang,mak?!”,pintaku kepada mak sambil ingin mencabut jarum yang ada pada tanganku.
“Amir masih koma di wad sebelah”,kata mak sambil menangis.
Aku terdiam dan menangis.Aishah dan Azira terus memelukku.Sudah seminggu aku berada di hospital,akhirnya aku keluar jua daripada hospital.Aku meneruskan tugasku untuk menjaganya di hospital.Airmataku sudah kering,namun aku percaya suamiku akan sedar jua,aku yakin.Kini,hospital merupakan rumah kedua buat suamiku.Sudah hampir sebulan Amir berada di hospital,namun masih tidak sedar-sedar lagi.
“Abang….bangunlah,dah sebulan abang tak sedarkan diri,anak-anak kita rindukan abang termasuk Anis,abang”,kataku kepada suamiku sambil memegang tangannya.
“Abang kata,abang akan sentiasa bersama Anis menempuh hari-hari yang mendatang,tapi….kenapa abang masih terbaring kaku di katil ni?abang…bangunlah,Anis rindukan abang,rumah kita sunyi tanpa gurauan abang,Anis dah tak tahu nak jawab apa dekat anak-anak kita bila mereka tanya ‘lama lagi ke ayah akan koma,umi?’,Anis dah tak kuat nak jawab soalan mereka,abang cepat sedar tau”,tanpa disedari airmataku jatuh menitis di tangan suamiku.Tanpa disedari,jari-jemari suamiku bergerak dan matanya sudah mula terbuka.
“Abang!! Abang dah sedar?! Ya Allah,syukur Alhamdulillah”,kataku sambil mencium tangannya,namun suamiku menarik tangannya.
“Abang? bila masa aku berkahwin? kau siapa? Aku tak kenal kau langsung”,kata suamiku dan memalingkan mukanya ke tempat lain.
Aku tersentap,namun masih boleh bersabar.“Abang….ni Anis,isteri abang,kita dah berkahwin hampir empat tahun berkahwin dan mempunyai sepasang kembar perempuan,Aishah dan Azira yang sudah berusia tiga tahun”,kataku sambil memegang tangannya.
“Ah! kau bohong bukan?! Kau sengaja mengaku aku suami kau,perempuan tak guna! Keluar kau dari bilik ni,aku tak mahu tengok muka kau lagi”,kata suamiku bengis.
“Abang….kenapa dengan abang,ni Anis isteri abang,ini bukan perangai abang”,pujukku sambil menangis.
“Tak payah kau menggunakan airmata kau untuk membuat aku simpati! Keluar kau dari sini!”
“Doktor! Tolong!”,jeritku.
Seorang doktor dan dua orang jururawat meluru masuk ke dalam bilik dan doktor tersebut menyuntik ubat penenang kepada Amir.Aku bertanya kepada doktor tentang penyakit sebenar suamiku.
“Doktor,apa sebenarnya penyakit suami saya?adakah suami saya menghidap Alzheimer?”.
“Beginilah doktor Anis,memang benar suami doktor menghidap Alzheimer”,kata doktor tersebut.
Aku terdiam. “Bersabarlah doktor,pasti suami doktor akan mengingati doktor kelak”,doktor tersebut memberi kata-kata semangatku kepadaku.
Aku tersenyum kelat.Sudah hampir dua bulan suamiku ‘melupakanku’,entah kenapa aku tidak pernah dia ingati sedangkan mak dan ayahnya serta anak-anak masih boleh dia ingati dan aku masih dia anggap seperti ‘perempuan tak guna,perempuan murahan’.Entah apa dosa yang telah aku lakukan.Hari-hari aku mendengar kata-kata cacian dan hinaan,kalau dulu,aku hanya diberi ucapan romantis,kini setelah dia sedar daripada koma,cacian dan hinaan seolah-olah merupakan ‘makananku’.Aku rapuh setiap kali mendengar cacian daripada suamiku,namun aku tetap tabah kerana aku percaya Allah masih bersama-samaku.Mujurlah kawan-kawan,keluarga mentua dan anak-anak sentiasa memberikan kata-kata semangat.Kami tidak lagi tinggal sebumbung,malah aku langsung tidak boleh melihat anak-anakku.Benci benar suamiku kepadaku.Mujurlah mak membawa anak-anak berjumpa dengan aku secara senyap-senyap dan aku bertuah kerana memiliki anak-anak yang bijak,tak pernah mereka bercerita kepada ayahnya mengenai pertemuan kami.
Hampir setahun aku hidup bersendirian tanpa kehadiran suami dan anak-anak tercinta.Ingatan suamiku masih di tahap yang sama,kebencian demi kebencian yang diberikan oleh suamiku.Aku masih dengan diri aku,mengharapkan keajaiban bakal berlaku,tetapi lain pula yang jadi.Aku mendapat tahu suamiku akan berkahwin dengan wanita lain.Saat mendengar berita itu,aku menangis,sampai begitu sekali kesan hilang ingatan suamiku.Begitu hina aku dimatanya,sehinggakan berita perkahwinannya aku perolehi daripada mulut orang lain iaitu kawan baik suamiku.Di mana hak aku sebagai seorang isteri?.Aku dengar cerita mereka akan bertunang selama setahun,dan sanggup suamiku berkata bahawa anak-anakku sudah tiada ibu dan dia sudah tiada isteri sedangkan hakikatnya aku masih hidup,masih kuat untuk mencari rezeki untuk anak-anak.Aku dibenci seolah-olah aku pernah melakukan kesilapan yang begitu besar terhadapnya.
Di hari pertunangannya,aku menitiskan airmata.Aku tidak hadirkan diri kerana aku takut kehadiranku nanti bakal mengundang kerosakan kepada majlis tersebut.Mak mentuaku berkali-kali memohon maaf kepadaku kerana tidak dapat menghalang hasrat anaknya.Aku tidak pernah salahkan mak mentuaku malah aku berterima kasih kerana sudi menerimaku sebagai menantunya.Aku menangis keseorangan di rumah,mujurlah sahabatku Ida sudi mendengar masalah aku.
“Anis….sudahlah jangan menangis lagi”,kata Ida kepadaku.
“Macam mana aku tak menangis Ida,dia suami aku,tak sanggup aku melihat suami aku menjadi milik orang lain”.
“Kau boleh halang majlis tu kan?”.
“ Aku tak nak merosakkan kebahagiaan orang lain Ida,kalau betul wanita itu mampu membahagiakan dia dan anak-anak,aku terima dengan hati yang  terbuka”,kataku sambil tersenyum paksa.
“Kau memang wanita yang tabah Anis,aku kagum dengan kau”,kata Ida sambil memeluk aku.
“Aku tak layak untuk di kagumi Ida,aku hanya wanita yang redha dengan ujian yang diberi”.
Disebalik keredhaanku,tak siapa yang tahu bahawa aku menghidap Kanser Hati peringkat terakhir kecuali Ida.Aku tahu masaku bakal tiba di penghujungnya maka aku setuju dengan hasrat suamiku untuk berkahwin lain kerana bagiku dialah suamiku dunia dan akhirat.Biarpun aku dibenci oleh suamiku.Aku mendapat kad jemputan perkahwinan suamiku daripada mak mentuaku,tarikh perkahwinan mereka dipercepatkan atas sebab-sebab tertentu.Aku ingin hadir ke majlis tersebut namun terpaksa aku batalkan kerana aku akan menjalani pembedahan ketika majlis perkahwinan tersebut berlangsung itu,namun aku hadir ke rumah bakal mak mentuaku sehari sebelum majlis pernikahan tersebut berlangsung.
“Assalammualaikum”.
“Waalaikummusalam,eh Anis,masuk nak,kenapa muka kamu pucat ni?kamu sihat….? kata mak kepadaku.
“Sihat.Cuma pening sikit je”,kataku.
“Umi!!!”,jerit dua anak perempuan kesayanganku.
Aku terus memeluk mereka,betapa aku merindui suara mereka,kenakalan mereka.Tanpa aku sedari,suamiku memandang gelagat kami tiga beranak.Aku terus pergi kearahnya untuk mencium tangannya,tetapi sedikit pun matanya tidak memandang ke arahku.Hatiku bagai dihirs belati yang tajam namun aku cuba untuk menahan perasaan tersebut.Mak terus mengajakku untuk menjamu selera,namun aku menolak dengan alasan mahu ke hospital,walaupun hakikatnya aku tak sanggup berdepan dengan suamiku,semakin aku melihatnya,semakin aku lemah untuk menempuh dugaan yang begitu mencabar ini.
“Anis minta maaf mak,Anis tak boleh duduk lama-lama di sini,Anis ada kerja sikit dekat hospital,Anis cuma datang nak beri surat ni kepada abang”,kataku sambil menghulurkan sampul surat kepada suamiku,pada mulanya dia ingin menolak namun akhirnya dia mengambil jua.
“Nanti kalau aku ada masa aku akan membacanya”,kata suamiku.
“Baiklah”,kataku dalam keadaan yang sayu.
“Umi nak pergi mana?Umi nak tinggalkan kami lagi?”,tanya Aishah.
“Tidak sayang,Umi akan sentiasa mengingati kamu berdua sebagai sebuah hadiah yang terlalu mahal buat umi,janji dengan Umi kamu akan taat akan perintah ayah dan mama baru ok?”,pintaku dalam keadaan sayu,kali ini begitu berat untuk aku meninggalkan mereka berdua kerana aku tahu,aku takkan dapat menemani mereka lagi.
Suamiku memandang tepat ke arahku,kali ini pandangan matanya penuh kesayuan.Aku melangkah pergi,kemudian aku menoleh ke belakang melihat dua puteriku sudah menitiskan airmata.
“Selamat tinggal sayangku kalian,doa Anis agar kebahagiaan sentiasa menemani abang dan anak-anak,selamat pengantin baru sayang”,kataku sambil menitiskan airmata.
Aku melihat suamiku memegang dan membaca surat tersebut.
                               Assalammulaikum sayangku,
Pastinya hari-harimu kini menjadi indah bukan?kerana dirimu bakal menjadi suami kepada isteri baru.Sepanjang mengenalimu,Anis begitu bahagia kerana memiliki suami yang begitu memahami dan mengerti hatiku.Tiba-tiba kebahagiaan itu ditarik apabila kita sekeluarga ditimpa kemalangan jalan raya dan abang terus melupakan Anis.Anis dibenci setahun lebih,Anis hidup keseorangan tanpa kehadiran abang dan anak-anak,namun Anis redha kerana Anis tahu itu ujian Allah.Hati Anis rapuh apabila mengetahui abang akan mendirikan rumahtangga buat kali kedua tapi Anis percaya abang mampu menunaikan tanggunjawab abang sebagai seorang suami.Di sini Anis sediakan sekeping gambar semasa hari persandingan kita ketika enama tahun yang lepas sebagai bukti abang pernah menjadi sebahagian dalam hidup Anis.Seandainya abang mengingati Anis apabila melihat gambar itu,jangan abang mencari Anis selagi majlis persandingan abang belum selesai kerana Anis tidak mahu hati wanita lain terluka di atas perbuatan abang.Cukuplah Anis seorang sahaja yang mengalami perit itu,Anis tidak mahu bakal madu Anis menangis di hari persandingannya.Terima kasih abang kerana pernah hadir dalam hidup Anis,halalkan makan dan minum Anis,halalkan segala-galanya yang pernah abang berikan kepada Anis.Maafkan Anis,seandainya kehadiran Anis dalam hidup abang mengundang seribu penyesalan.Jaga anak-anak kita sebaik mungkin dan jangan pernah lupa untuk memberikan mereka sepenuh kasih sayang.Abanglah dunia dan akhirat Anis.Selamat tinggal sayangku.Assalammualaikum.
“Ya Allah apa telah aku lakukan kepada isteriku?dia terlalu baik buatku tetapi aku melukakan hatinya”.
“Memang Anis baik,dia setia menjaga kau siang dan malam masa kau dalam keadaan koma tetapi apa yang telah kau lakukan kepada dia?kau maki dia,kau hina dia,malah kau ingin berkahwin lain tanpa meminta izin daripada isteri kau.Mak cuba menghalang tindakan kau tetapi Anis menghalang katanya dia merelakan apa yang terjadi kepadanya dan sekarang kau harus bertanggungjawab ke atas segala-galanya”.
Hari pernikahan suamiku akan berlangsung,begitu juga dengan pembedahanku.Ida mengetuai pembedahan tersebut,kata Ida peluang untuk berjaya dalam pembedahan adalah tipis namun aku berkeras ingin melakukan juga.Sebelum aku ditolak masuk ke dalam dewan pembedahan,Ida bersembang-sembang denganku.
“Ida,sekiranya berlaku apa-apa kepadaku,kau janji dengan aku,kau pastikan anak-anak aku bahagia dengan ayah mereka?”.
“Kenapa kau berkata begitu?kau berputus asa?”,kata Ida kepadaku.
“Tidak pernah sekali aku mengalah sebelum peperangan bermula,cuma aku memberitahu sebelum apa-apa terjadi kepada aku”,sambil tersenyum kepada Ida.
“Baiklah,kalau itu yang kau mahukan,aku berjanji,maafkan segala silap dan salah aku dekat kau,aku akan cuba sedaya upaya untuk menyelamatkan kau”.
“Kau tak pernah buat silap dengan aku,kau teman aku apabila aku bersendirian,terima kasih sahabatku”.
Tiba-tiba pintu bilikku di ketuk.Rupa-rupanya aku melihat suamiku dan isteri barunya hadir bersama-sama dengan anak-anak dan mak mentuaku.Buat pertama kali selepas suamiku sedar daripada koma,dia mencium dahiku dengan mata yang sayu.Isteri barunya sudah menitiskan airmata,anak-anakku pula sudah menangis teresak-esak.
“Sayang,maafkan abang… sayang terlalu banyak dosa yang abang lakukan”,buat pertama kali airmata suamiku jatuh menitis.
“Abang,tak pernah buat salah dengan Anis,abang suami yang baik,Anis tahu abang memang tak mampu mengingati Anis tapi Anis percaya dalam hati abang masih ada Anis,kini Anis sedia member kasih sayang abang kepada orang lain”.
“Akak,maafkan Ain kak,Ain tak ada niat ingin merampas suami akak,Ain tak tahu pula Abang Amir masih mempunyai isteri”,kata Ain sambil menangis memelukku.
“Ain,bukan salah Ain pun,mungkin abang Amir adalah jodoh Ain dan bukan milik akak seorang,tapi satu akak minta tolong jaga suami dan anak-anak akak dengan baik,sayangi mereka seikhas hati Ain”,kataku kepada Ain.
“Baiklah kak,Ain janji”.
“Sayang anak Umi,mari sini”,pintaku kepada anak-anakku.
“Sayang,janji tau jadi anak-anak yang baik bila umi tak ada nanti,jangan susahkan ayah dan mama ok?”,kataku sambil mengusap dan mengucup dahi Aishah dan Azira.
“Baik, umi”,sambil menangis.
“Maafkan aku Anis,maafkan aku Amir dan yang lain-lain …dah tiba masanya untuk membawa Anis masuk ke dalam dewan bedah”,kata Ida yang merupakan ketua doktor bagi pembedahan aku.
“Baiklah Ida,Anis pergi dulu ya abang,Umi pergi dulu tau sayang,ingat pesan umi”.
Pembedahan tersebut berlangsung hampir dua belas jam.Ida keluar membawa berita sedih.
“Maafkan aku Amir,aku dah cuba tapi…………”,kata Ida menundukkan wajahnya.
“Ya Allah! Anis,maafkan abang sayang,abang telah melukakan hatimu semasa hayatmu dan kini kau telah pergi kepada-Nya dalam keadaan kau berduka dan menyesal,semoga dikau bahagia disamping-Nya.Selamat tinggal sayangku.Terima kasih Ya Allah kerana mengurniakanku ‘bidadari’ yang begitu sempurna dihatiku”.
“Ya Allah,tempatkan Umi kami bersama dengan golongan-golongan orang yang beriman sesungguhnya hanya pada-Mu kami meminta.Semoga ‘perjalanan’ umi disana dipermudahkan oleh-Nya,kami berdua berjanji akan menjadi anak-anak yang taat akan perintah ayah dan mama,umi jangan risau ok?kami mahu umi bahagia di sana,selamat tinggal Umiku sayang”.

                                                           -TAMAT-


0 Orang Berjaya mengetahui kisah DukaKu:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2013 Reserved to Siti

Edited by Cik Amal