Selasa, 13 Julai 2010

PERCAYA kepada malaikat
adalah antara rukun iman. Ada
malaikat yang ditugaskan
berdoa kepada makhluk
manusia dan sudah tentu
seseorang yang didoakan
malaikat mendapat
keistimewaan. Dalam hidup,
kita sangat memerlukan
bantuan rohani dalam
menghadapi ujian yang kian
mencabar. Bantuan dan
sokongan malaikat sangat
diperlukan. Kali ini ana ingin
menyenaraikan antara jenis
manusia yang akan menerima
doa malaikat.
Allah SWT berfirman,
"Sebenarnya (malaikat-
malaikat itu) adalah hamba-
hamba yang dimuliakan,
mereka tidak mendahului-Nya
dengan perkataan dan mereka
mengerjakan perintah-
perintah-Nya. Allah
mengetahui segala sesuatu
yang dihadapan mereka dan
yang dibelakang mereka, dan
mereka tidak memberikan
syafa'at melainkan kepada
orang-orang yang diredhai
Allah, dan mereka selalu
berhati-hati kerana takut
kepada-Nya." (Surah Al
Anbiyaa', ayat 26-28)
Ketika kita menghadapi
masalah, kerumitan, keperluan
dan bimbingan, bukan saja kita
perlukan kekuatan doa dari
lidah, tetapi juga sokongan
malaikat.
Antara orang yang mendapat
doa malaikat ialah :
1. Orang yang tidur dalam
keadaan bersuci.
>> Imam Ibnu Hibban
meriwayatkan dari Abdullah
bin Umar r.a. bahawa
Rasulullah SAW bersabda yang
bermaksud, "Sesiapa yang
tidur dalam keadaan suci,
malaikat akan bersamanya di
dalam pakaiannya. Dia tidak
akan bangun hingga malaikat
berdoa : "Ya Allah, ampunilah
hamba-Mu si fulan kerana tidur
dalam keadaan suci." (hadis ini
disahihkan oleh Syaikh Al
Albani dalam Shahih At Targhib
wat Tarhib I/37)
2. Orang yang sedang duduk
menunggu waktu solat.
>> Imam Muslim meriwayatkan
dari Abu Hurairah r.a. bahawa
Rasulullah SAW bersabda yang
maksudnya, "Tidaklah salah
seorang antara kalian yang
duduk menunggu solat, selama
ia berada dalam keadaan suci,
kecuali kalangan malaikat
akan mendoakannya : 'Ya
Allah, ampunilah ia. Ya Allah
sayangilah ia.'" (Sahih Muslim
no. 469)
3. Orang yang berada di saf
depan solat berjemaah.
>> Imam Abu Dawud (dan Ibnu
Khuzaimah) dari Barra' bin
'Azib r.a. bahawa Rasulullah
SAW bersabda yang
bermaksud, "Sesungguhnya
Allah dan kalangan malaikat-
Nya berselawat ke atas
(orang) yang berada pada saf
depan." (hadis ini disahihkan
oleh Syaikh Al Albani dalam
Shahih Sunan Abi Dawud I/130)
4. Orang yang menyambung
saf pada solat berjemaah
(tidak membiarkan kekosongan
di dalam saf).
>> Para Imam yaitu Ahmad,
Ibnu Majah, Ibnu Khuzaimah,
Ibnu Hibban dan Al Hakim
meriwayatkan dari Aisyah r.a.
bahawa Rasulullah SAW
bersabda, maksudnya :
"Sesungguhnya Allah dan
kalangan malaikat selalu
berselawat kepada orang yang
menyambung saf-saf." (hadis
ini disahihkan oleh Syaikh Al
Albani dalam Shahih At Targhib
wat Tarhib I/272)
5. Kalangan malaikat
mengucapkan 'amin' ketika
seorang imam selesai
membaca al-Fatihah.
>> Imam Bukhari
meriwayatkan dari Abu
Hurairah r.a. bahawa
Rasulullah SAW bersabda
maksudnya, "Jika seorang
imam membaca 'ghairil
maghdhuubi 'alaihim waladh
dhaalinn'...(ayat terakhir al-
Fatihah sehingga selesai),
maka ucapkanlah oleh kamu
'aamiin' kerana sesiapa yang
ucapannya itu bertepatan
dengan ucapan malaikat, dia
akan diampuni dosanya yang
lalu." (Shahih Bukhari no. 782)
6. Orang yang duduk di tempat
solatnya selepas melakukan
solat.
>> Imam Ahmad meriwayatkan
dari Abu Hurairah r.a. bahawa
Rasulullah SAW bersabda,
maksudnya : "Para malaikat
akan selalu berselawat kepada
salah satu antara kalian
selama ia ada di dalam tempat
solat, di mana ia melakukan
solat, selama ia belum batal
wudhu'nya, (para malaikat)
berkata, 'Ya Allah ampunilah
dan sayangilah ia.'" (Al Musnad
no. 8106, Syaikh Ahmad Syakir
menshahihkan hadis ini)
7. Orang yang melakukan solat
Subuh dan Asar secara
berjemaah.
>> Imam Ahmad meriwayatkan
dari Abu Hurairah r.a.
bahawaRasulullah SAW
bersabda maksudnya :
"Kalangan malaikat berkumpul
pada saat solat Subuh lalu
malaikat (yang menyertai
hamba) pada malam hari (yang
sudah bertugas malam hari
hingga Subuh) naik (ke langit)
dan malaikat pada siang hari
tetap tinggal. Kemudian
mereka berkumpul lagi pada
waktu solat Asar dan malaikat
yang ditugaskan pada siang
hari (hingga solat Asar) naik
(ke langit) sedangkan malaikat
yang bertugas pada malam
hari tetap tinggal lalu Allah
bertanya kepada mereka :
"Bagaimana kalian
meninggalkan hamba-Ku?"
Mereka menjawab : 'Kami
datang sedangkan mereka
sedang melakukan solat dan
kami tinggalkan mereka
sedangkan mereka sedang
melakukan solat, ampunilah
mereka pada hari kiamat.'" (Al
Musnad no. 9140, hadis ini
dishahihkan oleh Syaikh Ahmad
Syakir)
8. Orang yang mendoakan
saudaranya tanpa pengetahuan
orang yang didoakan.
>> Diriwayatkan oleh Imam
Muslim dari Ummud Darda' r.a.
bahwasanya Rasulullah SAW
bersabda, maksudnya : "Doa
seorang Muslim untuk
saudaranya yang dilakukan
tanpa pengetahuan orang yang
didoakannya adalah doa yang
akan dikabulkan. Pada
kepalanya ada seorang
malaikat yang menjadi wakil
baginya, setiap kali dia berdoa
untuk saudaranya dengan
sebuah kebaikan, malaikat itu
berkata 'aamiin dan engkau
pun mendapatkan apa yang ia
dapatkan.'" (Shahih Muslim no.
2733)
9. Orang yang membelanjakan
harta (infak).
>> Imam Bukhari dan Imam
Muslim meriwayatkan dari Abu
Hurairah r.a. bahawa
Rasulullah SAW bersabda,
maksudnya : "Tidak satu hari
pun di mana pagi harinya
seorang hamba ada padanya
kecuali dua malaikat turun
kepadanya, satu antara kedua-
duanya berkata : 'Ya Allah,
berikanlah ganti bagi orang
yang berinfak. Dan lainnya
berkata, 'Ya Allah,
hancurkanlah harta orang yang
pelit.'" (Shahih Bukhari no.
1442 dan Shahih Muslim no.
1010)
10. Orang yang sedang makan
sahur.
>> Imam Ibnu Hibban dan
Imam Ath Thabrani,
meriwayatkan dari Abdullah
bin Umar r.a. bahawa
Rasulullah SAW bersabda
maksudnya : "Sesungguhnya
Allah dan kalangan malaikat-
Nya berselawat kepada orang
yang sedang makan
sahur." (hadis ini dishahihkan
oleh Syaikh Al Albani dalam
Shahih At Targhiib wat Tarhiib
I/519)
11. Orang yang sedang
menjenguk (melawat) orang
sakit.
>> Imam Ahmad meriwayatkan
dari 'Ali bin Abi Thalib r.a.
bahawa Rasulullah SAW
bersabda, maksudnya :
"Tidaklah seorang mukmin
menjenguk saudaranya kecuali
Allah akan mengutus 70,000
malaikat untuknya yang akan
berselawat kepadanya di
waktu siang hingga petang dan
di waktu malam hingga
Subuh." (Al Musnad no. 754,
Syaikh Ahmad Syakir
berkomentar, "Sanadnya
shahih")
12. Seseorang yang
mengajarkan kebaikan kepada
orang lain.
>> Diriwayatkan oleh Imam
Tirmidzi dari Abu Umamah Al
Bahily r.a. bahawa Rasulullah
SAW bersabda, "Keutamaan
seorang alim atas seorang ahli
ibadah bagaikan keutamaanku
atas seorang yang paling
rendah diantara kalian.
Sesungguhnya penghuni langit
dan bumi, bahkan semut yang
di dalam lubangnya dan
bahkan ikan, semuanya
bershalawat kepada orang
yang mengajarkan kebaikan
kepada orang
lain." (disahihkan oleh Syaikh
Al Albani dalam Kitab Shahih
At Tirmidzi II/343)
Itulah antara mereka yang
mendapat doa malaikat.

0 Orang Berjaya mengetahui kisah DukaKu:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2013 Reserved to Siti

Edited by Cik Amal