Isnin, 2 Disember 2013

Al Fatihah To Fatin Afifah

ASSALAMMUALAIKUM!!
SELAMAT SEJAHTERA! :)

Bismillahirrahmanirrahim. Pagi tadi Siti online twitter and dapat berita sedih bahawa Fatin Afifah telah kembali ke rahmatullah pukul 9.00 pagi tadi. Fatin Afifah? Siapa dia ini? Okay, kalian boleh baca ini 

Hashtag #PrayForFatinAfifah mula digunakan oleh sahabat-sahabat beliau,sehingga mendapat perhatian daripada Tasha Manshahar. Dari tweet itulah Siti mula perasan mengenai keadaan Fatin. Jujur Siti tidak pernah mengenalinya,namun  as a muslim we should dua for her right?

Benarlah janji Allah,setiap yang hidup pasti akan mati. Allah telah meminjamkan Fatin kepada dunia sehingga usianya 17 tahun sahaja. Allah tidak mahu lagi dia menanggung kesakitan,lalu tepat jam 9.00 pagi,dia telah meninggalkan kita semua.

Kni di twitter tengah trending #FatinAfifah .Let's pray for her guys.... 

Allah,rasa nak menangis melihat tweet daripada kakak arwah....
click untuk lebih jelas
Jenazah arwah juga telah selamat dikebumikan :-

click untuk lebih jelas


   Allah...kini hanya doa yang mengiringi buat arwah.Moga pemergiannya menjadi iktibar kepada kita.Ingatlah bahawa kematian sudah berada di belakang kita,kubur sudah tersedia di hadapan kita dan malaikat maut sudah bersedia untuk mengambil nyawa kita.Buat keluarga,rakan2 dan guru2 arwah...bersabarlah moga Allah merahmati rohnya... 

P/s :I dont know who is she,but as muslim we should pray for her soul,and give support for her family. InsyaAllah,moga keluarganya tabah menempuh dugaan ini. Al fatihah buatmu syg,moga engkau damai disana. :')

Sabtu, 26 Oktober 2013

Barakallah Diana Amir

ASSALAMMUALAIKUM!!
SELAMAT SEJAHTERA! :)

Bismillahirrahmanirrahim.Alhamdulillah,kita dapat berjumpa lagi.Hari ni Siti nak update mengenai pasangan pengantin baru yang selamat bernikah semalam.Alhamdulillah,tahniah kak Diana dan Habib di atas pernikahan beliau semalam (9.30 malam) di Masjid Putrajaya.

Bagi Siti,Diana Amir telah berjaya membawa konsep pernikahan umat islam yang sebenar! Allahuakbar! Bercinta selepas nikah dan seterusnya menginginkan sebuah pernikahan yang cukup sederhana di samping memenuhi konsep sebuah pernikahan islam.

Secara jujurnya,Siti suka mengikuti perkembangan Diana Amir,kerana selepas beliau berhijrah terlalu banyak perkara yang Siti perolehi daripada beliau (kata2 hikmat di fb,insta dan twitter beliau).And now,alhamdulilah... Siti sedang cuba untuk ke arah yang lebih baik. Doakan Siti ya :') 

Tak nak cakap banyak dah,Siti nak berkongsi gambar pernikahan mereka semalam.Jom tengok :') 

Mas Kahwin,sebentuk cincin perkahwinan dan senaskah al quran.
   
Barakallahulakuma wabarakah alaikuma wajamabainakuma fi khair kak Diana Amir dan Habib. Moga bahagia hingga ke jannah Allah :)

Ahad, 8 September 2013

Goodluck guys :')

ASSALAMMUALAIKUM!!
SELAMAT SEJAHTERA! :)

Bismillahirrahmanirrahim,Alhamdulilah kita masih lagi berjumpa untuk harini.Lama juga Siti tak update blog Siti,mesti dah tak ada orang nak baca dah kan? :( Janganlah begitu,busy dengan study yang mengatasi segala-galanya.

Siti nak bercerita mengenai 3 orang sahabat Siti yang akan melanjutkan pelajaran mereka ke Politeknik. Mereka tidak lagi  bersama-sama kami dalam tingkatan 6.Siapa yang tak sempat tgk story pasal farewell hari tu boleh tekan SINI. Dikesempatan itu,ktorg telah merancang majlis perpisahan untuk diorg pada 2 sept 2013.Just tgk jelah gmbr yang ada yea :') Cuma sedia Azwan tk dpt join ktorg sbb dia dh berangkat ke Perlis :(







ini adalah hadiah pemberian amirull dkt aku,thanks amirull aku hrgai :)















 

Buat Azwan,Amirull,and Hafiz,goodluck for your further study! Jangan lupa Allah,sentiasa berusaha untuk mengejar ilmu dan agama.Kami doakan korang terus sukses dengan apa yang korg lakukan.Moga Allah menjaga ukhwah kita satu kelas 6 budi sampai bila-bila! Jaga diri yea....Thanks sbb menceriakan kelas 6 budi dan terima kasih sbb sudi menjadi sebahagian daripada kelas ktorg.... :) 

Oh yea kalau nak tahu mereka bertiga akan masuk ke Politeknik Hulu Terengganu,Perak dan Perlis,if i'm not mistaken :)

Sabtu, 31 Ogos 2013

Farewell Party 2013

ASSALAMMUALAIKUM!!
SELAMAT SEJAHTERA! :)

Bismillahirrahmannirahim..Okay sekarang Siti nak bercerita mengenai farewell party untuk form 6...
Party ni sebenarnya adalah amalan tradisi untuk semua Pelajar-Pelajar Pra-U SMK KD 10...
Jadi,bila ianya adalah amalan tradisi,makanya kena merancang awal .Kalau tak silap 2 or 3 bulan sebelum party ni kami (lower 6) sambil dibantu oleh guru-guru penasihat dan Pengerusi dan Timbalan Pengerusi MPPPU (Shafiq dan Kalley).

Party ni untuk upper 6 yang akan tinggalkan sekolah secara rasminya lepas STPM sem 3...Tapi sebab kami yg as tetamu juga yg agak kelam kabut,gambar bersama upper 6 tak ambil pun...Haha maaf maaf maaf...
Jadi,Siti akan share setakat gambar yang ada jela yea?Sambil curi-curi gambar kawan-kawan yang lain haha :D Sekarang Siti nak gambar-gambar je yang berbicara....



Pelajar-pelajar perempuan 6 budi

pelajar-pelajar lelaki 6 budi





sebenarnya ni pelajar2 6 budi tapi termasuk upper 6...jadi pelajar2 form6 je la kan? :D
Rasa bahagia bila dengan korang..Alhamdulillah kerana dikurniakan kawan-kawan yang baik...Harap hubungan persahabatan kita kekal hingga ke syurga Allah...Maafkan segala kesalahan yang mungkin buat kalian tersakit hati...Moga perjalanan hidup kita dalam mencari ilmu akan setiasa diredhai Allah.....
Nantikan entry seterusnya mengenai sahabat-sahabat (hafiz,amirull dan azwan) yang akan pergi ke politeknik.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2013 Reserved to Siti

Edited by Cik Amal