Ahad, 7 Julai 2013

Classmate yang awesome...

ASSALAMMUALAIKUM!
SELAMAT SEJAHTERA!! :)

Bismillahirrahmanirrahim....Kita jumpa lagi! Yeay flash mob sikit haha *k tak ada kena mengena -,-..Maafkan saya,maafkan saya ;) Siti nak cerita pasal classmate Siti ni,tapi entah bagaimana nak mulakan kenangan indah kami ini...Siti mulakan dengan firman Allah ni dulu yea...  

Firman Allah SWT yang bermaksud,
“Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.”
(surah al-Hujurat [049] ayat 13)

Daripada hadis tersebut kita tahu,Allah telah menciptakan kita untuk saling bersaudara tidak kira apa pun kaum dan jantina ASALKAN berlandaskan agama Allah...Hm,macam mana Siti nak start ni?Okay Siti mulakan dengan masa hari Pendaftaran dan Orientasi :)

8 May 2013
Kami mula mendaftar pada pukul 10 pagi kalau tak silap.Masa tu cuma kenal masita dengan wan je,yang lain-lain tak kenal langsung..

9 May 2013
Rasanya time ni lah kami mula menegur kawan-kawan baru kami.Bayangkan dulu,ada orang bagitahu budak2 damai ni tak sombong,jahat la apa lah.Tapi betul orang kata tak kenal maka tak cinta,rupanya apa yang diorg bagitahu tu cuma Khabar angin semata-mata.Kawan-kawan damai ni semua sporting-sporting,mana ada sombong.Masa ni lah Siti tegur Hanim dan Adah! Nak tahu,masa tu kitorg cakap Hanim dengan Adah ni kembar (kelakar bila ingat balik).Member2 sekolah dulu yang tak pernah tegur pun Siti dah start tegur.

Orientasi berlangsung selama 1 minggu...Lepas sahaja orientasi kami mula belajar.Alhamdulilah,okay rupanya belajar.Masa tu tak silap ada 48 orang pelajar dalam kelas kami.Ramai kan?memang ramai,ramai sangat.
Tapi tanpa Siti sedar,terbit rasa sayang dekat kawan-kawan Siti....

Tanpa disedar,sebulan telah berlalu..Pelajar dalam kelas kami semakin berkurangan,time ni ada Hanis,Siti,masita,hanim,aishah,tengku,mieza,wan,adah,mira,syahmi,fanie,aina,amirul,shafiq,adam dan ramai lagi.....Seronok kenal diorg,dalam rasa seronok tu,kami langsung tak sedar yang pelajar kelas kami makin berkurangan.Langsung tak sedar yg masih ramai lagi akan tinggalkan kami.

Kini,dah 2 bulan.Hari yang paling terkesan sekali bila NurFarahanim pindah meninggalkan kami.Wan paling terkesan dan pemergian Hanim,sebab wan dan Hanim sangat rapat.Yela,bayangkan.Tasha Manshahar dah tak ada dalam kelas,mana seronok! Betul tak? :(

Namun,hidup kena teruskan juga betul tak?Betul orang cakap zaman lepas SPM adalah zaman yang best.Tak pernah rasa macam ni.Budak lelaki pun dah matang *kadang2 tak juga -,-",budak perempuan bergabung tenaga tak kira lah melayu atau cina mahupun india.

Seronok sebenarnya,satu kelas bergabung tenaga untuk cuci kereta dan meniaga.! Semuanya jasa Kalley dan Shafiq yang menjadi tulang belakang dalam penyatuan dan perpaduan kelas 6 budi..Dengar cerita,kalau diluluskan kolej tingkatan 6, kami semua akan berpisah pada tahun hadapan.Tak dapat bayangkan macam mana perasaannya berpisah dengan sahabat yang super duper awesome ni :( Cukuplah kehilangan Hanim,Khalillah,Syaza,Syady dan lain-lain dalam kelas.Seriously,tak boleh berpisah dengan diorg.Thanks kawan sebab sudi berkawan dengan Siti!! Korang memang super duper awesome classmate! :') Tak ramai yg bertahan meneruskan pengajian dalam form6.Kita dah lakukan yang terbaik.Buat ex classmate,korg pun lakukan yang terbaik juga,cuma korg jumpa tempat belajar yang lebih baik.Goodluck untuk further study korang! Jangan lupakan kitorg :')




  P/S:Tahniah Shafiq yang menyandang jawatan Pengerusi Untuk MPPPU dan Kalley Lock sebagai Naib Pengerusi serta rakan2 yang lain ;)Maaf kalau ada nama yang tertinggal,dan story tak menarik,sebab tak tahu nak ceritakan keseronokan ni macam mana --'

3 Orang Berjaya mengetahui kisah DukaKu:

sha_cookies berkata...

aishah bangga ada kawan seperti anda semua...walaupn prnh knl.. bg la aishah ruang untuk brubah untuk mnjd seorng wanita yg dewasa dn bkn seprti dhulu...aishah harap sgt kwn2 dpt myokong aishah dr belakang.... :)

iqa fiq berkata...

Assalamualaikum fatimah.Walaupun satu hari nnti kita semua akn terpisah tpi aq jamin semua kenangan yg tlh kita cipta bersama akn terpahat selalu dlm hati kita semua @ aq harap bila kita semua dpt surat dari kolej form6 kita semua still lagi satu kelas.FRIENDSHIP FOREVER :)<3

Aimacomel berkata...

i lost contact with my friends.. seriously, sbb skg dah kerja

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2013 Reserved to Siti

Edited by Cik Amal